Berita baik buat anda yang suka travel menggunakan kapal terbang kerana AirAsia buat julung-julung kalinay kembali dengan menawarkan lima juta tempat duduk secara PERCUMA* sempena meraikannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Bermula 19 September sehingga 25 September 2022, orang ramai berpeluang menikmati tawaran tambang penerbangan yang tiada tandingan untuk destinasi di seluruh Asia Tenggara dan lain-lain untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023. Tempahan boleh dibuat dengan menekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App atau laman web tertakluk terma dan syarat.

Jualan tempat duduk PERCUMA* ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang popular di seluruh Asean termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Kepada mereka yang ingin melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia bagi syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), dan India (New Delhi).

Menariknya, tawaran hebat turut ditawarkan dengan harga serendah RM499 sahala untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. Tempoh perjalanan pula adalah antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.

Bukan itu sahaja, AirAsia X juga turut mengumumkan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Tokyo (Haneda) dan Sapporo yang akan dilancarkan pada bulan November dan Disember di mana tempahan boleh dibuat seawal sekarang.

Difahamkan laluan popular Kuala Lumpur ke Jeddah kembali di atas permintaan ramai akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November dengan tambang termasuk semua bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,999 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 14 November 2022 dan 25 Mac 2023.

Pengumuman yang turut dibuat menerusi Instagram Tony Fernandes turut memberi durian runtuh buat seorang pelanggan bertuah apabila beliau yang menyatakan hasrat untuk ke Mekah ditunaikan Tony Fernandes dengan menawarkan dua tiket penerbangan secara percuma ke destinasi yang ingin dituju itu.

Sekiranya anda sudah mempunyai rancangan untuk travel pada tahun hadapan, mungkin minggu ini merupakan masa yang sesuai untuk anda membuat tempahan sekaligus merebut peluang mendapatkan tempat duduk percuma daripada AirAsia. Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran terbaru AirAsia ini dengan klik di sini.