Orang Kuala Lumpur atau lebih tepat orang Malaysia yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya anda mungkin sudah biasa dengan puluhan kafe, kedai kopi di Lembah Klang. Tapi kami pasti majoriti daripada anda belum tahu yang Pulau Pinang juga mempunyai senarai kafe yang menarik dan berbaloi untuk dicuba.

BACA: 13 Kafe Sekitar Kuala Lumpur Yang Belum Anda Ketahui

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini kami akan bawa anda ke Georgetown satu bandar dan kawasan yang terkenal dengan pelancong. Georgetown, yang dipenuhi dengan lorong lorong dan jalan jalan kecil, kedai kedai warisan dan vintage, membuatkan penduduk tempatan mengambil kesempatan ini untuk menjadikan kedai kedai lama ini sebagai kafe dan kedai kopi. Tidak berniat untuk menulis panjang mari kita lihat senarai top 5 kafe di Pulau Pinang yang boleh anda lawati. Ayuh.

1. The Mugshot Cafe

The Mugshot Cafe terletak di tengah-tengah bandar Georgetown dan cukup digemari oleh penduduk tempatan. Kafe ini turut digemari oleh mereka yang suka bersarapan pagi. Antara menu yang menjadi kegemaran mereka yang berkunjung ialah sandwich bagel dan yogurt home made.

Alamat: 302 Chulia Street George Town, Malaysia

the mugshot cafe penang

10631113_378928882232377_8568881820841776563_o

Sandwich bagel yang popular. [travelfish]
???????????????????????????????

2. 55 Cafe

55 Cafe terkenal dengan kopi 3D (mesti cuba). Kafe ini menjadi kegemaran pasangan yang sedang bercinta kerana suasananya yang menarik dan selesa. Ia menyediakan makanan mediterannean dan juga aromatik kopi. Pemilik kafe ini mengekalkan keadaan asal kedai ini sejak zaman peperangan lagi: anda akan berasa seperti minum kopi di rumah.

Alamat: 55 Lorong Stewart, Penang, Malaysia

55 cafe

55 cafe

coffee-atelier-2

3. Ete Cafe

Ete Café (Summer Café dalam French) satu lagi kafe yang menjadi perhatian kami. Seandainya anda kali pertama lawati cafe ini anda harus berhati hati untuk spot kafe memandangkan tiada papan tanda yang betul betul memberi tanda. Dekorasi kafe ini juga sangat simple dan tidak banyak meja dan kerusi disediakan. Tapi kami respek dengan pemiliknya yang mampu sediakan kopi dengan pelbagai cara di ruang kecil ini. Tarikan utama pada kafe ini ialah pada kopinya kerana di brew separa manual.

Alamat: 25, Lebuh Carnarvon, 10300 Penang, Malaysia

ate-cafe-4

Mereka tidak mempunyai mesin canggih untuk membuat kopi jadi mereka membuat kopi menggunakan pembuat kopi syphon.
ate-cafe-1

Plain Mille-Feuille yang sedap. Mesti rasa.
ate-cafe-5

Macaroons (peppermint) [Chillout]
ate-cafe-2

Ete cafe

4. Brew Thirty Two Coffee House

Kami lihat di laman sosial yang ramai orang mencadangkan akan kafe ini kerana kopi dan crepenya yang sedap. Jadi ini antara kafe yang perlu ada dalam senarai lawatan anda ke Pulau Pinang. Antara hidangan yang menjadi kegemaran pengunjung di sini ialah butterscotch latte.

Alamat: No.32, Jalan Green Hall, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Brew-Thirty-Two-Coffee-House-3

Brew Thirty Two Coffee House

Brew-Thirty-Two-Coffee-House-4

5. Monkeycup Cafe

Kenapa kafe ini berada dalam senarai pilihan kami? Kerana kafe ini menampilkan kelainan dengan menyediakan kopi premium peaberry dari Thailand. Kafe ini juga menyediakan menu thai, berbeza dengan kebanyakan kafe yang memfokuskan kepada makanan barat. Bagi penggemar makanan barat, jangan risau kerana Monkeycup Cafe mempunyai menu yang menarik digabungkan dengan pencuci mulut dan kopi yang best.

Alamat: 36C, Jalan Chow Thye, 10350, Georgetown, Penang.

monkeycup-cafe-3

monkeycup-cafe-4

Phad Thai, antara menu mesti makan bagi penggemar masakan thai
monkeycup-cafe-2

Greentea, Oreo, Strawberry Cheesecake
monkeycup-cafe-1