Sehingga ke saat ini, kamera DSLR terbaik menjadi pilihan utama untuk tujuan hobi mahupun profesional. Bagi beginner, pemilihan kamera DSLR yang tepat dengan citarasa bukan suatu yang mudah.

Hal ini kerana setiap kamera DSLR direka dengan spesifikasi dan jenis tersendiri mengikut tahap kemahiran seseorang. Oleh itu, kami memperkenalkan lima pilihan kamera DSLR terbaik yang sesuai untuk digunakan oleh beginner.

Baca Juga:

1. CANON EOS 1300D

kamera dlsr terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mencuba sebuah model keluaran CANON yang sedia memenuhi keperluan fotografi untuk pemula. Walaupun harga yang ditawarkan murah, kamera DSLR ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang hampir setanding dengan kamera premium.

Paling utama sekali, kamera ini mudah untuk dikendalikan serta mempunyai paparan LCD untuk tetapan dan melihat hasil gambar yang ditangkap. Malah dilengkapi sensor APS-C 18MP serta mampu merekod video 1080p pada kelajuan 30fps dengan shutterspeed mencapai 1/4000. Kamera juga direka kompak sekaligus mudah dipegang.

Anda boleh dapatkan CANON EOS 1300D ini pada harga serendah RM1,698.90 di Shopee.

Beli Sekarang CANON EOS 1300D

2. Nikon D3500 

Sumber Gambar: Shopee

Jenama Nikon yang sudah lama wujud di dalam pasaran turut menawarkan beberapa model kamera DSLR untuk kegunaan kasual. D3500 ini menampilkan rekaan yang kompak dengan kemampuan menangkap dengan baik. Dengan kehadiran sensor DX 24.2MP yang memberikan hasil gambar yang menarik walaupun dalam gelap.

Selain mengambil gambar, anda juga boleh merakam video dengan resolusi FHD 1080P pada 60fps. Sensor juga telah direka khas untuk memastikan setiap video dan gambar yang diambil lebih jelas. Kamera ini mempunyai sambungan bluetooth, WiFi dan NFC bagi memudahkan anda memindahkan gambar untuk suntingan kelak.

Kini anda boleh dapatkan kamera Nikon D3500 dengan harga RM2,048 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Nikon D3500 

Beli Sekarang Nikon D3500

3. CANON EOS 800D

Sumber Gambar: Shopee

Satu buah model lagi yang berbaloi untuk didapatkan daripada jenama CANON adalah EOS 800D. Kamera ini memang sesuai buat anda yang meminati videografi keranan mempunyai autofokus dua piksel 45-point yang membolehkan rakaman video yang lebih tajam walaupun dalam keadaan bergerak.

Malah, terdapat ciri auto-face detection dan mikrofon terbina sememangnya memudahkan lagi pembikinan videografi anda. Skrin yang besar juga membolehkan anda melihat video yang dirakam secara langsung sekaligus mengetahui objek yang dirakam dalam kawasan yang betul.

CANON EOS 800D ini boleh didapatkan dengan harga RM2,799 melalui Shopee.

Beli Sekarang CANON EOS 800D

Beli Sekarang CANON EOS 800D

4. Nikon D5600 DSLR Camera

kamera dlsr terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang digunakan ramai adalah Nikon D5600. Model ini sememangnya versatil untuk kegunaan videografi dalam pelbagai keadaan pencahayaaan. Dengan gabungan sensor dan pemproses yang padu, ia boleh menangkap imej aksi yang bergerak dengan baik.

Kamera ini berupaya merakam video dengan kualiti sehingga 1080P serta mempunyai bahagian skrin yang menggunakan sistem touchscreen. Untuk memudahkan pemindahan fail yang besar, terdapat sokongan sambungan bluetooth, WiFi dan juga NFC menerusinya.

Anda boleh dapatkan kamera terbaik untuk pemula daripada Nikon dengan harga RM3,098.99 di Shopee.

Beli Sekarang Nikon D5600

Beli Sekarang Nikoon D5600

5. SONY Alpha A7 II DSLR Camera

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, jenama terkemuka yang sentiasa dipilih oleh para pengguna baharu iaitu SONY. Menerusi Alpha A7, anda berpeluang mengambil gambar atau video di waktu malam atau keadaan gelap dengan baik dan terang kerana mempunyai sensor 24.3MP 24.3MP Full-Frame Exmor CMOS.

Menariknya, kamera ini juga hadir dengan ciri penstabilan yang mampu menawarkan hasil video dan imej yang lebih stabil pada setiap masa. Binaan juga diperbuat dari bahan aloi yang lebih tahan lasak. Malah, hadir dengan ciri sambungan WiFi dan NFC untuk pemindahan fail yang lebih pantas.

Anda boleh dapatkan kamera SONY Alpha A7 II pada harga penawaran RM5,299 di Shopee.

Beli Sekarang SONY Alpha A7 II DSLR Camera

Beli Sekarang SONY Alpha A7 II DSLR Camera

Berdasarkan pilihan di atas, Nikon D5600 dilihat memberi pulangan yang lumayan kerana penawaran sejumlah ciri menarik dalam masa yang sama mampu menawarkan kualiti gambar dan video yang baik. Paling utama sekali, kamera Nikon dilihat lebih mesra pengguna lebih-lebih lagi buat pemula.

Diharapkan dengan senarai pilihan kamera DSLR terbaik di atas dapat memberikan pencerahan kepada anda dalam membuat pemilihan. Kamera DSLR terbaik boleh dikira sebagai pelaburan baik sekiranya anda memanfaatkan dengan membuat servis fotografi selepas anda semakin mahir dengannya.

Sumber