Anda pasti pernah terbaca atau disarankan untuk minum teh hijau bagi membantu menurunkan berat badan? Tapi betul atau tidak teh hijau ini ada fungsi untuk turunkan berat badan?

Kalau anda peminat tegar teh hijau seperti kami, anda harus tahu apa sebenarnya khasiat yang terkandung dalam setiap cawan teh yang anda minum itu. Bukan setakat kurus sahaja!

1. Rahsia masyarakat Jepun panjang umur

1

Negara Jepun terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat dan juga budaya minum teh hijau dalam setiap hidangan. Tapi kenapa dalam banyak-banyak minuman teh hijau menjadi pilihan?

Untuk pengetahuan anda, teh hijau mempunyai polyphenol seperti flavonoids dan cathechin yang berfungsi sebagai antioksidan. Bahan ini mempunyai fungsi untuk mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh, melindungi sel dan molekul yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum usia. Patutlah orang Jepun sihat-sihat dan mempunyai umur yang panjang.

2. Kurangkan risiko hidap diabetes

2

Tahukah anda teh hijau dapat membantu mengurangkan risiko individu daripada penyakit kencing manis? Ini merupakan hasil kajian yang dilakukan di Jepun yang mendapati 42 peratus mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Selain itu juga, teh hijau ini dapat membantu mengawal diabetes jenis II kerana kandungan anti oksidan yang dikenali sebagai alpha glucosidase menekan rembesan enzim, yang memperlambat penyerapan glukosa dalam darah. Jadi, sedikit saja insulin diperlukan untuk memproses glukosa dalam darah.

3. Melegakan ketidakhadaman

3

Perut selalu tidak selesa selepas makan? Apa kata anda amalkan teh hijau selepas makan. Teh hijau terbukti dapat membantu menghapuskan bakteria dan mencegah penyakit perut seperti keracunan makanan kerana kandungan tanin dalam teh hijau meningkatkan rembesan asid gastrik.

Amalkan dalam 2-3 cawan sehari bagi membantu melancarkan penghadaman anda. Barulah gaya hidup sihat!

4. Membantu meransang fungsi otak

4

Minum teh boleh jadi pandai? Kalau anda ingin tahu, teh hijau bukan sahaja berfungsi untuk mengaktifkan kadar metabolisme anda malah, teh juga mempunyai kafein (tidak sebanyak kopi) yang diakui sebagai bahan peransang minda.

Bukan itu sahaja, teh hijau juga mempunyai asid amino L-theanine, dimana gabungan asid amino dengan kafein dapat meningkatkan lagi fungsi otak.

5. Mengurangkan risiko penyakit kanser

5

Kadar antioksidan yang tinggi dalam teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser. Antaranya kanser payudara, prostat dan kolorektal (usus).

Jadi ingin sihat jangan lupa amalkan teh hijau sebagai minuman ruji anda setiap hari, bagi mendapatkan manfaat teh hijau secara maksimum.

Banyak betul rupanya khasiat teh hijau ini. Tapi mana nak dapat teh hijau yang mempunyai kualiti yang tinggi dan sedap untuk diminum?

Matcha Jepun daripada Lipton? Wajib cuba ini!

6

Lepas ini anda sudah tidak payah susah-susah nak cari teh hijau ini, sebabnya jenama teh nombor 1 di dunia, Lipton sudah perkenalkan 2 perisa baru dengan khasiat teh hijau iaitu Lipton Japanese Matcha Yuzu Lime dan juga Lipton Japanese Matcha Ginger & Lemongrass.

Anda yang amalkan gaya hidup sihat memang kena cuba perisa ice tea terbaru daripada Lipton, bukan sahaja berkhasiat minuman ini juga rendah kandungan gula, yang penting rasanya pun sedap!

7

Jadi, tunggu apa lagi jom dapatkan minuman Lipton Japanese Matcha Yuzu Lime dan Lipton Japanese Matcha Ginger & Lemongrass untuk dapatkan khasiat teh hijau sebenar hari ini juga! Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang produk-produk menarik daripada Lipton follow sahaja Facebook Lipton Ice Tea.

*Gambar dan sumber berasal daripada pelbagai sumber media. Pihak Lipton tidak memberi jaminan produknya boleh memberikan manfaat berikut.