Seperti yang dijanjikan, kami ingin berkongsi lagi tentang bagaimana ingin memastikan perbelanjaan Travel anda dibayar oleh pihak lain. Untuk bahagian kedua ini, anda perlu memiliki skill asas mengambil FOTOGRAFI dan VIDEOGRAFI.

Baca Bagaimana Kos Travel Saya Dibayar Orang Lain – Bahagian 1

Jika ada yang beranggapan mereka harus memiliki camera DSLR barulah perkara ini tercapai, mereka SILAP.

Kecanggihan kamera pada telefon pintar pada masa kini sangat berbeza. Anda hanya perlu tahu, apa GAMBAR yang anda ingin ambil.

buat-duit-masa-travel-1

Gambar turut menggambarkan kebudayaan sesuatu tempat.

buat-duit-masa-travel-2

Photo shoot peragaan pakaian juga boleh menjana pendapatan ketika travel.

Kami akan berkongsi beberapa tips RAHSIA di sini.

1. Sekiranya anda memang mahir mengambil foto, cuba hubungi;

(a) Label pakaian dan beritahu anda akan TRAVEL ke tempat tertentu dan menawarkan untuk mengambil foto produk mereka.

(b) Anda boleh menghubungi, penjual produk kecantikan, barangan OUTDOOR, pewangi, dan pelbagai lagi produk dengan menawarkan fotografi atau videografi di mana anda akan bercuti.

2. Cuba STOK FOTO. Dengan memilih subjek tertentu seperti, kanak-kanak bermain, sedih, miskin atau apa sahaja topik terperinci. Ambil foto dan kumpul.

Apabila anda pulang kongsikan sedikit gambar (beserta watertmark) dan sertai kumpulan fotografi. Pengasas kami pernah mengalami masalah mendapatkan foto sesuai ketika menyediakan kertas kerja. Foto tentang MALAYSIA sangatlah terhad lagi pada masa kini.

3. VIDEOGRAFI berdurasi pendek gaya pengiklanan dengan tempoh 30saat sangat berguna kepada peniaga produk OUTDOOR serta label pakaian.

Cuba tawarkan khidmat ini. Kami percaya ia akan membantu membayar sebahagian kos TRAVEL anda. Cuba ambil video dan edit terlebih dahulu konsep video anda sebagai contoh untuk dikongsi dengan bakal prospek.

4. Memiliki rakan TRAVEL pelbagai bangsa turut membantu menghasilkan FOTO atau VIDEO yang kelihatan global. Ini akan menambah lagi nilai pada hasil kerja anda.

Semakin banyak yang anda dapat tawarkan kepada pelanggan, semakin tinggi harga hasil kerja anda.

Bayangkan jika kopi buatan kampung di fotokan dengan gaya dan effect fotografi sambil diminum oleh orang arab berlatar belakangkan padang pasir.

Apabila pelanggan anda berkongsi gambar itu di laman sosial dengan kapsyi, kopi kami telah tiba di Tanah Arab. Apa pandangan pembeli client anda? Faham apa yang kami cuba sampaikan.

5. Bertanya dan buat research awal, FOTO atau VIDEO apa yang diperlukan pasaran. Rajin-rajin menelaah, membaca dan menambah ‘skill’ fotografi dan videografi anda.

buat-duit-masa-travel-3

Fotografi pernigaan pakaian membantu Travel Berbayar tercapai.

buat-duit-masa-travel-4

Fotografi pemandangan juga boleh dijual

buat-duit-masa-travel-5

Gambar sebelum proses editing yang diambil hanya menggunakan telefon pintar juga boleh dijual.

Untuk pengetahuan anda, di MALAYSIA terdapat ramai traveller yang travel dengan cara ini.

Apa yang boleh kami kongsikan, cara ini memakan masa. Ianya tidak terus menghasilkan anda pendapatan setinggi gunung dalam sekelip mata.

Namun begitu, ia membantu anda sedikit demi sedikit mencapai proses Travel Berbayar sepenuhnya jika dilakukan berterusan.

Baca lagi: 20 Cara Buat Duit Bagi Yang Suka Travel