Sistem operasi terbaru Apple, iOS 9 diumumkan akan menambahbaik mutu kuasa bateri supaya ia bertahan lebih lama. Ia akan dilancarkan pada 16 September 2015. Sebenarnya selain daripada penambahbaikan sistem, ada beberapa cara untuk memanjangkan tempoh kuasa bateri.

Ini 5 langkah yang akan membantu bateri iPhone anda bertahan lebih lama berbanding kebiasaannya. Check this out!

original
HYPE
Kenapa Filem ‘Scary Stories To Tell In The Dark’ Anda Patut Tonton?
Baca lagi →

1. Mengubahsuai penetapan (settings) telefon anda.

i. Mematikan apa-apa ciri yang tidak digunakan pada waktu itu.

ii. Mematikan fungsi Siri jika tidak memerlukannya.
Cara: Settings > General > Siri

iii. Mematikan kemaskini automatik.
Cara: Settings > iTunes & App Store, > turn off Automatic Downloads

2. Tutup aplikasi yang tidak digunakan.

Tanpa anda sedar beberapa aplikasi yang telah dibuka oleh anda masih sedang beroperasi meskipun anda telah menutup paparannya. Ini akan menyebabkan kuasa bateri berkurangan dengan cepat. Maka, anda perlu:

i. Double-click the home button.
ii. Pilih aplikasi yang mahu ditutup.
iii. Swipe ke tepi aplikasi yang mahu ditutup tadi.

3. Kurangkan cahaya paparan skrin.

i. Buka Control Center
ii. Pilih Brightness
iii. Tetapkan tahap keterangan cahaya.

4. Pantau aplikasi yang menggunakan banyak kuasa bateri.

Perhatikan aktiviti aplikasi-aplikasi. Ada kemungkinan aplikasi tertentu menggunakan banyak kuasa bateri untuk beroperasi.

Cara: Settings > General > Usage > Battery Usage

5. Perkhidmatan lokasi.

Aplikasi media sosial selalu meminta anda menghidupkan pilihan lokasi agar mudah untuk mengenalpasti kedudukan terkini anda. Ia merupakan satu ciri yang antara terbanyak menggunakan kuasa bateri kerana lokasi akan diperbaharui setiap sela masa tertentu. Maka, anda boleh tutup pilihan ini jika tidak mahu menggunakannya.

Cara: Settings > Privacy > Location Services

Lain-lain:

Itu antara cara yang boleh menjimatkan kuasa bateri telefon iPhone anda. Selain itu, dicadangkan pengguna menggunakan pengecas bateri yang asli dan pengecas yang betul untuk model telefon, menutup Get Notifications daripada aplikasi-aplikasi media sosial, dan dapatkan pengecas bateri tambahan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka