Sebelum membaca, anda sepatutnya sudah ketahui situasi bisnes anda, adakah prestasi jualan terkesan dengan situasi hari raya?

Kebanyakan bisnes produk-produk kecantikan / kesihatan akan mengalami situasi ini, malah ada yang lebih teruk, prestasi jualan merosot ketika bulan Ramadhan lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ikuti tips-tips di bawah:

1. Semak Semula Database Prospek Sepanjang Ramadhan

Ini langkah paling penting!

Periksa semula semua inbox di page anda, pastikan prospek telah meninggalkan no. telefon untuk memudahkan proses seterusnya.

Periksa semua whatsapp yang masuk, asingkan mengikut 2 kategori, (pelanggan, prospek).

Prospek ialah orang yang telah whatsapp anda tetapi masih belum membeli, jadi kategori ini yang akan kita fokus untuk strategi tingkatkan jualan selepas raya.

2. Jalankan Iklan Facebook untuk Tarik Like Walaupun di Musim Raya

YA, ini betul-betul, bukan cubaan. Pada musim ini memang ramai yang matikan iklan. Ini adalah masa yang baik untuk anda tetap beriklan, jangan ikut orang.

Mengikut data saya, iklan yang saya jalankan murah berbanding di masa lain. Selain kos, bila kurang iklan-iklan lain, lebih mudahlah iklan anda untuk menarik perhatian prospek.

Saya hanya fokus iklan tarik like sahaja kerana team sales bercuti. Tujuannya untuk menapis bakal pelanggan saya, dan saya boleh ‘park’ bakal pelanggan saya untuk saya jalankan serangan selepas cuti raya nanti. Nampak tak?

3. Tingkatkan Engagement Page Facebook Anda Dengan Content

Seiring dengan langkah ke-2 di atas, pastikan anda padatkan Facebook Page anda dengan artikel-artikel berkaitan produk dan hari raya.

Pemilihan artikel sangat penting, pastikan artikel memberi impak kepada pembaca agar prospek akan ingat jenama/produk anda.

Teknik ini juga dikenali dengan nama Content Marketing. Gunakan fungsi schedule post agar program hari raya anda tidak terganggu.

Antara contoh tajuk artikel:

  1. Tips Diet di Hari Raya – Produk Kurus
  2. Adab Berborak di Hari Raya – Produk Dapat Zuriat, Produk Dapat Isteri, Produk Tambah Pendapatan
  3. Tips Pulang ke Kampung – Produk berkaitan kereta, Produk CCTV dan keselamatan
  4. Tips Make-Up Raya – Produk Kecantikan
  5. Tips Cara Simpul Shawl – Produk Tudung

Langkah ini penting untuk memastikan page anda ‘hidup’.

Apabila engagement tinggi, banyak like, komen dan share, bermakna anda telah berjaya meng”hidup”kan Facebook Page anda.

4. Engage Prospek Yang Sudah Anda Senaraikan di Langkah 1

Sebelum bercuti, sepatutnya anda sudah setkan broadcast senarai prospek-prospek dari Langkah 1.

Engage mereka dengan beberapa cara di bawah;

  1. Hantarkan Ucapan Hari Raya
  2. Hantarkan sedikit intro artikel dan URL artikel yang telah dibuat pada Langkah 3
  3. Bertanya soalan, contoh: Berapa Lama Cuti Raya? Balik Raya Mana? Sudah mula bekerja?

Susunkan ikut kesesuaian. Anda pasti bijak, langkah ini juga boleh dibuat apabila anda sudah mula beroperasi selepas cuti raya nanti.

Prospek pasti akan terkenangkan anda di bulan mulia ini.

5. Lancarkan Serangan Bertubi-tubi

Setelah pulang bercuti raya, duit pun sudah tentu banyak leburkan. Jadi inilah masanya anda untuk buat comeback.

Run semula iklan-iklan menjual anda. Boleh target kepada ‘Fans Only’ sekiranya page anda melebihi 50K likes.

Anda cubalah sendiri. Pastikan Langkah 1-4 seperti di atas telah dibuat dengan penuh gaya.

Pada langkah ini, anda akan mempunyai 2 set senarai prospek.

  1. Prospek Bulan Ramadhan (Dari Langkah 1)
  2. Prospek Syawal (Prospek Baru)

Sekiranya anda berjaya meningkatkan kadar closing pada kedua-dua kategori prospek ini, sudah tentu prestasi jualan anda akan kembali mantap.

Elemen penting pada langkah ini ialah:

TAWARAN
TAWARAN
TAWARAN

Seperti yang kita sedia maklum, selepas raya, ramai telah berhabisan untuk belanja raya dan balik kampung.

Namun ini bukan penyebabnya anda tidak mampu untuk mendapatkan jualan. Anda telah melakukan Langkah 1-4, prospek sudah ingat dan kenal anda.

Dengan tawaran yang hebat, sukar mereka tolak, pembelian pasti berlaku. Peranan anda sangat penting untuk merangka tawaran pada langkah ini.

Gunakan elemen seperti exclusivity, masa terhad, stok terhad dan juga urgency. Tunjukkan perbezaan tawaran semasa raya dan selepas raya.

Andakan bijak, pasti dapat merangka satu tawaran yang meleleh-leleh.

Lakukan follow-up bertubi-tubi, hardsell berselang dengan softsell. Inilah masanya untuk anda recover!

Tak cukup follow-up whatsapp, boleh terus call prospek bagi ayat manis. Ucap selamat hari raya dan sebagainya. Jangan terperanjat, follow-up call pun senang closing. Tak percaya? Cuba sendiri.

PELANGGAN BUAT BAYARAN PADA CUTI RAYA

Saya telah berhentikan iklan menjual pada hari terakhir operasi Poslaju bagi penghantaran sebelum raya iaitu 28 Jun 2016.

Tiada sebarang aktiviti follow-up hardsell telah dijalankan, kami hanya buat content marketing seperti langkah-langkah di atas. Hasilnya memberangsangkan.