2016 sudah memasuki bulan Mac jadi apakah resolusi untuk mendapatkan badan idaman tahun ini berjalan lancar? Kami harap perancangan anda masih kekal dan belum putus asa.

Maklumlah, bukan senang untuk dapatkan bentuk idaman ditambah lagi dengan pelbagai makanan tinggi kalori lagi sedap yang mudah didapati di Malaysia. Memang mencabar. Kami sendiri pun kadang-kadang terbabas kalau masuk bab makan. Mana tahan bila lihat mee goreng mamak dan telur mata diatasnya depan mata. Heh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi, anda jangan risau Vocket bersama-sama Mestoropin akan menemani anda mendapatkan bentuk badan idaman dengan artikel-artikel dan video yang memberi tip, inspirasi dan motivasi sepanjang tahun. Untuk permulaan mari kita lihat 5 langkah pertama yang boleh anda praktikkan untuk dapatkan badan idaman.

1. Dapatkan ilmu tentang perkara-perkara asas fitness

5-langkah-pertama-jadi-fit-1

Tiada jalan singkat untuk jadi fit dan dapatkan badan idaman. Perkara paling asas yang perlu anda tahu ialah kalori masuk vs kalori keluar. Penting untuk anda makan makanan yang rendah lemak dan makanan yang fresh. Mengelak diri daripada diet tidak sihat dan mengambil pil kurus juga merupakan perkara asas yang perlu anda tahu.

2. Buang makanan yang tidak membantu anda mendapatkan badan idaman dari dapur

5-langkah-pertama-jadi-fit-2

Aiskrim magnum, twisties, cloud 9 dan lain lain junk food bukan lah makanan yang membantu dalam proses untuk jadi fit. Jadi, apa kata anda buang atau sedekahkan makanan ini kepada mereka yang perlu jika ada di dapur anda. Ini termasuklah segala jenis minuman bergas dan bergula. Proses ini juga membantu anak-anak anda jauh daripada makanan-makanan yang tidak berkualiti.

3. Berhenti makan di luar rumah setiap hari

5-langkah-pertama-jadi-fit-4

Makanan di kedai makan dan restoran majoriti tinggi dengan sodium dan tinggi kandungan lemak. Belajar untuk memasak makanan yang sihat di rumah. Jika perlu ambillah kelas memasak. Kebaikan masak sendiri di rumah bukan saja pada badan anda, tapi juga poket anda. Jimat duit.

4. Susun semula kehidupan dan jadual anda

perempuan-tudung-angkat-berat-vocket

Salah satu perkara yang membuatkan program fitness anda gagal ialah kurangnya perancangan. Di Malaysia, banyak perayaan. Setiap kali perayaan mesti makan best. Sekiranya anda tahu anda akan ke sesuatu majlis atau rumah saudara yang tentunya penuh dengan makanan berlemak, anda boleh makan terlebih dahulu di rumah. Dan pastikan keluarga anda tahu anda sedang dalam proses mendapatkan badan amal. Mungkin mereka dengan sendirinya suka untuk menyediakan makanan yang sesuai dengan anda. Jangan malu.

5. Konsisten dengan gaya hidup anda

5-langkah-pertama-jadi-fit-3

Kadang-kadang dalam mengejar sesuatu anda sering abaikan keluarga. Maklumlah, keluarga kebanyakkannya tidak memahami hasrat dan keinginan anda. Nasihat kami jangan. Dalam mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan fokus pada latihan dan diet saja. Tunjukkan pada mereka anda boleh dapatkan bentuk badan idaman sambil menikmati gaya hidup seperti sebelumnya kecuali diet dan latihan.

Iklan Komersial Mesotropin

Vocket Fitness dikuasakan oleh Mesotropin Official. Artikel lanjut di http://vckt.co/1T9WhNP

Posted by The Vocket on Wednesday, March 2, 2016