Kenali si penipu atau sering disebut sebagai scammer di internet agar anda tidak menjadi mangsa yang seterusnya. Berdasarkan pengalaman seorang taukey kedai kamera di Ipoh iaitu Cikgu E, dia kongsikan cara penipuan scammer dari luar negara yang menipu penjual-penjual di platform jual beli terkenal di Malaysia.

Contoh jadual statistik kes penipuan di platform e-dagang (Januari 2013 – Jun 2013):

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

statistik polis

1. Scammer hubungi penjual

Penjual akan menerima mesej daripada scammer melalui e-mail atau aplikasi WhatsApp. Ayat-ayat disusun dengan penuh kesopanan sambil menunjukkan keinginan membeli yang tinggi untuk memiliki barang si penjual.

2. Tawaran si scammer yang mengiurkan penjual

Scammer ini akan menyatakan kesanggupan mereka membayar harga yang tinggi termasuk kos penghantaran ke luar negara. Ia akan membuatkan si penjual menjadi teruja dan termakan dengan ayat-ayat manis scammer yang mahu berikan lebih keuntungan kepada si penjual.

3. Scammer janji bayar

Apabila si penjual dah masuk ke perangkap scammer, mulalah detik di mana scammer akan berjanji dan memasukkan wang ke dalam akaun si penjual. Oleh kerana si penjual jarang melakukan transaksi wang melibatkan pihak di luar negara, mereka mudah percaya apabila menerima e-mail dari bank pihak scammer yang menyatakan wang telah dimasukkan ke akaun. Hakikatnya, wang itu tidak ada di dalam akaun apabila diperiksa oleh penjual.

4. Scammer beri alasan

Apabila itu berlaku, penjual memberitahu kepada si scammer bahawa duit tidak ada di dalam akaun. Si scammer akan menerangkan wang itu akan disekat selagi si penjual tidak mengeposkan barang kepada mereka. Bukan itu sahaja, penjual perlu beri tracking number kepada si scammer.

5. Scammer mengugut penjual

Si scammer dengan beraninya mengugut jika si penjual tidak menghantar barang itu, si scammer akan melakukan laporan polis.

Maka, si penjual yang takut berlaku sesuatu yang buruk terhadap diri dan bisnesnya akan menurut kata-kata si scammer tersebut. Akhirnya, duit tak dapat, barang yang dihantar pun dah di tangan scammer.

WA Cikgu E

Cikgu E pesan:

Belajar tak bijak pun tak apa, janji tak kena tipu.