Kecoh baru-baru ini apabila CEO FINAS, Ahmad Idham tampil menyuarakan cadangan untuk menyekat kandungan platform penstriman Netflix yang dikatakan mengandungi kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak serta penonton di Malaysia.

Cadangan daripada FINAS ini nampaknya telah menerima pelbagai reaksi serta kecaman daripada para penonton Netflix memandangkan platform penstriman ini sudah lama menyertakan fungsi parental control. Fungsi ini tersedia bagi menghalang adegan atau filem yang tidak diingini atau tidak sesuai tersiar di laman Netflix.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →
Amazon, Instagram and Uber app on Various Devices

Sumber: nypdecider

Dalam usaha memberi pendedahan serta mengelakkan daripada kanak-kanak menonton adegan melibatkan keganasan dan sebagainya, kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara untuk mengaktifkan fungsi parental control yang disediakan Netflix. Ikuti lima langkah mudah ini untuk mengaktifkannya.

1. Buka laman Netflix pada laman web atau pada aplikasi peranti anda.

2. Klik pada manage profiles.

3. Pilih profil yang mahu ditukar had tontonan.

4. Pada ruangan allowed TV shows and movies, klik pada sekatan yang bersesuaian seperti yang dimahukan.

5. Klik butang save.

Untuk pengetahuan, Netflix juga turut menyertakan kandungan tempatan merangkumi siri dan filem. Sekatan secara menyeluruh terhadap platform ini mungkin memberi kesan kepada kandungan tempatan manakala sekatan adegan yang tidak sesuai sahaja mungkin agak sukar dijayakan Lembaga Penapisan Filem.

Tidak lama selepas isu FINAS mahu menyekat kandungan Netflix, CEO FINAS, Ahmad Idham telah memperkenalkan Aflix sebagai altenatif tontonan yang lebih beradab. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Aflix Punca Ahmad Idham Mahu ‘Sekat’ Kandungan Netflix?

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?

 

 

Anda Mungkin Suka