Korea merupakan satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai orang kerana memiliki kecantikannya tersendiri. Malah, bagi mereka yang mengikuti drama Korea pasti teringin ke lokasi-lokasi penggambaran yang pernah ditonjolkan dalam sesuatu drama itu.

Selain daripada Seoul, anda harus berkunjung ke Pulau Jeju kerana suasana di sini berbeza dengan keadaan di Seoul. Bukan hanya tenang tetapi anda akan berasa lebih dekat dengan alam semulajadi.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

photo_2019-10-29_18-33-24

IMG_5294

Tidak dapat disembunyikan rasa gembira dan teruja apabila kami berpeluang ke Pulau Jeju dua minggu yang lalu. Terima kasih Jeju Tourism Organization kerana menjemput Team Vocket berkunjung ke Pulau Jeju.

Kami telah berkunjung ke Pulau Jeju selama seminggu dan terdapat pelbagai tempat yang telah kami lawati. Akan tetapi, kami akan kongsikan kepada anda 5 destinasi yang anda wajib pergi jika ke Pulau Jeju.

1. Saebyeol Oreum

Kami cukup tergamam dengan keindahan yang ada di sini apabila sampai di puncak bukit. Mungkin sedikit penat untuk mendaki bukit, tetapi pendakian bukanlah sesuatu yang sia-sia. Jika anda tidak biasa melakukan aktiviti lasak, jangan risau kerana jalan yang disediakan tidaklah sukar.

Saebyeol Oreum, Jeju Island, Korea

Saebyeol Oreum: Magnificent nature on a human scaleFor more information and a map, go to VisitJeju.net: http://www.visitjeju.net/en/tourView.jto?menuCd=DOM_000001816002000000&langCd=EN&areaId=CONT_000000000500309Visitjeju.net #visitjeju #volcanic #island #Jeju #제주도 #비짓제주 #새별오름 #오름

Posted by Jeju Tourism Organization on Wednesday, 27 December 2017

Anda akan dihadiahkan dengan pemandangan matahari turun yang bagi kami cukup indah. Malah, kawasan tersebut yang dipenuhi dengan ‘silver grass’ membolehkan anda bergambar untuk dikongsikan di media sosial.

Sebenarnya, terdapat satu festival yang sering dilakukan di sini pada setiap musim bunga iaitu Jeju Fire Festival.

photo_2019-10-31_20-30-02

photo_2019-10-31_20-29-57

2. Olle Trail

Jika berkunjung ke Jeju tetapi tidak pergi Olle Trail, anda memang rugi. Untuk pengetahuan anda, terdapat 26 stesen di sekitar Jeju. Setiap trail memiliki keistimewaan tersendiri dan anda akan dapat lihat keindahan Pulau Jeju seperti masyarakat setempat.

IMG_5312

IMG_5580

Berjalan-jalan di kawasan tepi pantai dan kawasan perumahan masyarakat setempat, memanjat bukit, dan juga dapat mengetahui sejarah serta cerita rakyat yang tidak ramai orang tahu. Lebih menarik lagi apabila anda boleh stamp pasport Olle Trail sebagai bukti anda berjaya habiskan setiap courses.

Akan tetapi, disebabkan kami kesuntukan masa, kami hanya berjaya pergi ke beberapa courses sahaja dan untuk menghabiskan kesemua courses mengambil masa selama sebulan.

IMG_5416

photo_2019-10-31_20-30-08

3. Pantai Woljeongri

Di sini, bukan sahaja anda dapat berjalan-jalan di tepi pantai tetapi anda juga dapat membuat beberapa aktiviti yang anda boleh jadikan kenangan. Kami telah ke Sumbi Island Cafe yang terletak berhadapan Pantai Woljeongri.

WhatsApp Image 2019-10-20 at 8.21.44 AM

IMG_5632

Menariknya, bukan sahaja anda boleh nikmati kopi dan minuman lain yang menyegarkan, anda juga boleh membuat sendiri lilin aromaterapi mengikut kreativiti sendiri. Selain itu, anda juga boleh membuat gelang tangan sebagai cenderamata.

Boleh dikatakan anda dapat mencipta memori bersama yang tersayang di sini sambil melihat pemandangan yang indah. Terdapat juga pelbagai souvenir yang dijual di sini.

photo_2019-10-31_20-36-29

photo_2019-10-31_20-38-48

4. Bomnal Cafe

Jika anda ingin bersantai-santai sambil menikmati minuman yang memukau dan chill out bersama rakan-rakan anda, sini adalah tempatnya. Bukan sahaja dekorasi cantik, tetapi anda juga akan dihadiahkan dengan pemandangan cukup menenangkan minda anda.

WhatsApp Image 2019-10-20 at 8.24.39 AM

WhatsApp Image 2019-10-20 at 8.21.36 AM

Bagi anda yang gemar bergambar, sini adalah tempat paling sesuai untuk anda. Setiap sudut di Bomnal Cafe ini sangat ‘Instagrammable’. Setelah puas bergambar dan menikmati minuman anda, anda boleh berjalan sekitar jalan Handam Coastal di sana.

Boleh dikatakan ‘syurga cafe’ kerana terdapat banyak cafe hipster di sana. Nak lagi ‘rare’ anda boleh mendayung sampan di tepi laut.

IMG_6420

IMG_5831

5. Dongil-ri Port

Instead of lihat dolphin dalam akuarium, kita dapat lihat dolphin berenang dengan bebas di sini dan seperti menari sambut kita datang. Anda akan teruja kerana anda akan berada di tengah laut dan melihat dolphin di tepi anda.

WhatsApp Image 2019-10-20 at 8.22.34 AM

WhatsApp Image 2019-10-19 at 8.34.42 AM

Jika bernasib baik, anda akan dapat berswafoto bersama mereka. Selepas melihat dolphin, anda juga boleh cuba memancing ikan di situ seperti orang tempatan.

Malah, anda juga boleh berborak dengan mereka yang setiap hari memancing di sana. Bagi kami, pengalaman bersama dolphin adalah satu pengalaman yang cukup berharga kerana sukar untuk diperoleh di tempat lain.

WhatsApp Image 2019-10-20 at 8.23.37 AM

Apa yang kami boleh katakan sepanjang berada di Pulau Jeju, ia merupakan satu pengalaman yang cukup indah dan memori yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Jika anda belum pernah berpeluang ke Pulau Jeju, anda haruslah datang walaupun sekali seumur hidup. Percayalah anda akan terus jatuh cinta dengan Pulau Jeju.

WhatsApp Image 2019-10-19 at 8.34.45 AM

8f01eebf-8f9c-4d5f-8cfa-6bd26f4c7196

Bagi kami, tempat-tempat yang kami listkan ini bukanlah destinasi tumpuan pelancong tetapi anda akan dapat sesuatu memori yang bernilai. Jeju merupakan destinasi pilihan untuk anda berbulan madu, dan bersuka ria bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Sebelum anda ke Jeju, anda mungkin boleh muat turun aplikasi Visit Jeju untuk ketahui lebih lagi maklumat seperti festival-festival akan datang, tempat makan dan pelbagai lagi.

Selain Jeju, destinasi manakah anda ingin kami tuliskan? Jangan lupa berikan pandangan anda pada ruangan komen.

Ingin tahu tempat menarik lain di Jeju? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

7 Tarikan Menarik Yang Buatkan Anda Tidak Jemu Dengan Pulau Jeju

Lelaki Ini Dedah Tip Mudah Lepasi Imigresen Korea Selatan

6 Sebab Kenapa Pulau Jeju Patut Ada Dalam Senarai Percutian Anda

Anda Mungkin Suka