Di sini, kami senaraikan beberapa lokasi popular yang selalunya menjadi destinasi pilihan untuk mereka mencari kerja part-time terutamanya pelajar lepasan SPM yang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti.

1. Restoran Makanan Segera (Fast Food)

KFC
Contoh restoran makanan segera yang popular di Malaysia ialah McDonalds dan KFC. Setahu kami, mereka selalunya konsisten mencari pekerja. Poster jawatan kosong kebiasaannya ada ditampal di luar premis atau berdekatan dengan kaunter pesanan/bayaran. Penulis sendiri pernah bekerja di McDonalds untuk mencari wang saku tambahan sewaktu cuti semester ketika belajar di kolej dahulu.

2. Hotel

hotel-reception
Ini adalah satu lagi jenis lokasi pekerjaan yang sangat popular di kalangan lepasan SPM ketika menunggu keputusan UPU. Mungkin kerana bayaran mengikut jamnya yang lebih lumayan. Selaluya, pihak hotel akan menempatkan pekerja-pekerja part-time mereka di bahagian Coffee House atau Banquet. Bayaran gaji biasanya mengikut rating hotel. Sama ada 3, 4 atau 5 bintang.

3. Kompleks Beli-belah

mega-mall-store
Pergi ke kompleks beli-belah yang terkemuka seperti Mid Valley Megamall dan perhatikan bahagian luar premis kedai setiap tingkat dan ceruk bangunan ini. Pemilik-pemilik kedai ini selalunya meletakkan iklan jawatan kosong di depan kedai mereka. Terdapat pelbagai jenis kedai boleh didapati dalam sesebuah kompleks beli-belah, jadi peluang cari kerja part-time lebih banyak.

4. Pasaraya besar

mydin
Agak banyak sebenarnya pasaraya besar di Malaysia ini. Giant, Mydin, AEON, Jaya Grocer dan Cold Storage adalah antara jenama pasaraya mempunyai nama yang besar. Mereka sentiasa perlukan tenaga perkerja yang banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka setiap hari.

5. Internet

dropship-concept
Anda juga boleh mencari wang tambahan dengan melakukan kerja pemasaran affiliate. Ia boleh melibatkan produk fizikal, digital atau pun perkhidmatan. Anda akan memperolehi bahagian mengikut komisen yang ditawarkan.

Antara laman web yang mempunyai program affiliate:

www.klikjer.com
www.ashadee.com
www.lazada.com.my
www.zalora.com.my

Menjana wang melalui wang melalui internet adalah perkara yang menyeronokkan kerana tidak perlu melakukan aktiviti fizikal yang memenatkan. Walau bagaimanapun, anda perlu mempunyai skil pemasaran secara online yang bagus untuk menghasilkan jualan.

Amacam? Tak cuba tak tahu. Pilihlah mana yang sesuai dengan jiwa dan minat anda. Yang penting, anda gunakan masa terluang anda dengan melakukan perkara yang baik sambil menimba pengalaman disamping mencari duit poket.

Like Facebook kami di The Vocket