Ramadan bakal menjelma, namun Israel masih tidak jemu-jemu mencabul rakyat Palestin di kala menghadapi bulan suci ini. Walaupun negara Palestin sering bergolak, namun masyarakat tempatannya masih tidak melupakan makanan tradisi mereka.

Untuk pengetahuan anda, gaya masakan rakyat Palestin dipengaruhi oleh masyarakat daripada negara sekeliling Levant (timur Mediterranean) seperti Lubnan, Syria, Israel dan Jordan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gaya memasak mereka juga berbeza-beza mengikut wilayah dan setiap jenis gaya memasak dan bahan-bahan yang digunakan umumnya berdasarkan iklim dan lokasi di rantau tempatan dan ada pengkhususan mengikut tradisi tempatan.

palestin

Masakan berasaskan beras dan variasi Kibbee (rupanya seperti bergedil di Malaysia) adalah biasa di rantau Galilea.

Tebing Barat mempunyai jenis makanan yang lebih berat yang melibatkan penggunaan roti taboon (sejenis roti pita Arab yang dimasak dengan periuk Taboon), beras, daging, makanan laut dan lentil (sejenis tumbuhan yang terdapat di Mediterranean).

Masakan Gaza pula mempunyai variasi masakan Levant, tetapi lebih mempelbagaikan hasil makanan laut dan rempah. Penduduk Gaza juga banyak menggunakan lada dalam masakan mereka.

baitul

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda 5 makanan tempat rakyat Palestin.

1. Maqluba

maqluba

Menu ini merupakan menu tradisional masyarakat Arab Levant. Resipi utama masakan ini terdiri daripada nasi, daging, dan sayur yang digoreng. Kesemua bahan-bahan ini akan dimasukkan ke dalam periuk. Apabila siap dimasak, hidangan akan disediakan dengan menterbalikkan periuk ke atas dulang. Masakan ini dipanggil maqluba kerana cara penyajiannya yang unik ini. Maqluba sendiri bermaksud menterbalikkan dari bawah ke atas.

Bahagian atas maqluba akan berwarna kemerah-merahan kerana dasar periuk disediakan dengan tomato dahulu. Antara bahan tambahan yang disertakan dalam maqluba ialah kentang, gajus, terung, ayam ataupun kambing. Ia juga sering dihidangkan dengan yogurt beserta salad Arab (Salata Arabia) seperti hirisan tomato, timun, jus lemon, parsley dan sos tahina (sos bijan).

2. Musakhan

musakhan1

Masakan ini terdiri daripada ayam yang dipanggang bersama minyak zaitun, bawang, sumac (sejenis rempah dalam masakan Arab), allspice (sejenis buah kering) dan biji pain yang digoreng. Ayam yang dipanggang dengan rumusan tadi akan disediakan di atas roti taboon. Ianya juga sering dikenali Muhammar.

Hidangan ini mudah disediakan kerana segala bahan yang dinyatakan di atas mudah didapati di kawasan tempatan menyebabkan ianya popular di kalangan rakyat Palestin. Musakhan ini biasanya dicarik dan dimakan dengan menggunakan tangan. Konsep yang sama dengan roti canai atau roti naan di Malaysia. Mudah hendak kenal masakan ini kerana ada ayam di atas roti dan sering dimakan bersama dengan sup. Musakhan juga bermaksud sesuatu yang dipanaskan.

3. Sumaghiyyeh

samagyihhah

Masakan ini merupakan kuah yang sering dihidangkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tapi di Semenanjung Gaza, masakan ini boleh didapati sepanjang tahun. Nama Sumaghiyyeh ini berasal daripada bahan asasnya iaitu rempah sumac.

Sumac pada mulanya akan direndam di dalam air kemudian dicampur dengan sos tahina. Setelah bercampur, air akan ditambah bersama dengan tepung untuk menambah kelikatan kuah. Adunan kemudian ditambah dengan hirisan sayur chard (sayuran Arab Levant) yang telah ditumis, hirisan daging yang telah direbus dan juga kacang kuda. Kemudian, ditambah perisa kacang dill (sejenis sayuran untuk masakan Mediterranean), cili, bawang putih dan minyak zaitun.

Kuah Sumaghiyyeh yang telah siap dimasak dituang kedalam mangkuk untuk disejukkan. Enak dimakan bersama roti pita.

4. Hummus

hummus

Masakan ini merupakan kuah atau dressing yang sering terdapat dalam resipi masakan Levant. Ia diperbuat daripada kacang kuda yang telah dimasak dan dilenyekkan. Hummus juga bermaksud kacang kuda. Kemudian, kacang kuda ini digaul dengan sos tahina, minyak zaitun, jus lemon, garam dan bawang putih.

Ia telah lama menjadi pembuka selera utama bagi rakyat Palestin. Sering dihidangkan secara suam dan dimakan pada bila-bila masa. Hummus sering ditambah dengan taburan kacang kuda, hirisan tomato dan hirisan timun. Sesuai menjadi pencicah roti. Diperkatakan yang hummus selalu dimakan pada pagi hari Jumaat.

5. Kanafeh

kanafeh

Manisan masyarakat Levant yang berasaskan pastri keju yang direndam di dalam sirap yang penuh gula. Dikatakan manisan ini telah wujud sejak pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.

Terdapat 3 cara penyediaan Kanafeh. Kanafeh khishnah (keras), kulitnya diperbuat daripada mi panjang yang nipis. Kanafeh na’ama (halus), dibuat daripada doh semolina (sejenis tepung gandum yang digunakan untuk membuat pasta). Kanafeh mhayara (campur), campuran khishnah dan na’ama.

Pastri kanafeh dipanaskan di dalam sama ada mentega, marjerin ataupun minyak kelapa. Kemudian ianya ditebarkan dengan keju putih, keju Nabulsi dan atasnya ditambah lagi dengan pastri. Permukaan atas Kanafeh selalunya ditutup dengan pastri yang diwarnakan dengan perisa oren.

child

Alangkah nikmatnya sekiranya dapat merasa masakan air tangan rakyat Palestin. Marilah kita sama-sama berdoa agar Palestin dibebaskan daripada kekejaman Israel dan semoga mereka dapat menyambut Ramadan dan Syawal kali ini dengan penuh kebahagiaan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram