Siapa yang tidak mahu kelihatan awet muda walaupun umur kian meningkat, bukan? Malah, proses penuaan adalah semulajadi tetapi kita boleh melambatkan proses tersebut jika kita mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat.

Untuk pengetahuan anda, proses penuaan sering terjadi lebih awal berikutan gaya hidup tidak sihat seperti tidak bersenam dan tidak mengawal pemakanan. Malah, pasti ramai yang tercari-cari penyelesaian untuk melambatkan proses penuaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasti anda juga tertanya-tanya, apakah makanan yang mampu melambatkan proses penuaan. Berikut adalah 5 makanan yang anda boleh amalkan untuk kekal awet muda:

1. Air Mineral

minum air

Minum air mineral secukupnya kerana dengan minum air yang diperlukan badan dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan. Air merupakan asas untuk kulit muda, lembab dan muda.

2. Cendawan

cendawan
Sumber: Buterkicap

Pengambilan cendawan dapat membantu badan anda membunuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak serta bertindak sebagai anti kanser. Ini kerana cendawan mengandungi pelbagai mineral seperti kalium dan sineral yang juga bagus untuk mencegah penuaan awal.

3. Ikan

ikan
Sumber: Google

Ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 bagus dikatakan dapat menjaga keremajaan kulit dan kuatkan membran-membran sel pada kulit. Oleh itu, kulit akan sentiasa lembab dan lembut serta jika makan ikan, ia diyakini boleh mencegah penyakit jantung dan stroke.

4. Teh Hijau

teh hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan dan pastinya mampu untuk membantu penuaan dan meningkat sel-sel kulit. Malah, anda juga dapat mencegah daripada diserang sakit jantung jika selalu mengamalkan minum teh hijau.

Baca lagi: 5 Khasiat Teh Hijau Yang Anda Perlu Tahu

5. Coklat

coklat
Sumber: Google

Siapa sangka makan coklat boleh membantu kekal awet muda. Coklat gelap, milk chocolate dan white chocolate bertindak sebagai antioksidan. Ia mengandungi pelbagai khasiat tambahan seperti gula dan lemak. Akan tetapi, adalah diingatkan untuk tidak makan secara berlebihan.

Sebenarnya banyak lagi makanan dan minuman yang dapat membantu anda untuk kekal awet muda. Semuanya bergantung pada diri anda untuk mengamalkannya disamping mengamalkan gaya hidup sihat. Hanya menjaga pemakanan sahaja tidak cukup, tetapi anda disokong dengan gaya hidup sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.