Pernah tak rasa, kadang-kadang kita tidak ada idea untuk mendapatkan hasil solekan yang diinginkan? Ini kerana anda perlu memilih produk yang dicipta khas untuk kulit wanita Asia.

Tak sure nak pakai produk apa? Jangan risau, jenama solekan KATE TOKYO boleh membantu. Jenama yang berasal dari Tokyo ini mengeluarkan produk yang dicipta khas untuk menyerlahkan mata wanita Asia dan memberikan penampilan muka yang tajam. Kate TOKYO adalah jenama No. 1 di Tokyo selama 13 tahun berturut-turut, jadi tak rugi mencuba!

Sempena tahun baru ini, berikut adalah 5 tips-tips solekkan dari Vocket dan KATE TOKYO kepada semua wanita Asia.

1. Periksa Solekan Anda Di Bawah Cahaya Yang Terang

kate-tip-1

Lampu bilik anda mungkin tidak cukup untuk anda pastikan solekan anda adalah perfect! Jadi, kalau anda ingin memastikan solekan anda “on fleek”, pastikan anda check solekan anda lagi sekali di dalam kereta. Cahaya semula jadi dari matahari dapat memastikan solekan di “blended” dengan sempurna pada kulit anda dan tidak kelihatan bertompok-tompok

2. Dapatkan “Double Eyelid”

Ciri-ciri muka wanita Asia tidak sama seperti wanita Barat, tetapi jangan risau kerana dengan menggunakan tips solekan ini, anda boleh lupakan “double eyelid sticker” anda dan memiliki mata “Double Eyelid” yang sangat natural!

Lihatlah blogger popular di Jepun – Chihiro menggunakan KATE Double Eyelid Remake Liner untuk melukiskan “Double Eyelid”. Senang kan?

chihiro-1

chihiro-2

Ini pula tutorial lengkap daripada Chihiro.

For those who's been figuring out how to use KATE Double Eyelid Remake Liner, watch Chihiro's tutorial, our fan from Japan on how she uses it to enhance her double eyelids!

Posted by KATE Malaysia on Wednesday, December 9, 2015

3. Menonjolkan Mata Anda

Mata yang sempurna adalah mata yang menonjolkan. Untuk kesan ini, anda perlu memiliki eyeliner, mascara, eye shadow dan eyebrow pencil. KATE TOKYO mempunyai solekan yang lengkap yang memang sesuai untuk wanita Asia, jangan lupa layari laman web mereka di sini.

Yang kami nak fokus ni ialah eye shadow. Mungkin tidak ramai wanita Asia suka memakai eye shadow yang berwarn-warni tetapi mereka tidak tahu warna eye shadow yang sesuai dapat menonjolkan mata anda. Jadi, jangan takut memakai warna-warna yang “daring”!

color-variation-kate

4. Pilih Produk Solekan Yang Inovatif Dan Tahan Lama

meterora-kate

Masih ramai wanita Asia yang tidak gemar untuk bersolek kerana mereka harus membeli banyak produk tetapi tidak semestinya.

Contohnya, anda boleh cuba KATE Powderless BB Foundation Liquid kerana produk ini bertukar dari cecair dan menjadi bedak dalam masa 15 saat, sesuai dipakaikan untuk cuaca panas di Asia. Foundation dan bedak dalam satu

kate-4

Pilihlah jenama yang inovatif dan tahan lama untuk jimat duit anda!

5. Senyum Selalu

kate-5

Walaupun anda telah menghasilkan solekan yang terbaik, namun ianya tidak sempurna tanpa senyuman. Senyuman wanita adalah solekan yang paling menarik.

Jadi tahun baru ini, teruskan senyum!

https://www.youtube.com/watch?v=YhTyyi4udr4

Apa yang best lagi tentang KATE TOKYO ialah harganya yang dalam lingkungan RM27-RM78. Memang mampu milik untuk produk yang kualitinya tinggi. Untuk maklumat lanjut layari laman web KATE TOKYO.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram