Di pasaran pada ketika ini, terdapat banyak jenama yang menawarkan komputer riba berkualiti di pasaran dengan pelbagai spesifikasi dan reka bentuk.

Sebagai pembeli yang mungkin kurang mahir dari segi teknikal, kita mungkin akan blur untuk memilih komputer riba apa yang terbaik yang bersesuaian dengan kerja dan mungkin bajet yang kita ada. Sebelum mula membeli, adalah lebih baik untuk anda ‘mengenali’ dengan lebih mendalam laptop yang anda mahukan.

Jadi kami kongsikan di sini beberapa ‘masalah’ yang biasa timbul apabila kita sudah membeli laptop. Semoga anda tidak tersilap membeli komputer riba yang akan buat anda pening kepala di masa akan datang.

1. Saiz komputer riba terlalu kecil/besar

Kadangkala selepas kita buat pembelian komputer riba, baharu kita sedar saiznya terlalu besar atau terlalu kecil untuk kegunaan harian.

Tetapi sekiranya anda seorang yang on the go, adalah lebih baik untuk anda memilih komputer riba dengan saiz yang sederhana (14′). Sebab apa? Sebab saiz yang lebih kecil pastinya lebih ringan.

Komputer riba yang ideal adalah komputer riba yang beratnya kurang 2kg. Lebih daripada itu, anda pasti akan rasa ‘berat’ untuk usungnya ke mana anda pergi. Komputer riba bersaiz 14′ juga lebih mudah untuk disimpan terutamanya dalam beg tote anda.

2. Sticker kamera laptop kerap tertanggal

Kadangkala ada individu yang tidak mahu mengakses kamera yang terdapat pada komputer riba mereka. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri menutup kamera yang ada pada laptop beliau atas tujuan keselamatan.

Cara paling mudah untuk menutup kamera ini adalah dengan pelekat. Cuma ia mungkin kerap tertanggal dan tidak cantik untuk dilihat.

3. Komputer riba cepat lagged

Baik komputer riba baharu atau pun lama, masalah lagged ini kerap berlaku. Ada beberapa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli laptop baharu; RAM dan juga processor.

Paling minima adalah 4GB RAM tetapi sekiranya anda mahu operasi yang lebih lancar, maka perlu naikkan lagi jumlah RAM yang ada pada komputer riba anda. Untuk processor, pilihan terbaik adalah AMD Ryzen yang disertakan dalam komputer riba.

4. Susah cari charger jika rosak

Pengecas komputer riba biasanya berbentuk bulat dan jika ia rosak, memang sukar untuk cari ganti. Lebih-lebih lagi untuk model laptop yang lama. Lebih memeritkan, harga untuk setiap charger ini tidak murah, cecah ratusan ringgit. Jika beli yang murah atau tidak original, kemungkinan untuk ia memudaratkan komputer riba kita itu ada.

5. Overheating

Overheating boleh mengganggu performance komputer riba anda dan kemungkinan untuk menyebabkan laptop anda stuck. Setiap komputer riba akan cepat panas terutamanya jika ia bersaiz kecil dan kurang pengudaraan.

Kemungkinan besar kipas pada komputer riba anda sudah dipenuhi habuk atau rosak.

Jika anda sedang menghadapi atau tidak mahu hadapi masalah seperti di atas, HUAWEI MateBook 14 ini antara komputer riba yang amat berbaloi untuk dimiliki.

HUAWEI MateBook 14 ini hadir dengan chipset beprestasi tinggi setanding apa yang digunakan untuk gaming laptop. Malah, ia juga didatangkan bersama AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor dan 16GB RAM.

Sekarang anda tak perlu risau dah bila perlu berhadapan dengan kerja yang melibatkan gambar, video berskala besar, lukisan kejuruteraan mahupun permainan video 4A. Semuanya akan lebih lancar dengan HUAWEI MateBook 14.

HUAWEI MateBook 14

With its 3:2 aspect ratio, the #HUAWEI MateBook 14 is designed to push boundaries. It delivers a great workspace to produce brilliant work, making it an ideal companion for designing a masterpiece 🎨, editing a document 📝, or browsing webpages 🌐. Discover more: http://bit.ly/HUAWEIMateBook14

Posted by Huawei Malaysia on Monday, September 21, 2020

Untuk mengelakkan overheating, terdapat dua kipas HUAWEI Shark Fin untuk meleraikan haba dengan pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi bising yang boleh mengganggu fokus anda ketika bekerja. Jadi, komputer riba anda akan kekal smooth untuk sebarang kerja.

HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya laptop seumpamanya yang mempunyai skrin sentuh penuh beresolusi 2K. Tidak kisah sama ada anda menggunakan ia untuk menyunting gambar atau hanya menonton filem, semua ni akan jadi lebih jelas dengan resolusi paparan 2K FullView.

Pengecas poket HUAWEI MateBook 14 pula bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Menariknya, port pengecasan MateBook 14 adalah USB-C, jadi anda boleh mengecas bukan sahaja komputer riba tetapi peranti telefon pintar anda dengan pengecas ini. Cool kan?

Dan tidak lupa, posisi kamera pada komputer riba ini tertutup di dalam badan Huawei MateBook untuk menjaga privasi anda. Jika mahu guna, tekan dan kamera tersebut akan keluar. Jadi, tidak perlu lagi untuk anda tampak kamera dengan pelekat seperti sebelum ini. Untuk maklumat lanjut tentang model MateBook 14, anda boleh tekan di sini.

Untuk membuat tempahan, anda boleh ke cawangan HUAWEI berdekatan atau tempah secara dalam talian di sini.

Baca juga perkongsian lain kami mengenai Huawei MateBook 14 sebelum ini melalui pautan di bawah.

HUAWEI MateBook 14 Dibuka Untuk Tempahan Awal Mulai 26 Oktober Ini

Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda