Masa yang sesuai untuk anda dapatkan Apple iPhone dengan harga diskaun telahpun tiba. Bersempena dengan Lazada RAYA Sale serta pengurangan kadar GST kepada 0%, anda berpeluang mendapatkan smartphone dengan harga yang menarik.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Pada kali ini, kami dapati Apple iPhone dengan waranti Malaysia turut ditawarkan dengan harga diskaun di Lazada. Berikut merupakan beberapa model Apple iPhone yang berbaloi untuk dimiliki bersempena dengan RAYA sale yang berlangsung sehingga 4 Jun 2018 ini.

1. Apple iPhone X

Screen Shot 2018-06-02 at 2.40.39 AM

Mula dilancarkan pada November 2017, Apple iPhone sememangnya dikenali sebagai smartphone yang premium serta berkualiti tinggi. Penawaran skrin OLED yang terang serta dwi-kamera dibahagian belakang antara yang membuatkan ramai yang teruja bagi mendapatkannya.

Terbaru, model ini turut ditawarkan dengan harga diskaun sehingga RM850, dimana kini anda berpeluang mendapatkannya dengan RM4,299 sahaja bagi model 64 GB. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

2. Apple iPhone 8 Plus

iPhone 8 Plus Lazada

Buat anda yang mahukan model keluaran terbaru iPhone namun masih berminat dengan home button, mendapatkan Apple iPhone 8 Plus merupakan pilihan yang baik. Model ini turut ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM650 sempena promosi terhad ini. Model ini dengan ruang storan 256GB turut ditawarkannya di sini.

3. Apple iPhone 8 

iPhone 8 Lazada

Sekiranya model ‘Plus’ disasarkan buat mereka yang mahukan skrin yang besar, iPhone 8 pula lebih sesuai buat mereka yang lebih selesa dengan skrin bersaiz sederhana. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan bagi model ini iaitu Rose Gold, Space Grey dan Silver. Anda boleh klik di sini untuk melihat review daripada mereka yang sudah berjaya mendapatkan model ini daripada Lazada.

4. Apple iPhone 7 Plus

iPhone 7 Plus Lazada

Pada kami model Apple iPhone 7 Plus masih releven untuk dimiliki pada ketika ini. Penawaran dwi-kamera beserta fungsi potrait mode antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan ramai. Apple iPhone 7 Plus ditawarkan dengan dua ruang storan berbeza iaitu 32 GB dan 128 GB. Kami menyarankan anda untuk mendapatkan model 128 GB untuk kegunaan masa panjang yang lebih selesa.

5. Apple iPhone 7

iPhone 7 Lazada

Model terakhir yang kami cadangkan serta boleh didapati dengan harga diskaun adalah Apple iPhone 7. Model ini turut dikhususkan buat mereka yang tidak berminat untuk berbelanja besar dalam mendapatkan smartphone yang menggunakan sistem operasi iOS.

Dari segi kamera, iPhone 7 masih lagi antara smartphone yang berjaya menawarkan kualiti gambar yang baik baik dari segi kamera belakang mahupun untuk berswafoto. Klik di sini untuk mendapatkan iPhone 7 bersempena dengan promosi terhad ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group