Hari ini, mengembara gaya ‘backpackers’ semakin mendapat sambutan yang baik dikalangan rakyat Malaysia, terutama golongan muda. Aktiviti sihat yang mendorong banyak manfaat, baik untuk ekonomi dan juga individu itu sendiri. Kalau nak dibincangkan tentang kebaikan mengembara memang tak akan habis, dan saya bukan lah orang yang arif tentangnya.

Tetapi bila disebut sahaja travel, saya yakin ramai orang suka. Setiap orang pula memiliki citarasa travel tersendiri, tidak kira travel gaya mewah, guna perkhidmatan agensi pelancongan ataupun ‘berbackpack!’. Semuanya pun seronok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilihat trend terkini, travel gaya backpackers adalah antara yang paling diminati golongan muda. Mungkin cara ini lebih seronok dan menjimatkan, atau bahasa mudahnya lebih kena dengan jiwa. Buat mereka baru sahaja berminat dan mahu mencuba travel ala-ala backpackers, di sini saya kongsikan 5 negara yang mungkin jadi pilihan paling ideal untuk dikunjungi.

Senarai ini adalah sebagai pilihan sahaja, keputusan terpulang kepada anda. Ikut keselesaan dan kehendak diri sendiri, itu lebih bagus. Hasil daripada bertanya pengalaman beberapa pengembara profesional yang pernah saya jumpa sebelum ini, 5 negara ini dikatakan adalah destinasi paling sesuai untuk mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia backpackers.

1. Indonesia

Indonesia pertimbangan yang baik. Selain daripada memiliki banyak tempat-tempat menarik, penggunaan bahasa dan budaya serumpun ini hampir tiada masalah baik dari segi komunikasi atau makanan. Kos perbelanjaan juga masih dikategorikan murah. Jadi, anda tidak perlu bimbang berhadapan dengan hal-hal yang merumitkan, cuma jaga keselamatan diri baik-baik.

2. Thailand

Antara destinasi favorite backpackers Malaysia. Kos perbelanjaan di Thailand juga masih boleh dikatakan berada dalam paras mampu. Tarikan utama di Thailand adalah makanannya yang sedap-sedap, kecantikan alam semulajadi, dan keunikkan budayanya.

3. Singapura

Juga negara berhampiran, travel ke Singapura boleh dijadikan sebagai latihan yang baik sebelum mula menjelajah ke negara-negara maju. Mungkin kos perbelanjaan agak tinggi, tetapi itu semua tiada masalah jika perjalanan dirancang dengan baik. Di sini anda tidak perlu risau soal makanan dan tempat tinggal.

4. Turki

Perbatasan antara Asia dan Eropah membuatkan Turki mempunyai budaya yang unik. Kombinasi budaya barat dan timur ini boleh dilihat dari segi makanan dan juga bentuk bangunan yang ada di sana. Jika mahu rasa pengalaman 2 dalam 1, Turki adalah pilihan paling best.

5. India

Ada yang mengatakan India adalah ‘syurga dan neraka’, ini untuk menggambarkan bahawa India memiliki 2 sisi yang ketara, antara baik dan buruk. Delhi mungkin dianggap sebagai tempat paling kotor, tetapi jangan lupa Kashmir pula digambarkan sebagai tempat paling Indah sekali di dunia. Itulah keunikkan negara ini.

India boleh jadi semua, nak main salji, mendaki, padang pasir semua ada. Asalkan pergi kena pada waktunya. Perbelanjaan di India juga tidak mahal, tetapi hati-hati. Ada pepatah berbunyi ‘ Jika anda masih belum bersedia ditipu, jangan ke India’.

Ini adalah 5 senarai yang mungkin boleh dipertimbangkan buat mereka yang mahu cuba ‘berbackpack’ pertama kali, bagaimana pula dengan pendapat anda?