Ramai yang masih keliru dengna pass mana yang patut di gunakan bila mana berada di Kansai atau Osaka? Pening memilih untuk berjimat katanya.

Sebelum kita memilih pass yang mana patut kita gunakan, seharusnya kita sudah ada perancangan ke mana kita hendak pergi? Itu yang paling penting.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya review balik pass yang menjimatkan dan selalu digunakan pelancong di KANSAI.

Lokasi di sekitar KANSAI
OSAKA
KYOTO – Uji
HYOGO – Kobe, Himeji
WAKAYAMA
NARA
MIE – Shima Penisula, Ise, Tsu, Ueno Iga
SHIGA – Otsu, Koka, Hikone, Malibara

Antara pass yang selalu digunakan.

1. Kansai Thru Pass

Harga untuk 2 hari 4000¥ . 3 hari 5200¥.

Bagi mereka yang berhajat untuk menjelajah sekitar Kansai – Osaka – Kyoto – Nara – Kobe – Wakayama – Shiha – Himije.

Pass ini merangkamui penggunaan train dan subway serta sesetengah bas di kawasan yang di senaraikan KECUALI rangkaian train Japan Railway (JR).

Termasuk Airport transfer KIX ke Namba station dengan menggunan local Nankai Airport line (express tambah duit).

Kestimewaan
Pass ini boleh digunakan berselang hari (contoh: isnin, Rabu dan jumaat – jika tike 3 hari).

Banyak diskaun untuk  bayaran masuk ke kawasan pelancongan. Boleh rujuk di http://www.surutto.com/tickets/kansai_thru_english.html

2. Osaka Amazing Pass

Bayaran untuk 1 hari 2300¥ . 2 hari  3000¥. Bagi mereka yang berhajat untuk menjelajah sekitar Bandar OSAKA sahaja.
Pass ini merangkumi hanya Osaka Metro train dan subway sahaja.

Keistimewaan
Pass ini disertakan sekali dengan pakej bayaran masuk hampir keseluruhan lokasi tarikan pelancongan. Boleh rujuk di www.osaka-info.jp

Baca: Bakal Melancong Ke Jepun? Ini 7 Persoalan Tentang Rawatan Kecemasan Yang Wajar Anda Ambil Tahu

3. Osaka Visitor ticket

Bayaran untuk 1 hari ialah 500¥. Pass ini di keluarkan khas untuk pelancong (perlu tunjukkan pasport). Pass ini sesuai bagi mereka yang ingin berjalan-jalan di sekitar bandar Osaka dan TIDAK berminat untuk merasai atau memasuki mana- mana lokasi tarikan pelancongan utama. Dalam erti kata lain hanya datang dan bergambar sahaja.

Pass ini merangkumi hanya Osaka Metro train dan subway sahaja.

Kestimewaan
Sebelum ini Visitor Pass hanya boleh di beli di luar Jepun tapi kini ianya boleh di dapati di Kansai airport atau Kansai Tourist Information Center (Shinsaibashi / Daimaru Shinsaibashi).
Dengan pass ini anda layak mendapat diskaun bagi bayaran masuk ke beberapa lokasi tarikan pelancongan.

4. JR west KANSAI AREA PASS

Harga bagi pass 1 hari ialah 2.300¥. 2 hari ialah 4.500¥ . 3 hari 5.500yen. 4 hari 6.500¥.

Pass ini dikeluarkan oleh West Japan Railway (JR West) dan sesuai bagi yang berhajat untuk menjelajah KANSAI meliputi Osaka – Kobe – Iga – Nara – Kyoto – Himeji – Wakayama dll.

Pass ini juga meliputi hampir keseluruhan laluan rangkaian west JR Conventional lines termasuk Kansai-airport Express HARUKA (Non-reserved) kecuali SHINKANSEN.

Kestimewaan
Harga lebih murah di beli dari luar Jepun iaitu melalui ejen.

Boleh memilih pengunaan pass sama ada untuk 1, 2, 3 atau 4 hari.

Untuk rujukan sila ke www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass

Nota: Sesetengah kawasan seperti Kyoto dan Kobe West Jr Line tidak begitu banyak menghubungkan lokasi tarikan pelancongan maka penambahan tambang bagi perkhidamatan lain seperti bas dan subway harus diletakkan ke dalam bajet anda.

5. JR West KANSAI WIDE PASS

Harga bagi tambang 5 hari ialah 9000¥

Sama juga dengan Kansai Area Pass. Pass ini dari JR West bagi yang ingin menjelajah Kansai lebih jauh.

Meliputi keseluruhan laluan rangkaian West JR Conventional Lines
termasuk Kansai – Airport Express HARUKA serta Train Express KUROSHIO, THUNDERBIRD, KOUNOTORI, SUPER HAKUTO (Kyoto⇔Kamigori) dan Bullet Train “SANYO SHINKANSEN” (Shin-Osaka⇔Okayama) termasuk NOZOMI dan MIZUHO. Kesemua di atas dengan menggunakan non-reserved.

Keistimewaan
Perjalanan lebih pantas dan lebih jauh.

Harga lebih murah di beli dari luar Jepun iaitu melalui ejen.

Untuk rujukan sila ke http://www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass/kansai_wide

Moga dapat membantu.

Baca lagi: Cara Beli Kad Pengangkutan Pasmo Dan Suica Di Jepun