Mula dibincangkan dan hadir dengan pelbagai ura-ura sejak tahun 2018, akhirnya pada tahun ini Sony secara rasminya telah mengumumkan Sony PlayStation 5 bakal dilancarkan pada tahun ini.

Sempena atur cara CES 2020 baru-baru ini, tidak banyak yang diumumkan Sony namun berita pelancaran ini sudah cukup membuat para gamer teruja. Antara yang diumumkan serta hangat dibincangkan sudah pastinya kehadiran logo terbaru bagi konsol terbaru daripada Sony ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Sony turut mengumumkan lima pembaharuan yang bakal ditampilkan pada Sony PS5. Lima pembaharuan yang ditawarkan merangkumi sistem suara 3D, adaptive triggers, penggunaan SSD berbanding HDD seperti konsol sebelum ini, hardware ray tracing dan ultra HD blu-ray.

Melihatkan kepada perubahan yang diumumkan, jelas Sony mahu konsol ini mendominasi pasaran gaming pada dekad ini. Penggunaan SSD membolehkan masa loading untuk bermain game lebih singkat manakala penggunaan teknologi ray tracing pula menjanjikan grafik yang lebih mantap buat para pemain.

sony-ps5-dev-kit-leaked
Rekaan prototaip Sony PlayStation 5. Sumber: BGR

Walau bagaimanapun, harapan para gamer untuk melihat rekaan sebenar Sony PlayStation 5 ditangguhkan selepas Sony tidak memaparkannya. Berdasarkan ura-ura sebelum ini, Sony PS5 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini.

Nampaknya sudah tiba masanya untuk para gamer mulai menabung untuk menjadi yang terawal mendapatkan konsol terbaru daripada Sony ini.

Sebelum ini, Sony pernah mengongsikan spesifikasi bagi konsol terbaru mereka. Turut dikongsikan, rekaan prototaip Sony PlayStation 5 beserta DualShock 5 yang unik.

Sony Kongsikan Spesifikasi Bagi Konsol PlayStation 5

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5