Perlantikan golongan muda dalam pemerintahan sesebuah negara bukanlah suatu hal yang asing lagi. Kepimpinan dan kewibawaan golongan muda ini menyebabkan pemimpin dan rakyat yakin untuk memilih mereka untuk membantu kepimpinan negara.

Berikut merupakan antara pemimpin termuda yang dilantik di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Emmanuel Macron, 40

35975

Presiden Perancis ini berjaya memenangi pemilihan presiden negara tersebut pada tahun 2017 dan mencipta sejarah sebagai presiden termuda negara tersebut.

Beliau sebelumnya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Menteri Ekomomi, Industri dan Hal Ehwal Digital pada tahun 2014. Beliau meletak jawatan pada tahun 2016 sebagai persiapan untuk menyertai kempen calon presiden negara tersebut di bawah parti yang diterajui oleh beliau sendiri iaitu En Marche!

2. Jigme Khesar Namgyel Wanchuck, 38

maxresdefault

Raja berusia 38 tahun ini ditabalkan sebagai raja negara Bhutan pada tahun November 2008 pada usia 28 tahun bagi menggantikan posisi ayahnya.

Graduan Universiti Oxford ini dikatakan bijak menawan hati rakyatnya dengan kombinasi pemerintahan tradisional dan moden serta menerapkan elemen demokrasi.

3. Jacinda Ardern, 37

Jacindaardin

Perdana Menteri New Zealand ke-40 ini mula menyandang tugas tersebut semenjak Parti Buruh di negara kiwi itu memerintah pada Ogos 2017. Perlantikan beliau sekaligus mencatat sejarah apabila menjadi Perdana Menteri termuda negara tersebut.

Wanita hebat yang lahir pada 26 Julai 1980 ini merupakan graduan Universiti Waikato baru-baru ini telah menerima pujian daripada rakyat negara itu dan juga negara-negara lain apabila beliau tetap menjalankan janji dan tanggungjawabnya walaupun beliau kini dalam tempoh cuti bersalin selepas melahirkan cahaya mata sulungnya.

Video pengumuman reformasi pemerintahan negara tersebut yang menunjukkan beliau sedang duduk di sofa sambil memangku bayinya menerima sejumlah besar komen positif dan sokongan terhadap dasar pemerintahan baharu yang diperkenalkan oleh beliau.

4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25

Syedsaddiq

Nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia semenjak kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Muar semakin melonjak naik apabila semalam secara rasminya beliau diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perlantikan beliau telah menciptakan sejarah baharu negara sebagai menteri termuda dilantik untuk membantu pentadbiran negara. Perlantikan beliau bukan sahaja mendapat sambutan baik daripada rakyat tetapi juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di laman Twitter beliau.

5. Shamma Al Mazrui, 24

Shammaalmazrui

Nama Shamma Al Mazrui tercatat dalam Guiness World Records sebagai menteri termuda di dunia. Wanita hebat ini memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Belia bagi negara Emiriah Arab Bersatu semenjak Februari 2016.

Graduan Universiti Oxford ini juga diiktiraf sebagai menteri kabinet termuda di dunia. Beliau memiliki Sarjana Diplomasi Awam dengan kepujian dari universiti berkenaan.