Dipilih untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor di usia 38 tahun semestinya bukan sesuatu yang mudah bagi Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Namun, sejak dilantik sebagai Menteri Besar pada 19 Jun 2018, Dato’ Seri Amirudin telah berjaya memacu negeri selangor ke peringkat yang lebih unggul.

Lebih manis apabila Amirudin dikurniakan darjah kelas pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena hari keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-74 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang Disember lalu.

Amirudin Shari adalah contoh pemimpin low profile yang ikhlas berbakti untuk masyarakat. Beliau bukan berasal daripada golongan elit, hanyalah orang biasa yang dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Disebabkan itu beliau lebih mudah untuk mendekati rakyat dan lebih mengetahui masalah yang dihadapi oleh penduduk Selangor.

Masih ramai yang membandingkan kredibiliti Amirudin dengan para menteri besar Selangor terdahulu yang ternyata lebih dikenali, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Namun, Amirudin melihat perkara berkenaan sebagai satu cabaran buat dirinya.

Majoriti penduduk negeri Selangor menyambut baik Belanjawan Selangor 2020 yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Amirudin pada 1 November yang lalu. Berikut adalah 5 pencapaian hebat Selangor di bawah seliaan Dato’ Seri Amirudin bin Shari.

1. Hasil pelaburan lebih daripada jangkaan untuk tahun 2019

Menurut laporan Sinar Harian, Selangor direkod menutup tirai tahun 2019 dengan pencapaian luar biasa apabila mencatat hasil pelaburan sebanyak RM16.4 bilion, melebihi sasaran RM10 bilion sebelum ini.

“Hasil pelaburan yang tinggi diperoleh tahun ini membuktikan visi Selangor Negeri Pintar Utama Serantau berada dalam genggaman,” kata Amirudin ketika perutusan tahun baru yang lalu.

Pada 2018, Selangor berjaya mencatatkan pelaburan terbesar sepanjang 30 tahun dengan jumlah RM18.9 bilion. Amirudin berjaya mengekalkan momentum pelaburan tinggi ke negeri Selangor tahun lalu.

2. 5,000 CCTV untuk pemantauan keselamatan di seluruh Selangor

cof
cof

Dato’ Seri Amirudin dilihat sangat mementingkan keselamatan penduduk Selangor dan salah satu cara terbaik bagi mengurangkan kes jenayah di Selangor adalah dengan menambah bilangan CCTV di sekitar Selangor.

Dalam Belanjawan Selangor 2020, Kerajaan Selangor dilihat serius untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor dan bakal menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) kepada 5,000 unit terutamanya di kawasan hot spot. Lebih canggih, CCTV baharu ini nanti turut hadir dengan fungsi face recognition. Wajah anda dirakam sahaja ketika buat jenayah, butiran anda akan terus dihantar ke pihak polis.

3. Memperkasakan anak muda Selangor

Disebabkan Dato’ Seri Amirudin baru berusia 39 tahun, beliau tahu perit hidup anak muda pada ketika ini. Dato’ Seri Amirudin hadir dengan pelbagai inisiatif untuk membantu anak muda di Selangor antaranya Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Kerajaan Selangor akan memberikan subsidi RM350 bagi pengambilan lesen motosikal buat anak muda untuk memudahkan mereka mencari pekerjaan. Selangor Mega Job Fair yang akan berlangsung pada 2020 dilihat turut dapat memberi lebih 12,000 tawaran kerja kepada anak muda di negeri Selangor.

4. Skim Peduli Sihat yang lebih baik untuk rakyat Selangor

Dana sebanyak RM42.5 juta telah diperuntukan kerajan Selangor untuk Skim Peduli Sihat yang lebih baik untuk rakyat Selangor. Bagi Dato’ Seri Amirudin, kesihatan yang baik adalah sesuatu yang penting buat semua individu.

Justeru itu, kesedaran dan pencegahan penyakit mental dan rawatan Tuberkolosis merupakan antara rawatan baharu yang diperkenalkan dalam Skim Peduli Sihat.

Tidak dilupakan, dana RM1.5 juta akan diperuntukan bagi aktiviti serta program gaya hidup sihat yang akan dijalankan di seluruh negeri Selangor.

5. Pengenalan perumahan mampu milih baharu, Rumah Idaman

Selain Rumah Selangorku, Rumah Idaman adalah tawaran terbaru daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu rakyat Selangor membeli hartanah di Selangor.

Berbeza dengan Rumah Selangorku, Rumah Idaman merupakan unit rumah yang mempunyai kelengkapan lengkap seperti pendingin hawa, katil, almari, peti ais serta parkir khas untuk setiap unit rumah. Boleh dikatakan rumah ini adalah rumah hampir fully furnished dan setiap unit Rumah Idamanku dijual pada harga RM250,000.

Ini adalah salah satu solusi pemilikan rumah yang ditawarkan kerajaan Selangor buat rakyat. Solusi pemilikan rumah sebegini juga merupakan yang pertama di seluruh Malaysia, dan Selangor menjadi negeri pertama berbuat demikian.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi pencapaian hebat yang berjaya dicapai oleh Dato’ Seri Amirudin bin Shari setakat tidak sampai dua tahun memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Dengan 4,000 hotspot internet percuma (WiFi Smart Selangor) dipasang di seluruh Selangor, Dato’ Seri Amirudin juga sangat serius dalam merealisasikan pelaksanaan agenda Smart Selangor yang pastinya akan memudahkan kehidupan seharian rakyat Selangor.

Melihat daripada perkembangan positif ekonomi di Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah membuktikan usia bukan penghalang untuk seseorang individu memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah institusi. Tahniah buat penduduk negeri Selangor. Anda kini berada di dalam pimpinan pemimpin yang betul dan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.

Berikut merupakan beberapa perkara dalam Belanjawan Selangor 2020 menarik untuk anda ketahui.

5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia