Ramai yang nak diet, perasaan nak kurus berkobar-kobar, kalau boleh nak start makan makanan sihat sekarang juga! Kami tahu perangai dan perkara di bawah ini tidak dapat dielakkan tetapi kami ada solution untuk permasalahan ini. Kami pergi melawat ke salah satu cawangan CHi Fitness dan ini apa yang kami dapat bantu.

1. Jom lepak mamak!

via GIPHY

Telefon berbunyi. Ada mesej dari member, “Wei, jom lepak mamak!” Dan kepala kita mula berpusing sambil berdialog, “Member atau diet? Diet atau member?”  Lagi haru kalau timing lepak adalah malam. Balik nanti terus tidur. Fuh. Bela lemak lagi.

Apa kata buat terbalik pula. Daripada lepak di mamak sampai terpaksa bela lemak dan tambah kalori, ajak member lepak di CHi Fitness dan sertai kelas Cardio Dance.

Sambil tu bolehlah workout dan hangout dengan member. Lagi banyak buat workout, lagi banyak kalori boleh dibakar, lagi banyak boleh makan. Cardio Dance merupakan kelas intensif tarian kardio yang membantu memaksimakan pembakaran kalori.

Melalui pergerakan tarian di sepanjang sesi kelas berlangsung, anda akan disuntik dengan motivasi, keseronokan dan keinginan untuk mendapatkan hasil terbaik. Paling best untuk kelas ini anda hanya perlu bawa badan dan keinginan untuk beriadah, tiada barang atau peralatan lain diperlukan.

2. Fuh! Restoran viral weih!

via GIPHY

Bila scroll media sosial lalu pula gambar makanan, bukan main nampak sedap. Viral weih!  Banyak komen cakap sedap. Dan member pun PM tepi, “Eh, jom try makan sini week end ni.”

Maka berhuhu lah kita. Selagi berpijak di bumi Malaysia, hidup tak meriah tanpa makan. Inilah syurga makanan, semuanya sedap.

Sebenarnya tak perlu risau tentang makan banyak jika tahu cara nak counter attack semula. Kelas A.B.T di CHi Fitness  adalah jawapannya.

ABT (Abs, Buns, Thighs) membantu anda membakar kalori di bahagian antara dada ke lutut kerana bahagian ini adalah bahagian paling mudah mengumpul lemak. Ini sekaligus dapat menjadikan perut, peha dan punggung lebih fit dan mantap.

3. Saudara mara kahwin, member akad nikah!

via GIPHY

Cuti sekolah datang lagi. Kenduri kendara jemputan kahwin pun datang sekali. Anak Mak Ngah nak kahwin, sepupu sepapat hendak menikah, member ajak jadi pengapit. Hah, stress mengenang baju mana yang boleh sorok lemak di badan ini.

Bagi yang mahu bergaya dan yakin setiap kali hadir di majlis kenduri dan keraian,   kelas Body Combat di CHi Fitness adalah antara pilihan dan solusi untuk anda.

Melalui kelas ini anda akan diajar cara membangunkan kecergasan diri melalui menumbuk dan menendang. Ini adalah senaman seni mempertahankan diri yang berkuasa tinggi yang melibatkan hubungan sifar dan gerakan kompleks bagi menaikkan kembali keyakinan dan kecerdasan diri anda.

4. Member ajak JJCM

“Rugi tak ikut, bila lagi nak jalan-jalan dengan aku.”
“Ni lah member, bila tak ajak tanya kenapa tak ajak. Dah ajak tak nak pergi.”

Akhirnya kita kalah dan ikut member. Diet kelaut lagi.Apa kata anda buat satu deal dengan member. Selepas JJCM ajak mereka sertai Kelas Pilates atau Zumba di CHi Fitness pula. Kedua-dua kelas ini sesuai sama ada untuk yang baru nak sertai gym, mahupun yang sudah lama ke gym. Selain dapat mengembalikan mood ceria ia membantu anda mendapat gaya hidup dan badan yang lebih sihat.

Jika JJCM boleh sekepala, pasti nak fit bersama pun tiada masalah, kan?

5. Nak jogging petang ni!

masalah-bila-nak-diet-5

Semangat dah ada ni. Kasut pun dah pakai, tiba-tiba hujan pula. Cuaca di Malaysia memang tak tentu. Pagi panas, petang hujan. Baru plan nak jogging tapi dah kena cancel. Tak apa. Kita tunggu esok pula. Moga hari lebih cerah di esok hari.

Siapa nak diet memang ada dilema di atas. Serba salah jadinya. Tak diet badan merana, nak diet godaan pula bukan main menggila. Insaf sehari dua, lepas tu lupa semula. Dilema hidup tak berkesudahan.

Sedangkan hakikatnya komponen yang penting untuk mendapatkan badan yang kurus dan fit adalah bersenam, pemakanan yang sihat, dan rehat yang cukup.

Sebenarnya tak susah nak diet kalau ada geng. Lagi best kalau dapat member dan peer support dari sekumpulan ‘like minded people’, orang yang memang sama-sama nak diet dan amalkan gaya hidup lebih sihat seperti kita.

Ini sebabnya ada CHi Fitness. Tempat di mana anda boleh bersenam tanpa risaukan keadaan cuaca. Di sini juga anda akan mendapatkan sokongan dan motivasi untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, disamping mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja.

Bagi sesetengah orang, bersenam merupakan satu aktiviti menyeronokkan. Tapi tidak bagi sesetengah yang lain terutama yang bermasalah untuk bersenam, menyertai gym adalah pilihan terbaik.

Di sini anda berpeluang mendapatkan semangat daripada mereka yang gemar bersenam. Mungkin pada awalnya anda hanya mahu ke gym 2 kali seminggu, tetapi selepas dah click dan ada momentum dengan beberapa ahli gym, kunjungan ke sini pasti jadi lebih seronok.

4

Di CHi Fitness anda boleh menyertai kelas-kelas senaman yang dianjurkan oleh pihak gym dan dilatih oleh jurulatih professional. Program senaman yang disediakan juga sesuai dengan keperluan individu dan menggunakan teknik senaman yang selamat, betul dan tidak mencederakan diri sendiri. Dan di waktu yang sama membantu anda mendapatkan yang terbaik daripada setiap rutin latihan.

Info lanjut tentang kelas senaman, jadual harian dan lokasi CHi Fitness boleh didapati di:
Website: www.chi-fitness.com
Facebook page: Chi-Fitness
Instagram: CHi Fitness

Mahukan potongan harga 50% untuk yuran bulanan anda? Mudah saja. Anda cuma perlu ajak seorang rakan untuk sama-sama melanggan di CHi Fitness dan dapat potongan 50% untuk yuran bulanan anda bulan hadapan. Awesome bukan?