Sewaktu bercuti di Korea bersama kami, ramai yang bertanyakan kami beberapa perkara yang biasa dilakukan oleh orang Korea tetapi sebenarnya sangat sensitif di Malaysia.

Nombor 4 tu boleh buat bergaduh kalau buat kat Malaysia!

1. Pakai Selipar

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Orang Korea sangat jarang menggunakan selipar ketika keluar rumah. Boleh dikatakan budaya menggunakan selipar sangat pelik ketika di Korea.

Dulu kami selalu menggunakan selipar dan dipandang pelik oleh orang Korea. Rupa-rupanya budaya ini tidak wujud di Korea.

Pernah nampak orang Korea gunakan selipar Jepun? Orang Korea ada satu jenis selipar yang hampir 80% gunakan jenis yang sama.

korea-3

2. Stokin menutup aurat

Kalau perasan, stokin dijual bagaikan pisang goreng di Korea. Ada banyak gerai kecil jual stokin merata-rata tempat. Sebenarnya stokin adalah salah satu budaya di Korea.

Salah satu contoh pelik, jika kita masuk ke rumah orang lain di Korea, kita harus masuk menggunakan stokin. Jika kita tinggal menumpang di rumah tersebut, adalah sopan dan lebih baik kita menggunakan stokin sepanjang berada dirumah tersebut kerana kita bukan tuan rumah.

Menurut cikgu Korea dulu, 3 hari adalah tempoh minima untuk layak buka stokin ketika menumpang kerana dianggap sudah rapat dan seperti keluarga sendiri.

Satu lagi, orang Korea biasanya hanya akan gunakan selipar berserta stokin ketika keluar rumah. Sopan kerana kaki umpama aurat ketika gunakan selipar.

3. Lelaki pakai makeup?

korea-1

Pernah nampak pelajar sekolah di Korea? Macam artis pergi ke sekolah. Hampir semua pakai makeup termasuk LELAKI. Disebabkan itu, pasaran make up amat meluas dan dijual dengan harga mampu milik di Korea.

Kebiasaannya lelaki akan menggunakan moisturizer untuk kesihatan kulit. Dan ada yang gunakan bb cream, celak mata dan sebagainya yang kami sendiri tidak pasti.

Walaupun dianggap pelik di Malaysia dan boleh dianggap lelaki lembut jika menggunakan makeup, tetapi perkara ini adalah biasa di Korea.

Baca: 9 Masalah Sering Dihadapi Rakyat Malaysia Sewaktu Travel Ke Pulau Jeju, Korea Selatan

4. Berlanggar bahu ketika berjalan adalah perkara biasa

Jika kita terlanggar bahu orang lain ketika naik KTM, mungkin dia akan menjeling kita sampai kita minta maaf. Boleh dikatakan budaya orang malaysia juga adalah minta maaf jika terlanggar bahu.

Tetapi di Korea, jika anda terlanggar bahu orang lain walau sekerasnya pun, anda boleh terus jalan dan buat-buat tak tahu. sebab itu adalah perkara biasa.

Logiknya adalah kerana bilangan rakyat Korea yang terlalu padat dan ruang yang sempit menjadikan budaya ini wujud secara perlahan-lahan.

korea-5

5. Orang Korea kuat meludah

Ada suatu perkara yang kami tak suka tentang orang Korea, kebanyakkan mereka suka meludah. Mereka meludah tetapi bukan meludah yang kurang ajar. Geli tetapi kami cuba anggap perkara ini biasa disini.

Kebanyakkan yang merokok, akan meludah setiap kali merokok. Kami masih tak faham dan mencari sebab kenapa dan mengapa.

Jika anda melancong di Korea suatu hari nanti, anda pasti akan perasan dan nampak perkara-perkara yang kami nyatakan. Mungkin pelik tetapi percutian ke negara orang lain sebenarnya membuka mata kita supaya memahami budaya orang lain.

Jika anda ternampak orang Korea meludah, jangan tunjukkan muka jelik ataupun pelik, tenang dan teruskan berjalan seperti anda sudah tinggal 5 tahun di Korea.

Baca lagi: 21 Makanan Halal Yang Mesti Dicuba Bila Travel Ke Korea Selatan