Ketika pandemik ini, lebih selamat untuk kita makan di rumah. Walaupun banyak kedai yang sudah dibuka tetapi lebih elok untuk tidak bergerak ke sana sini bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Lagi-lagi kalau anda ada ramai ahli keluarga, tak semua kedai mempunyai ruang duduk untuk kumpulan besar. Lebih baik anda order sahaja makanan secara online. Untuk yang work from home pun tak terkejar-kejar untuk masak. Jadi apa solusi terbaik?

Online delivery lah jawabnya! Tapi, kalau anda order hari-hari, mesti lama-lama anda akan jadi pro. Mesti ada tip dan hacks yang akan akan lakukan betul tak? Jom tengok di bawah ini, ada tak antara perkara ini yang anda biasa buat?

1. Sedaya upaya cari kod diskaun

PandaOB1

Kalau ada 10 kod promo anda jumpa ha memang semua sepuluh anda akan cuba masukkan. Dapat 10% diskaun pun anda tak kisah janji ada pengurangan harga. Rasa puas hati bila dapat beli makanan dengan harga lebih rendah!

2. Pesan awal untuk elak waktu puncak

PandaOB2

Kalau sudah hebat order makanan online, anda mesti sudah boleh agak bila waktu puncak dan bila waktu yang dah agak reda. Jadi, anda akan tempah awal untuk elak waktu itu! Apa saja supaya anda dapat makanan dengan lebih laju kan?

3. Pesan makanan lebih sebab ada promosi bundle

PandaOB3

Ini paling selalu orang buat. Daripada nak beli satu makanan, beli 2 sebab ada promosi bundle! Kami pun selalu jugak buat macam ini, jimat sebab boleh buat makan tengahari dan makan malam sekali.

4. Tukar menu makanan sebab tiada promo

Dalam otak dah fikir siap-siap mahu makan ayam goreng, nak makan ayam goreng. Sekali bila buka aplikasi, tengok ayam goreng yang kita mahu tiada pula promo hari ini! Sanggup tukar menu lain yang ada promo. Fuh, kental sungguh ya geng-geng pro ini. Terus tukar fikiran!

5. Mesti cari yang free delivery!

pandaob5

Perkara pertama bila buka aplikasi, terus bukak tab ‘Free Delivery’ skrol atas bawah atas bawah banyak kali sambil fikir yang mana agak-agak kena dengan tekak hari ini.

Lepas itu, fikir balik patut ke beli yang tak ada caj penghantaran ke atau guna sahaja yang free? Hurm, sejam juga ambik masa berfikir punya pasal.

Geng-geng pro mesti hari-hari beli makanan dekat foodpanda!

pandaob6

Anda yang kaki promo memang akan beli dari satu aplikasi makanan ni sahaja! Aplikasi yang paling kerap beri promo-promo mestilah foodpanda!

Terdapat juga perkhidmatan Pick-up dan Shops yang anda boleh explore.

pandaob7

Bukan hanya makanan, sekarang ini anda boleh beli barang basah juga di pandamart di bawah pilihan Shops. Best betul, pilih-pilih nanti dalam 35 minit sampailah barang basah anda order tu, terus boleh masak. Tida terhad kepada barangan basah sahaja, ada juga lampin bayi, syampu, sabun, barangan kesihatan dan macam-macam lagilah!

Mana yang tidak mahu caj penghantaran, anda boleh pilih pilihan pick-up! Jadi, anda boleh datang dan ambil sendiri makanan anda. Flexible kan foodpanda ni? Macam-macam alternatif anda boleh pilih ikut kesenangan.

Untuk bulan Mac ini anda boleh nikmati diskaun apabila anda letak kod JOY33 bila checkout nanti! Anda akan dapat 33% OFF* bila anda berbelanja lebih dari RM20! Maksimum diskaun sehingga RM7 tahu! Kod ini valid sehingga 30 April 2021.

Bukan makanan sahaja, foodpanda bawakan Famili Duo untuk anda!

pandaob8

Paling best, bermula 14 Februari 2021 akan ada rancangan terbaru bertajuk Famili Duo yang akan bersiaran setiap hari Ahad pada jam 9 malam di TV3. Program yang menampilkan peserta secara duo ni merupakan satu-satunya rancangan sebegini di Malaysia!

Berbeza dengan rancangan realiti yang lain, dalam Famili Duo ini peserta akan menyanyikan lagu-lagu Sing-Along-Song’ secara duo.

pandaob9

Seramai 40 peserta terdiri daripada selebriti popular bersama pasangan yang juga merupakan ahli keluarga mereka akan berentap dalam rancangan ini.

Peserta akan membuat persembahan secara langsung untuk penonton di studio dan juga di rumah!

Anda mesti terkejut bila dapat tahu siapa yang ada hubungan kekeluargaan dengan siapa dan bakat mereka memang sangat wow!

pandaob10

Rancangan yang dikendalikan oleh Uyaina Arshad dan akan menampilkan Didie Allias dan Mark Adam sebagai juri ini berlangsung bermula dari 14 Februari yang lalu dan kini semakin hangat! Anda mesti tak nak lepaskan peluang untuk tonton rancangan ini.

Jadi guys, pada setiap hari Ahad jam 9 malam jangan lupa untuk set time anda untuk tonton rancangan Famili Duo ni di TV3 dan juga Saluran Youtube TV3.

Sambil-sambil tonton TV, jangan lupa order foodpanda. Tak best lah tengok rancangan realiti tanpa snek kan? Order sahaja dekat SINI!

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan delivery. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rider Dan Orang Ramai Kumpul Duit Hadiahkan Basikal Buat ‘foodpanda Walker’ Di Kulim

foodpanda Lancar pandamart, Barangan Keperluan Dihantar Dalam Masa 20 Minit