Melancong ke luar negara, makan angin, dan melakukan aktiviti seumpamanya sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutamanya remaja.

Jika dulu agak sukar untuk lihat orang muda pergi melancong ke tiga atau empat buah negara dalam setahun apatah lagi sebuah negara. Tetapi peredaran zaman dan kemodenan nyata menjadikan aktiviti melancong ini sebagai satu kemestian atau trend bagi sesetengah orang.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Tidak dinafikan melancong adalah perkara yang baik. Ketika bermusafir kita banyak terdedah kepada budaya baru, peradaban orang luar, pengalaman hebat, pemakanan unik dan sebagainya.

Pasti ramai sudah tahu hal itu kan? Tetapi ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang dan sepatutnya anda lakukan sebelum pergi melancong. Apakah perkara tersebut?

1. Hutang

Perkara pertama yang anda perlu ambil berat ialah jika anda ada berhutang dengan sesiapa sekalipun, pastikan anda membayar hutang tersebut sebelum pergi bercuti. Takkan pergi bercuti boleh, tetapi ‘part’ hutang buat-buat lupa pula.

2. Sediakan aset

Jangan beria-ia untuk pergi melancong ke sana sini jika anda sendiri pun sedang menyewa bilik. Utamakan yang penting dahulu seperti memiliki rumah sendiri dan jika ada baki atau lebihan duit barulah boleh buat perancangan untuk pergi melancong.

Nanti apabila sudah tua, kaki sudah goyang dan tidak dapat melancong, di rumah sendirilah anda akan habiskan masa tua anda seperti berehat untuk solat atau baca al-quran. Takkan bila sudah tua anda mahu tumpang rumah adik beradik atau balik kampung berebut rumah pusaka dengan adik beradik lain pula.

70856940_499694764181317_5674682856455012352_n

3. Sumbangan untuk ibubapa

Jangan sibuk melancong sana sini tetapi abaikan orang tua di kampung. Anda sepatutnya hulurkan duit pada orang tua anda dulu dan selebihnya barulah boleh digunakan untuk tabungan aktiviti travel anda. Itu tidak mengapa. Namun, ada juga segelintir anak muda yang suka memuat naik gambar bercuti di sana sini tetapi ibu bapa di kampung hidup susah. Situasi sebegini agak menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.

4. Simpanan

Anda sepatutnya mempunyai plan untuk jangka masa panjang dahulu dan ada duit simpanan semasa kecemasan sebelum sibuk menghabiskan duit untuk pergi bercuti. Duit simpanan kecemasan ini adalah sebagai ‘back up’ untuk hari tua supaya anda tidak perlu meminjam pada orang lain nanti. Jika anda bekerja dalam sektor kerajaan, mungkin anda akan ada duit pencen tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di sektor swasta? Sekurang-kurangnya pastikan anda sudah mempunyai tabungan yang cukup untuk digunakan semasa hari tua kelak.

5. Utamakan Perkara Penting

Keperluan setiap orang adalah berbeza mengikut taraf sosial mereka. Ada orang yang minat melancong tidak perlukan kereta besar. Memadai kereta kecil sahaja dan lebihan duit tersebut bolehlah digunakan untuk pergi melancong.

70262905_498829204267873_3360129224068300800_n

Jika ada pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jangan pula gunakan duit yang ada untuk pergi melancong tetapi sebaiknya selesaikan dulu urusan perkahwinan tersebut. Jika tidak, anda mungkin terpaksa buat loan perkahwinan yang mana akan ambil masa yang lama untuk ‘settle’. Bukankah akan merana nanti? Apa yang penting, anda utamakan perkara yang penting dulu.

Jika anda sudah selesaikan semua kriteria di atas, rasanya tidak menjadi masalah untuk melancong kemana-mana pun yang anda suka. Sebenarnya ramai geng-geng makcik yang saya jumpa menggunakan duit pesaraan mereka untuk pergi melancong kerana pada waktu muda dahulu, mereka hanya fokus pada kerjaya tetapi sekarang bila ada masa lapang dan mempunyai duit sendiri, mereka habiskan untuk melancong ke mana-mana yang mereka suka walaupun katanya ketika itu lutut sudah goyang. Tetapi tidak mengapalah, rezeki masing-masing.

70164562_497403434410450_1051457961710321664_o

Walaupun aktiviti melancong ini menggunakan duit anda sendiri dan budget sendiri tetapi anda perlu bijak merancang. Jangan pula bila sudah tua dan tidak berdaya baru nak sibuk buat loan rumah. Susah pula nanti. Pastikan anda ada perancangan rapi sebelum travel.

Buat anda yang suka travel berseorangan dan tiada teman untuk ambilkan gambar anda,  ini kami kongsikan tips untuk ambil gambar menarik ketika travel solo. Klik pautan di bawah. 

Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo

Gadis Ini Kongsikan Tip Dan Itinerari Travel Ke Jeju Dan Seoul Dengan Bajet RM4,500

Artikel di atas disumbangkan oleh Abby Hassan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka