Uzbekistan merupakan sebuah negara bekas Kesatuan Soviet yang terletak di Asia Tengah.

Ia bersempadan dengan 5 negara iaitu Kazakhstan di utara, Tajikistan ke tenggara, Kyrgyzstan ke timur laut, Afghanistan ke selatan, dan Turkmenistan di barat daya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya berpeluang mengembara secara solo ke negara tersebut pada Disember lepas untuk kajian bagi pengajian saya dan juga atas jemputan seorang rakan yang merupakan penduduk tempatan di sana.

tip-bercuti-di-uzbekistan-11
Menaiki Uzbekistan Airways terus ke Uzbekistan tanpa transit. Tiket boleh didapati di Plaza Berjaya, Jalan Imbi. Tiket juga boleh dibeli online (third party) dan saya membil menggunakan Bravofly page.

tip-bercuti-di-uzbekistan-4

tip-bercuti-di-uzbekistan-3

tip-bercuti-di-uzbekistan-12
Disebabkan berada lebih daripada seminggu disini, saya membeli nombor tempatan disana berharga 7000UZS, bersamaan dengan RM11.20, dan membeli internet sebanyak 1GB berharga 10USD (RM42). Internet agak mahal dan wifi tidak mudah didapati di sini. Saya mengunakan internet untuk berinteraksi bersama keluarga dan rakan, dan juga menggunakan Google Translate untuk cuba bercakap dalam bahasa Russia disana. JIka anda tidak sempat menukarkan USD kepada Uzbekistan Sum mereka, pembayaran masih boleh dilakukan menggunakan US Dollar, kerana nilai wang yang lebih besar dan poket mereka juga lebih ringan berbanding bayaran menggunakan matawang mereka. Walaubagaimanapun, ianya atas budi bicara orang disana juga.
tip-bercuti-di-uzbekistan-2
Sempat melawat ke sekolah di daerah Yangiyul. Mereka tidak akan senyum jika tidak kenal, tetapi selepas cuba bercakap dengan mereka, mereka sangat baik dan friendly. Tidak pasti ini adalah sekolah biasa ataupun sekolah untuk model pertama kali disini (ok, gurau!).

Uzbekistan, sama seperti negara 4 musim yang lain namun ianya mempunyai ciri-ciri seni bina yang melambangkan keperibadian negaranya yang tersendiri.

Seni bina di Uzbekistan adalah bercirikan pintu gerbang tinggi, dihiasi dengan perhiasan terang jubin kaca berwarna biru-hijau, dan kubah besar berada di tempat-tempat pelancongan yang terkenal di dunia Uzbekistan moden.

Walaubagaimanapun, negara ini kurang popular sebagai destinasi percutian serta kurang dibincangkan, menjadikan negara ini kurang popular, tetapi rare jika dapat dilawati.

Bagaimanapun, ketahui ‘FAUX PAS’ di Uzbekistan supaya tidak tersilap langkah sewaktu travel ke sini:

1. NO couch-surfing

Jika anda adalah pengembara tegar dan selalu couchsurfing (iaitu tinggal sementara di rumah orang lain), ini adalah satu kesalahan disana.

Jika ada penduduk Uzbekistan menawarkan untuk couch-surfing di rumah mereka, jangan terima kerana ianya mungkin merupakan scam ataupun mereka sendiri tidak tahu tentang kewujudan peraturan sebegini di negara mereka.

Setiap pelancong wajib menginap di hotel kerana setiap hotel yang didiami di Uzbekistan akan menyediakan cop atau resit penginapan. Jika tiada, bersiap sedia untuk disoal siasat di lapangan terbang dan anda bakal ditahan untuk sementara.

Memandangkan orang Uzbekistan tidak fasih berbahasa Inggeris, penterjemah akan dipanggil untuk sesi soal siasat (kena tunggu penterjemah pulakkkk).

Anda mungkin perlu membayar sejumlah wang sebagai denda atau dikenakan cop deported di belakang paspot, atau kedua-duanya sekali.

2. Jangan anggap mereka fasih berbahasa Inggeris.

Merupakan sebuah negara Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, bahasa ibunda mereka merupakan Bahasa Uzbek dan Russia.

Anda disyorkan belajar sedikit bahasa ibunda mereka untuk sebarang pertanyaan, tawar menawar dan juga untuk memenangi hati mereka.

Jika anda tiada masa untuk mempelajari bahasa Russia juga, internet adalah amat penting. Google Translate anyone?

3. Jangan senyum sesuka hati.

Senyuman adalah amat ‘mahal’ dan anda mungkin akan dianggap sebagai mengejek atau mempersendakan mereka jika sesuka hati senyum kepada sesiapa di jalanan.

Lain pula jika mereka yang terlebih dahulu memberikan senyuman kepada anda.

Kebiasaannya, penduduk Uzbek yang merantau ke negara orang adalah lebih bersifat terbuka terutama sekali kepada pelancong kerana mereka pernah melalui perkara yang sama terutama sekali yang mengambil kursus bahasa Inggeris di luar negara mereka (selalunya Malaysia).

4. Jangan masukkan duit Uzbekistan (SOM) ke dalam dompet’ anda.

Serious ni. Tak kena marah, tak kena pukul. Tapi takut dompet koyak je sebab duit Uzbekistan selepas ditukarkan daripada 100USD jadi “berkepuk-kepuk”.

Nilai matawang mereka adalah 1000UZS macam RM1 sekeping. Wang paling besar ialah 5000UZS, macam RM5.

So boleh bayangkan macam mana bawa duit RM1 dan RM5 sebanyak 400 keping lebih selepas ditukarkan daripada 100USD?

5. Bersedia disoal siasat

Oh, lastly, bersedia untuk “Extra Security Measures” di airport terutama sekali kepada pengembara solo.

Mereka tidak akan teragak-agak untuk menyelongkar, menahan dan menyoal siasat anda semasa pemeriksaan barangan dan diri dilakukan di lapangan terbang.

Bekerjasama tetapi tegas jika anda tidak melakukan kesalahan dan jangan berkasar.

Baca: Impian Travel Bawa Pemuda Ini Mengembara Ke Laluan Keretapi Terpanjang Trans-Siberian

tip-bercuti-di-uzbekistan-13
Disambut oleh rakan dari Uzbekistan untuk makan malam di rumah mereka selepas mendarat. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 8 hingga 9 jam dari Kuala Lumpur ke Tashkent, Uzbekistan.
tip-bercuti-di-uzbekistan-14
Hanyalah 3/4 daripada 100 US Dollar yang telah ditukarkan ke kepada Uzbekistan Sum. Sebab itu penduduk Uzbekistan mempunyai beg tangan dan ‘pouch bag’ sahaja.
tip-bercuti-di-uzbekistan-9
Pemandangan di Uzbekistan selepas salji turun.
tip-bercuti-di-uzbekistan-8
Keindahan di atas Gunung Chimgan
tip-bercuti-di-uzbekistan-7
Keindahan di atas Gunung Chimgan
tip-bercuti-di-uzbekistan-6
Keindahan di atas Gunung Chimgan

Jangan pelik jika mereka bertanya jika anda adalah ejen luar atau pengganas kerana kawalan keselamatan mereka amat ketat selepas insiden pengeboman di Tashkent pada tahun 1999 dimana meninggalkan kesan yang agak mendalam bagi mereka (seriously, mereka FOBIA).

Hati-hati, kerajaan Uzbekistan sangat tegas dan jangan sampai tersalah langkah dan jangan sampai dapat cop deported yang hodoh dibelakang passport anda!

Pesanan ini sangat penting terutama untuk pengembara tegar! Ini boleh menjejaskan perjalanan anda ke negara lain – benda yang paling ditakuti oleh kebanyakan pengembara. Better to be safe than sorry!

Walaupun ini adalah sisi negatif yang jarang dibincangkan, tetapi langkah bejaga-jaga perlu diambil supaya perjalanan sepatutnya mengubah hidup menjadi lebih baik.

Pengembaraan adalah sangat bernilai seiring dengan usaha dan risiko yang bakal dihadapi. Pengalaman baik atau buruk bakal mengajar anda lebih lanjut mengenali dunia di sekeliling anda.

Go explore Uzbekistan and other Soviet Union countries!

Baca lagi: Travel Via Trans-Silk Route Menemukan Pemuda Ini Dengan Pelbagai Pengalaman Menarik