Google pada hari telah melancarkan beberapa produk terbaru melalui Google Keynote 2016. Menggunakan tagline ‘Made By Google’ pada tahun ini, Google mengambil peluang untuk mengumumkan 5 produk baru keluaran Google.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Seperti yang dijangkakan, telefon keluaran Google antara dinanti-nantikan buat semua pengguna khususnya penggemar Android. Acara Google Keynote dimulakan dengan gimik sedutan series Silicon Valley yang menampilkan Dinesh dan Gilfoyle.

Dalam pada itu, produk-produk lain nampaknya berjaya mencuri tumpuan pengunjung. Berikut merupakan 5 perkara penting yang diumumkan Google semasa Google Keynote 2016:

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →
  1. Google Pixel dan Google Pixel XL

jbareham_160926_1228_0206-0

Seperti setiap tahun, Google telah melancarkan telefon keluarannya yang tersendiri. Nama Pixel dipilih bagi menggantikan nama siri telefon Google Nexus. Dua telefon dilancarkan pada tahun ini, dan kedua-duanya hadir dari pengeluar yang sama iaitu HTC.

Menariknya mengenai telefon Google Pixel adalah ia hadir dengan 2 saiz berbeza namun tetap mempunyai hardware dan rekabentuk yang sama. Google Pixel hadir dengan saiz skrin 5.0-inci manakala Google Pixel XL dengan saiz skrin 5.5-inci.

Kedua-dua telefon ini bakal menjadi telefon pioneer terbaru buat Google dan bakal menyertakan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Harga yang diumumkan buat Google Pixel adalah $649 USD dan $749 USD buat Google Pixel XL.

2. Google Daydream View

vpavic_160926_1228_0170-0

Selain Google Pixel yang berjaya tumpuan ramai, Google turut melancarkan VR headset pertama iaitu Daydream View. Sebuah VR Headset yang diberi penekanan dari interior dan exterior. Google dikatakan telah menyertakan lapisan material yang selesa membolehkan pengguna menggunakan VR dengan lebih lama dan selesa. Warna yang ditampilkan juga sangat cool dan sexy pada pendapat kami.

Sama seperti Google Pixel, Google ternyata lebih memfokuskan kepada Software pada Daydream View. Aplikasi seperti Google Street View, Youtube dan Google Photos antara yang tersedia dan boleh dikawal melalui remote.

Berdasarkan rekabentuk yang kelihatan sangat selesa dan teknologi yang tersedia, kami yakin Google Daydream View bakal dijual dengan laris apabila mula dijual seawal November ini dengan harga $79 USD.

3. Google Chromecast Ultra

vpavic_160926_1228_0239-0-0-1

Produk keluaran Google iaitu Chromecast turut mendapat kemaskini terbaru. Google Chromecast Ultra kini menyokong HDR, Dolby Vision serta paparan 4K.

Berdasarkan rekaannya yang lebih minimalis serta ciri-ciri terbaru ternyata Google Chromecast Ultra telah menerima upgrade yang sangat memuaskan bak kata Apple ‘and now it is better than ever’.

4. Google Wifi

vpavic_160926_1228_0135-0-0-0

Selepas mendapat kerjasama bersama Syarikat OnHub, Google pada tahun ini berjaya melancarkan routernya sendiri yang dinamakan sebagai Google Wifi. Google Wifi membolehkan lebih banyak peranti mendapatkan akses Wifi dengan baik dan stabil.

Google Wifi turut menyertakan fungsi dimana bakal mencari akses mencari liputan Wifi terkuat di dalam sesebuah kediaman atau bangunan. Sebuah lagi fungsi menarik Google Wifi adalah adalah akses untuk ‘disconnect’ peranti lain yang terlibat menggunakan internet hanya melalui aplikasi di smartphone.

Mungkin fungsi ini sangat sesuai buat ibubapa yang mahukan anaknya belajar dan tidak lagi menggunakan internet dengan memutuskan talian internet secara serentak.

5. Google Home

google_home_lead-0

Cadangan Google untuk melancarkan Google Home hadir sejak Mei 2016 lagi dan akhirnya Google Home berjaya dilancarkan pada hari ini dengan harga $129 USD.

Mempunyai ciri yang seakan sama dengan Amazon Echo, Google Home dilengkapi dengan fungsi ‘Google Smart Assistant’. Akses ‘voice control’ daripada Google membolehkan pengguna mengawalnya dengan lebih mudah seakan-akan mempunyai ‘Jarvis’ yang tersendiri. Turut tersedia adalah akses YouTube Red dengan langganan percuma selama 6 bulan.

Google ternyata mula lebih serious dengan build quality atau finishing yang ditampilkan oleh produk-produk keluarannya disamping tidak mengetepikan soal hardware dan software.

Berdasarkan 5 produk yang diumumkan, produk manakah yang berjaya menarik miant anda untuk mendapatkannya? Pendapat awal kami, sudah pastinya Google Pixel XL dan Google Daydream View.