Nike sinonim dengan logo Swoosh dan slogan “Just Do It”. Jenama terkenal kelengkapan barangan sukan ini telah diasaskan oleh atlet universiti Phil Knight dan jurulatih trek Bill Bowerman pada 1964 di Oregon, Amerika Syarikat. Pada waktu itu syarikat menggunakan nama Blue Ribbon Sports sebelum menukarkannya kepada Nike pada 1971.

“Irrelevance Justified” merupakan konsep di sebalik kasut Nike yang membuatkan ia bukan sekadar kasut tetapi satu jenama yang gah kerana ia turut mempengaruhi siapa kakitangan Nike, apa iklan yang dikeluarkan oleh Nike, apa pemasaran yang digunakan dan juga siapa dan kumpulan apa yang ditaja. Itu antara elemen yang membuatkan jenama Nike memiliki kelebihan kompetitif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nike co founder
Pengasas bersama Nike, Phil Knight and Bill Bowerman (Gambar: Complex.com)

Tentunya dengan dokongan dan kepimpinan pengasas bersama Nike memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan jenama dan syarikat sehingga berjaya menguasai sebahagian pasaran di peringkat global. Anda boleh baca kisah kejayaan pengasas bersama Nike, Phil Knight di sini.

5 Perkara Yang Anda Boleh Pelajari Daripada Phil Knight

Secara ringkas, ini 5 perkara yang boleh dipelajari daripada perjalanan hidup Phil Knight dalam membangunkan Nike.

1. Tahu ambil kesempatan

Tidak tahu tentang rekabentuk kasut, tidak tahu banyak tentang pengurusan dan tidak mempunyai duit bukan penghalang buat Phil Knight bagi memulakan syarikat pada 1962. Tapi oleh kerana tahu ambil kesempatan dengan perkembangan semasa membuatkan syarikatnya memperolehi banyak keuntungan. Ini semua kerana kumpulannya mempunyai keupayaan untuk menilai, menaksir dan memenuhi permintaan pasaran.

“We took advantage of the running boom, which became the jogging boom, which became the fitness boom…and we’ve benefited from all of that.”

2. Pandai menilai orang

Phil Knight mempunyai kemahiran yang baik dalam menilai orang di mana ia banyak membantu dalam pemilihan rakan kongsi awal, pekerja, ahli kumpulan dan juga memahami pengguna yang akan membeli kasutnya. Dia mempercayai mereka dan menganggap semua pekerja pada awal penubuhan, rakan kongsi dan pasangan hidupnya adalah penting dalam kejayaannya selepas itu.

3. Memiliki obsesi

Knight melakukan apa yang disukainya dengan penuh keghairahan. Dalam hal ini, Knight ialah seorang pelari dan menyukai kasut. Disebabkan itu Knight jadi yakin dan percaya dengan apa yang dilakukan sebagai jurujual kasut. Sedangkan sebelum itu dia kurang berjaya ketika menjual ensiklopedia dan securities.

“It wasn’t selling. I believed in running. I believed that if people got out and ran a few miles every day, the world would be a better place… Belief is irresistible.”

4. Mendengar pendapat orang

Knight bersifat terbuka dalam mendengar pendapat orang lain meskipun ia datang daripada seorang pekerja. Ketika Knight mencadangkan nama Dimension Six bagi menggantikan nama syarikat, pekerja pertamanya, Jeff Johnson telah mencadangkan nama Nike yang bermaksud tuhan kejayaan dalam bahasa Greek kepada Knight. Ia menepati budaya dan matlamat syarikat.

Bagi logo bentuk swoosh pula, Knight telah mengupah Carolyn Davidson, seorang pelajar senireka grafik dari Universiti Portland State dengan bayaran $35 pada 1971. Knight mengatakan logo yang dilukis Davidson itu guna satu tema sahaja bagi menggambarkan pergerakan.

“They were all variations on a single theme, and the theme seemed to be… fat lightning bolts? Chubby check marks? Morbidly obese squiggles?”

Pendapat Knight pada ketika itu, ia kelihatan seperti bentuk kilat dan simbol tanda right yang gemuk. Tapi akhirnya ia tetap digunakan sebagai logo Nike selepas ditambah baik oleh Davidson. Selepas 12 tahun, Davidson dihargai dengan cincin berlian ukiran swoosh dan stok Nike.

5. Percaya pada diri

Ramai mengatakan idea Knight gila dan bakal berakhir dengan kegagalan. Namun begitu, Knight sentiasa meyakinkan dirinya bahawa ia boleh dijayakan. Dia melafazkan ayat ini pada pagi 1962:

“Let everyone else call your idea crazy … just keep going. Don’t stop. Don’t even think about stopping until you get there, and don’t give much thought to where ‘there’ is. Whatever comes, just don’t stop.”

Knight pegang pada kata-kata itu agar dia tidak terkesan dengan percakapan negatif orang lain terhadap apa yang sedang diusahakan dan ia sememangnya membantu sehingga Knight mengatakan:

“Half a century later, I believe it’s the best advice — maybe the only advice — any of us should ever give.”

5 perkara di atas ini antara yang sesuai untuk anda jadikan panduan dan pembakar semangat ketika mahu memulakan start-up atau bisnes anda.