5 tahun, jangka masa yang agak pendek tetapi cukup lama untuk memberi impak di atas apa yang kita kerjakan. 5 tahun dahulu, Justin Bieber adalah seorang penyanyi remaja yang menjadi kegilaan ramai orang muda. Sekarang, beliau adalah seorang dewasa yang harus bertanggung jawab atas segala keputusan yang beliau ambil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

5 tahun dahulu, Uber baru sahaja bermula. Dan kini, syarikat ini sudah beroperasi di 300 buah bandar dalam 58 buah negara dengan 1 juta pemandu. Nilai syarikat ini sudah mencapai $50 bilion.

Akan tetapi terlalu banyak halangan terhadap Uber untuk mencapai tahap sekarang, dan mereka masih berkembang dengan pantas. Pengasas dan CEO, Travis Kalanick berkongsi 5 fakta ketika berucap bersempena dengan ulang tahun Uber yang ke-5.

1. Syarikat besar pun bermula kecil

Sukar untuk bayangkan Uber ketika baru bermula. Hanya 5 tahun dulu, syarikat global ini adalah sebuah tim kecil di San Francisco dengan hanya 4 orang ahli.

“Kami pun tidak menyangka ini akan menjadi sesuatu yang akan kami buat ketika itu atau masa hadapan, tetapi di sinilah kami sekarang. Buat beberapa ketika, saya dan Graves (ketua operasi Uber) hanya bertahan dengan memastikan cukup perjalanan pergi-balik dengan bilangan kereta yang ada dalam sistem,” kata Kalanick. “Ketika itu kami berfikir hanya untuk bertahan, dan tidak begitu memikirkan untuk berkembang maju.”

Membuka bisnes baru bukanlah sesuatu yang mudah. Akan tetapi, kesukaran tidak bermakna anda harus berhenti. Terus bekerja keras dan berusaha kuat untuk berjaya dalam perkara yang anda usahakan.

BACA: Uber Berusia 5 Tahun Semalam Dan Ini Bagaimana Mereka Menguasai Pasaran Dunia

2. Bisnes yang hebat menyelesaikan masalah

Sekiranya anda bercadang untuk menjadi pengasas startup yang berjaya seperti Uber, cari masalah spesifik yang anda hadapi. Dan baiki masalah itu.

Pengasas bersama Uber, Garrett Camp yang merupakan pengerusi syarikat itu sekarang, mahukan kenderaan yang mampu membawa beliau ke mana-mana sahaja dengan hanya satu butang klik, kata Kalanick. “Uber tidak bermula dengan cita-cita besar, ianya bermula sebagai jawapan terhadap satu soalan ringkas.”

3. Berikan orang ramai solusi lebih baik pada harga lebih murah

Salah satu sebab mengapa Uber mengalami perkembangan luar biasa ialah kerana pengguna menyukai proses Uber yang mudah dan harganya yang menarik. Dan untuk mereka yang perlu pergi dari lokasi A ke lokasi B, Uber adalah cara paling pantas dan dipercayai.

“Uber menawarkan pengangkutan paling berbaloi. Dalam sesetengah bandar, tambang UberX adalah separuh daripada tambang teksi, dan apabila anda kira faktor parking, insurans dan penyelenggaraan, menaiki UberX adalah lebih murah daripada memiliki sebuah kereta,” kata Kalanick.

Buat pemandu-pemandu, Uber adalah cara mudah untuk melengkapkan kehidupan dan membantu sara hidup mereka. “Pemandu-pemandu memberitahu, mereka memandu kerana mereka sukakan fleksibiliti yang ditawarkan,” kata Kalanick. “Apakah pekerjaan lain di luar sana yang membenarkan anda bermula apabila anda mahu bermula dan berhenti apabila anda mahu berhenti – sesuka hati anda.”

Sekiranya anda mahu mengembangkan bisnes anda, cari cara untuk menyelesaikan masalah pelanggan anda dalam cara paling cekap dan mudah.

4. Akui kesilapan anda

Kalanick dikenali sebagai seorang yang sombong. Tetapi dia tidak malu untuk mengakui kesilapan diri dan syarikatnya.

“Saya sedar kadang-kala saya menjadi pejuang yang lantang untuk Uber. Saya juga sedar ada yang memanggil saya dengan perkataan yang bermula dari huruf ‘A’,” kata Kalanick. “Tetapi, saya mengakui saya dan syarikat saya tidak sempurna. Seperti orang lain, kami pun mempunyai kesilapan.”

Ini bukanlah kali pertama Uber berusaha untuk memperbaiki perhubungan awam mereka. 6 bulan lalu, ketika Uber mengumumkan kutipan modal sebanyak $1.2 bilion, mereka menyatakan mereka kesal terhadap kesombongan mereka dan komited untuk lebih sensitif pada masa hadapan.

Usahawan yang paling berjaya pun adalah seorang manusia. Anda mungkin melakukan kesilapan – tetapi itulah kehidupan. Tetapi jangan fikir pelanggan  tidak akan sedar kesilapan anda. Akui kesalahan, pinta kemaafan, belajar dari kesilapan lalu, dan teruskan kehidupan.

5. Halangan akan melambatkan anda, tetapi jangan jadikan ia alasan untuk berhenti

Uber terpaksa ‘mengubah’ (atau mengabaikan) undang-undang untuk berkembang. “Kami mengalami rintangan dalam setiap perkara yang kami lalui. Hampir dalam kesemua bandar baru yang kami pergi, pemain industri sedia ada dengan bantuan sekutu berkuasa akan cuba mematikan perubahan – anda mungkin telah membacanya dalam surat khabar – mereka cuba mengekalkan status quo dalam apa jua cara,” kata Kalanick.

Tidak semua syarikat perlukan perubahan undang-undang untuk beroperasi, tetapi dalam apa yang anda lakukan – pasti akan ada halangan. Jika anda ingin membina syarikat yang berjaya, jangan benarkan halangan itu membantutkan momentum dan usaha anda.

Saksikan ucapan penuh Kalanick sempena ulang tahun Uber ke-5 di bawah:

https://youtu.be/idjrouG_8vY

BACA Juga: Mengapa Pelabur Top Di Lembah Silikon Kata ‘Jangan Ikut Minat Anda’

Sumber: Entrepreneur.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram