Selepas lambakan ura-ura yang diterima akhirnya iPhone 7 dilancarkan. Boleh dikatakan hampir 90% ura-ura yang dikeluarkan sebelum ini adalah benar termasuk pengumuman warna baru dan tiada lagi penggunaan headphone jack.

Walaubagaimanapun, Apple Keynote bukan lagi mengenai iPhone sahaja. Tim Cook turut mengongsikan beberapa perkara baru mengenai sistem operasi terbaru Apple serta produk-produk terbaru Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Acara dimulakan dengan carpool karaoke bersama Tim Cook selaku CEO Apple. Acara diteruskan dengan beberapa gimik daripada Tim Cook dan Pharrell Williams serta membincangkan tentang Apple Music.

Tiba masanya untuk Tim Cook mengumumkan 5 perkara atau produk Apple sepanjang acara tersebut berlangsung.

  1. Super Mario Bakal Hadir Buat iOS

Antara yang tidak dijangka oleh sesiapa. Malah, tiada sebarang rumour sebelum ini yang membincangkan mengenai kerjasama Nintendo bersama Apple.

Apple memilih watak iconic Nintendo iaitu Super Mario sebagai permainan terbaru buat pengguna iOS dan akan bermula pada Disember ini. Mengapa Mario?Because everybody loves Mario.

Berikutan fenomena permainan Nintendo yang baru dilancarkan iaitu Pokemon GO mendapat sambutan yang luar biasa, Apple mengharapkan reaksi yang sama pada permainan Super Mario Run.

Daripada demo yang dipertontonkan, ia membawakan permainan dengan rekaan klasik seperti Mario 2D sebelum ini. Buat pengguna iOS, anda akan boleh bermain dan bersaing bersama rakan anda pada permainan Super Mario Run bermula Disember ini apabila mula dilancarkan.

2. Apple Watch OS 3

iphoneevent-1160-1

Penggunaan jam pintar mungkin masih kurang di dalam negara kita, namun turut mendapat sambutan yang luar biasa di US. Tim Cook diawal pengenalan Apple Watch OS 3 dengan bangganya mengumumkan penjualan Apple Watch berjaya mengatasi beberapa syarikat jam yang sudah lama bertapak di dalam industri.

iphoneevent-1171-1

Untuk sebuah update daripada smartwatch, saya boleh katakan Apple banyak membuat perubahan meskipun sedikit terbatas berikutan saiz skrin yang kecil. Apple menjanjikan user interface yang lebih menarik serta memfokuskan kepada kesihatan dan sukan.

Fungsi-fungsi seperti Apple Fitness dan Apple Health antara yang diberi penekanan daripada Apple. Selain itu, Apple turut memperkenalkan ‘a new way of messenging’ dimana membolehkan anda menaip mesej dengan lebih mudah menggunakan Apple Watch. Lupakan qwerty, tulis sahaja secara terus pada Apple Watch dan Apple Watch akan mengesan tulisan anda dengan mudah.

Apple turut memperkenalkan aplikasi terbaru iaitu Breathe. Aplikasi yang mengingatkan anda untuk bernafas. Maaf, ini bukan sarcasm dan turut dinyatakan di dalam event Apple. Breathe bakal mengingatkan anda untuk mengambil sedikit masa untuk mengambil deep breath agar pengguna sentiasa relax dan sihat.

Sebuah lagi berita menarik buat peminat Nintendo, Pokemon GO bakal hadir buat Apple Watch. Melalui aplikasi ini, ia akan memaparkan jarak yang perlu dijalan untuk menetaskan sesuatu telur.

Pihak Niantic turut menegaskan penggunaan Apple Watch bakal membuatkan anda tidak lagi perlu melihat kepada telefon pintar untuk mengetahui Pokestop dengan lebih mudah.

Buat anda yang mempunyai Apple Watch, OS terbaru daripada Apple ini akan menemui anda pada 13 September ini.

3. Apple Watch Series 2

Processor yang lebih cepat, GPS dan fungsi kalis air antara yang terbaru pada Apple Watch Series 2. Seperti sistem operasinya, Apple Watch Series 2 turut memfokuskan kepada atlet dimana smartwatch terbaru daripada Apple ini sangat sesuai untuk perenang.

Beberapa aplikasi disediakan bagi membantu perenang dan runner untuk mengetahui mengenai beberapa info.

Jika anda merasakan Apple Watch Series 2 tidak cukup ‘sukan’ buat anda, Apple turut memperkenalkan Apple Watch Nike+. Kombinasi warna yang terang dan sporty bakal memperlihatkan imej pengguna sebagai seorang atlet.

apple-watch-nike-1

Nike turut mengatakan Apple Watch keluaran mereka hadir dengan fungsi khas iaitu motivation. Ya, motivasi yang diperlukan bagi setiap pelari untuk keluar berlari. Apple Watch turut merekod prestasi dan tarikh terakhir anda berlari untuk mengingatkan anda untuk terus bersukan.

https://www.youtube.com/watch?v=p2_O6M1m6xg

4. Apple iPhone 7

DSC_1244-verge.0

Apple akhirnya mengumumkan Apple iPhone 7. Seperti setiap tahun, tagline ‘best it’s ever made’ sekali lagi disebutkan Tim Cook.

Dari segi rekabentuk, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Perubahan terbesar mungkin pada antenna line yang diletakkan pada permukaan atas dan bawah iPhone pada kali ini.

Sebuah perkara menarik pada saya mengenai iPhone 7 pastinya kamera. iPhone 7 hadir dengan kamera 12 megapixel beserta kamera hadapan dengan 7 megapixel. Kaki selfie mesti tak sabar untuk dapatkan iPhone terbaru.

DSC_1198-verge.0

Tidak cukup dengan penggunaan lens terbaru yang lebih canggih, iPhone 7 Plus hadir dengan ‘plus one more camera’ dibahagian belakang. Dual-lens camera pada iPhone 7 Plus membolehkan telefon ini berdaya untuk zoom dengan baik tanpa menjejaskan kualiti.

5 warna yang diumumkan pada Apple iPhone 7 pada kali ini iaitu Silver, Gold, Rose Gold, Black dan Jet Black. Warna Black hadir dengan permukaan yang matte manakala permukaan iPhone 7 Jet Black lebih glossy, premium dan berkilat

apple-iphone-7-1

Memandangkan 16 GB sudah tidak releven, Apple telah meletakkan storan 32 GB sebagai base model pada iPhone terbaru. 3 variasi saiz storan yang diumumkan iaitu 32 GB, 128 GB dan 256 GB.

Meskipun hadir dengan teknologi terbaru serta saiz storan yang lebih besar, harga Apple iPhone 7 masih dikekalkan harga penjualan seperti Apple iPhone 6S sebelum ini. Untuk mengatakan produk Apple lebih murah tentunya tidak namun sebuah langkah yang baik untuk sebuah telefon flagship mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=Q6dsRpVyyWs

5. Apple AirPods

Screen Shot 2016-09-08 at 12.45.09 PM

Selamat tinggal headphone jack. Apple kini menggunakan Lightning port. Mungkin ramai diantara kita yang mengangap keputusan ini kurang releven namun Apple mengatakan mereka mempunyai prinsip ‘courage’ dimana berani untuk membuat perubahan.

Dikatakan penggunaan lightning port bakal menghasilkan audio yang lebih jelas dan berkualiti. Memandangkan 3.5mm headphone jack sudah lama digunakan, boleh kami katakan perubahan ini agak wajar.

Apple turut mempekenalkan 3 produk Beats dengan sokongan wireless serta Apple Airpod. Sebuah earphone tanpa wayar dengan sokongan Siri. Rekabentuk yang futuristic yang ditampil mungkin menjadi antara sebab produk ini bakal menjadi kegilaan ramai.

Apple mengumumkan harga untuk sebuah Apple AirPods adalah $159 yang bersamaan dengan ~RM645.00. Buat anda yang membeli iPhone 7, Apple EarPods turut disertakan seperti biasa dengan sokongan lightning port.

https://www.youtube.com/watch?v=RdtHX15sXiU

Itu sahaja sedikit sebanyak yang diumumkan oleh Pihak Apple melalui acara Apple Keynote yang berlangsung pada pagi tadi.

Apple memilih Sia sebagai top artist of the week di Apple Music sebagai acara penutup sempena Apple Keynote 2016.

Adakah anda excited dengan pengumuman terbaru daripada Apple? Kongsikan dengan kami adakah anda teruja dengan permainan Super Mario Run, iPhone 7 atau mungkin Apple AirPods.