Bila ada isu pencabulan seksual kanak-kanak ini timbul, saya teringat sebuah filem yang saya dah tonton sampai 5 kali, iaitu Spotlight. Filem ini sangatlah hebat sehingga memenangi Academy Awards.

Ia menceritakan bagaimana sekumpulan wartawan penyiasatan (investigative journalists) di Boston menyiasat kes pencabulan seksual kanak-kanak oleh paderi Kristian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka mengambil masa yang lama untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan tersebut. Mereka temubual mangsa, keluarga mangsa dan paderi yang bersalah itu sendiri.

jenayah-pedophilia-5

Mereka tidaklah target kepada seorang paderi, atau satu gereja, atau satu bandar sahaja. Tapi keseluruhan sistem, termasuklah sistem undang-undang yang membela mereka!

Perkara yang sama yang berlaku ialah ramai ibu bapa dan pentadbiran gereja yang mahu mangsa tutup mulut dan tutup mata, seperti kes ma’had tahfiz ini juga! Sebijik.

Dan yang lebih mengejutkan, mereka mendapati 6% daripada paderi-paderi kristian adalah pedofilia (pencabul kanak-kanak). Di Boston ada 1500 paderi, ini bermaksud 90 daripada paderi di bandar tersebut adalah pencabul kanak-kanak!

Setelah penyiasatan yang amat lama dan menyeluruh, mereka menulis dan membuat ratusan pendedahan pedofilia yang sangat mengejutkan masyarakat Boston dalam surat khabar mereka.

Barulah semakin ramai mangsa pencabulan kanak-kanak berani tampil ke hadapan, masyarakat semakin sedar mengenai perlindungan kanak-kanak dan penguasa mula bertindak.

jenayah-pedophilia-6

Sekali lagi saya ingin tegaskan, ini hanyalah ulasan sebuah filem. Bukan ulasan isu pencabulan kanak-kanak yang hangat diperkatakan sekarang. Ada beberapa point yang saya ingin ulas, berdasarkan filem Spotlight ini.

1. Perkara sensitif begini perlu ambil masa, temubual dan penyiasatan yang menyeluruh sebelum ada pendedahannya. Kalau tidak, ada kemungkinan ia hanya dianggap sebagai kes terpencil sebuah ma’had sahaja. Sekolah lain boleh terlepas. Tidak kisahlah samada ma’had itu dinamakan atau tidak.

2. Bukan di ma’had tahfiz saja boleh jadi, semua sekolah berasrama pun boleh jadi. Maka, inilah perkara sensitif yang perlu diambil kira sebelum membuat pendedahan.

3.  Kerja penyiasatan sebegini adalah kerja yang mengambil tenaga, masa, wang dan emosi yang banyak. Penyiasat tidak boleh buat ini seorang diri, barangkali perlu bantuan media, guaman dan penguatkuasa tempatan.

4. Viral kes terlalu awal, ia jadi hanya satu kes, minta maaf, pergi penjara dan that’s that. Masalah pencabulan kanak-kanak masih tidak selesai. Pencabul lain akan cari cara untuk sembunyi atau memintas sistem perundangan.

5. Tapi kalau tidak didedahkan sekolah mana lebih awal, maka lebih ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa. Ini adalah dilema. Sistem yang melindungi pencabul kanak-kanak yang sepatutnya dihapuskan! Barulah boleh mendapat reform dalam sistem perlindungan kanak-kanak.

Saya kagumi usaha melindungi kanak-kanak dan masa depan mereka. Sekali lagi, saya hanya cadangkan beberapa poin yang baik daripada filem tersebut sahaja.

Baca lagi: Lagi Tentang Jenayah Pedophilia. Fikir 19 Kali Sebelum Upload Gambar Anak Di Media Sosial