Mati itu pasti. Sebelum mati inilah kita menjalani satu perjalanan yang dinamakan kehidupan. Sepanjang kehidupan itu pasti pelbagai perkara telah dilalui dan ada yang dibanggakan dan dikesali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bronnie Ware adalah seorang jururawat di mana pesakit-pesakitnya pulang ke rumah menunggu detik-detik kematian. Pengalaman bersama pesakit telah dibukukan oleh Ware dan buku The Top Five Regrets of The Dying – A Life Transformed by the Dearly Departing telah menjadi antara buku terlaris di dunia dan diterjemahkan ke 27 bahasa.

Di dalam buku ini Ware telah mengetengahkan 5 perkara yang paling dikesali oleh pesakit yang berada di ambang kematian.

1. Saya berharap saya mempunyai keberanian untuk menjalani kehidupan yang saya inginkan, bukan kehidupan yang diharapkan oleh orang lain terhadap saya.

Ramai sedar banyak impian tidak ditunaikan kerana pilihan yang telah dibuat sebelum ini. Ia semuanya bergantung kepada diri sendiri dan penting ada kesedaran untuk berusaha menggapai impian sebelum tahap kesihatan merosot.

Ini kerana kesihatan yang baik membuka lebih banyak peluang dan kebebasan untuk tujuan tersebut berbanding apabila sudah sakit, semuanya akan menjadi terbatas.

2. Saya berharap saya tidak bekerja terlalu kuat.

Ini kebiasaannya dinyatakan oleh pesakit lelaki kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan untuk kerja sehingga menyebabkan mereka kehilangan detik-detik indah melihat perkembangan anak-anak dari kecil hingga dewasa. Selain itu, mereka juga kurang memberi tumpuan kepada pasangan. Perhubungan kekeluargaan tidak dijaga dengan baik sehingga menjadi renggang.

3. Saya berharap saya mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan saya.

Ramai orang memendam perasaan kerana mahu menjaga hati orang lain dan tidak suka timbul masalah dengan orang lain. Lanjutan dari itu, mereka menjadi seseorang yang berpuas hati terhadap sesuatu perkara pada tahap biasa-biasa sahaja dan tidak akan pernah mencapai apa yang sebenar mereka mampu lakukan.

4. Saya berharap saya sentiasa berhubung dengan kawan-kawan saya.

Ramai orang mengabaikan hubungan persahabatan kerana sibuk dengan kehidupan seharian. Tetapi apabila sedang sakit dan tenat orang akan selalu merindui kawan-kawan lamanya. Mereka menyesal kerana tidak menjaga hubungan dengan kawan-kawan yang pernah rapat dengannya.

5. Saya berharap saya membiarkan diri saya menjadi lebih gembira.

Ramai tidak menyedari bahawa kegembiraan itu adalah satu pilihan. Kebanyakan akan terperangkap di dalam sebuah kehidupan yang mempunyai tabiat dan corak yang sama. Mereka takut mengubah apa yang ada di dalam zon selesa mereka sehingga menyebabkan mereka tidak memperolehi apa yang diinginkan.

Life is a choice. It is YOUR life. Choose consciously, choose wisely, choose honestly. Choose happiness.

Akhirnya, apa yang penting bagi manusia ialah berapa banyak kegembiraan yang telah mereka berikan kepada orang-orang yang mereka sayangi dan berapa banyak masa diluangkan bersama orang-orang yang mereka kasihi.

Disamping itu, ketahui dan fahami tujuan sebenar kita di bumi ini. Sesungguhnya, hargailah setiap saat kita bernafas di muka bumi ini walaupun kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

kematian

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber