Sekiranya Malaysia sah akan beraksi dalam kejohanan kelab bola sepak elit di Asia – AFC Champions League musim 2019 dan 2020, terdapat beberapa perkara yang kita sebagai penyokong perlu tahu dan faham.

Vocket FC, telah menyediakan 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai AFC Champions League, untuk memudahkan kita menghayati bagaimana perjalanan kejohanan ini akan berlangsung.

Mungkin ada diantara kita yang tidak ambil pusing mengenai kejohanan

1. Tidak Layak Beraksi Dalam AFC Cup

AFC-Cup

Mana-mana MA (Members Association) yang mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League tidak layak beraksi dalam saingan AFC Cup.

Slot direct untuk AFC Cup hanya akan diberikan kepada pasukan ranking ke 7 yang layak.

Namun, sekiranya pasukan (diluar Top 6 AFC MA Rank) yang layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League melalui kelayakan Play-Off, slot AFC Cup akan diberikan kepada pasukan dari liga MA tersebut yang layak.

2. Pembahagian Slot Mengikut Ranking MA

Secara umumnya, setiap MA yang berada dalam Top 6 AFC MA Ranking mengikut region telah ditetapkan untuk sekurang-kurangnya menerima 1 slot automatik.

Slot maksimum yang akan diberikan adalah 1/3 dari jumlah pasukan yang bertanding dalam sesebuah liga MA tersebut. Dari jumlah 1/3 itu, hanya 4 pasukan maksimum dibenarkan bertanding dengan 3 pasukan menerima direct slot sahaja.

Selain dari 1 slot automatik ke peringkat kumpulan, MA yang berada pada kedudukan ke 6 juga akan menerima 1 slot kelayakan 2 Play-Off.

Slot untuk Top 6 MA teratas akan diagihkan seperti berikut:

2017-11-16_15-05-12

3. Nilai Mata Yang 3 Kali Lebih Besar

Dalam saingan AFC Cup, setiap kali sesebuah pasukan itu menang, 3 mata akan diperolehi dan 1 mata untuk seri.

Untuk pengiraan AFC MA Ranking, hanya 1/3 dari mata yang diperolehi dalam kejohanan AFC Cup akan digunakan.

kira afc ma ranking

Contoh: 3 mata AFC Cup adalah 1 mata AFC MA Ranking, 1 mata AFC Cup adalah 1/3 mata AFC MA Ranking.

Sebaliknya, dalam kejohanan AFC Champions League, jika sesebuah pasukan berjaya meraih 3 mata, semua mata itu akan dikira dalam AFC MA Ranking.

Contoh: 3 mata AFC Champions League adalah 3 mata AFC MA Ranking, 1 mata AFC Champions League adalah 1 mata AFC MA Ranking.

4. Sistem Subsidi Perlawanan

CV08o4fVEAAuNTL

  • Subsidi Perjalanan Lebih Tinggi

Disediakan untuk pasukan-pasukan bertanding mulai dari peringkat Play-Off sehingga perlawanan akhir seperti berikut.

  1. Peringkat Kelayakan : N/A
  2. Peringkat Playoff  : USD20,000
  3. Peringkat Kumpulan : USD30,000
  4. Pusingan 16 : USD30,000
  5. Suku Akhir : USD30,000
  6. Separuh Akhir : USD30,000
  7. Akhir : USD60,000

Bagi peringkat kumpulan, subsidi perjalanan akan dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali selepas perlawanan ke 2, perlawanan ke 4 dan perlawanan ke 6, dengan syarat kelab telah mematuhi semua peraturan dalam manual kejohanan.

Sebaliknya untuk AFC Cup, hanya USD20,000 untuk setiap peringkat kejohanan bermula dari kelayakan Play-Off.

  • Bonus Prestasi

Bagi setiap perlawanan pada peringkat kumpulan, pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan akhir, bonus prestasi akan dibayar mengikut keputusan perlawanan.

  1. Menang: USD50,000
  2. Seri: USD10,000 setiap pasukan

Tiada bonus prestasi diberikan dalam kejohanan AFC Cup.

  • Bonus Penyertaan Setiap Peringkat

Setiap pasukan bertanding akan menerima bonus penyertaan sekiranya layak ke peringkat berikut:

  • Pusingan 16: USD80,000
  • Suku Akhir: USD120,000
  • Separuh Akhir: USD200,000

5. Hadiah Wang Tunai

afc champions league 2019 2020

Bagi perlawanan akhir tiada bonus penyertaan diberikan kerana hadiah sebagai juara dan naib juara sudah ditetapkan seperti berikut:

  • Naib Juara: USD1,500,000
  • Juara: USD3,000,000

Tiada bonus Penyertaan diberikan dalam kejohanan AFC Cup dan hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang berikut:

Juara AFC Cup: USD1,000,000;
Naib Juara: USD500,000;
Juara Zonal: USD100,000.