Sudah tahun baharu, pastinya anda sudah merancang percutian pada tahun ini. Jepun merupakan destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia dan anda yang ingin ke sana boleh baca beberapa itinerari di sini.

Andai kata anda belum lagi bersedia untuk melancong ke Jepun, apa kata baca tip persediaan untuk anda melancong ke sana?

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →

1. Rancang destinasi yang ingin dituju

Rata-rata yang ingin berkunjung ke Jepun kebiasaannya memilih Tokyo, Osaka ataupun Kyoto sebagai destinasi mereka. Namun begitu, sedikit research harus dilakukan untuk mengetahui adakah destinasi tersebut sesuai dengan jiwa mereka. Sekiranya seseorang itu sukakan ketenangan dan kehijauan alam, bandar Tokyo yang sesak mungkin akan meninggalkan memori pahit.

8. Fuji

Antara tempat yang lebih tenang seperti Okinawa, Fukuoka, Kanazawa ataupun perkampungan Shirakawa-go boleh dilawati dan amat cantik dengan kehijauan alamnya. Selepas semua destinasi yang ingin dituju telah dipilih, tetapkan jumlah hari, tarikh dan musim yang ingin dilawati.

2. Pembelian tiket penerbangan

Semak harga tiket penerbangan setiap hari. Ya, setiap hari sehingga anda sudah tahu lingkungan harga yang ditawarkan. Terdapat juga pelbagai laman sesawang yang boleh membandingkan harga tiket. Tips membeli tiket murah juga banyak dikongsi di media sosial dan blog. Anda juga boleh membuat perbandingan harga yang telah termasuk berat bagasi, makanan ataupun insurans.

2. Tiket AA

Tetapi jika ikut cara saya, saya hanya fokus kepada satu jenis syarikat penerbangan sahaja kerana tidak mahu memeningkan kepala. Saya hanya pastikan saya peka sekiranya ada pemberitahuan mengenai promosi tiket murah.

3. Rancang jadual perjalanan

Jadual perjalanan ataupun itinerari harus disediakan bukan sahaja untuk melancarkan urusan, akan tetapi untuk persediaan sekiranya ditanya oleh pihak imigresen. Anda mungkin akan dipilih secara rawak untuk disoal mengenai persiapan dari segi destinasi perjalanan, wang, penginapan dan insurans perjalanan.

3. Itinerary

Saya dan suami telah mula menyiapkan jadual perjalanan dua bulan sebelum tarikh kami bertolak ke Jepun. Oleh kerana kami banyak mendengar pengalaman kawan-kawan kami selalu sesat di sana, maka perancangan yang teliti telah dilakukan untuk mengelakkan masalah ini.

Untuk menjimatkan masa, kami juga telah menghafal laluan di stesen keretapi di sana sebelum melancong ke sana. Mana tidaknya, terdapat banyak laluan keluar di stesen keretapi yang pastinya boleh membuat anda tersesat.

4. Contoh dalam itinerary

Itinerari saya yang berjumlah sebanyak 115 muka surat telah dicetak dan dibawa kemana-mana. Namun begitu, kami hanya mengakses itinerary tersebut melalui telefon bimbit kerana carian menggunakan kata kunci adalah lebih mudah. Itinerari bercetak adalah sebagai back up sekiranya kehilangan telefon atau kehabisan bateri.

4. Pemilihan pas perjalanan

Setelah membuat itinerari dan mengira kos yang akan diperuntukkan untuk pengangkutan, anda perlu membuat research mengenai jenis pas yang boleh dibeli bagi menjimatkan kos perbelanjaan anda. Jepun menyediakan pelbagai jenis pas untuk menarik minat pelancong yang datang ke negara mereka.

6. tokyo subway ticket

Sebagai contoh, jika anda membeli JR (Japan Railway) pass, anda boleh menaiki mana-mana kereta api JR termasuk shinkansen tanpa had. Semestinya ianya dapat menjimatkan masa perjalanan anda. Akan tetapi, sekiranya pas ini tidak digunakan secara optimum, anda akan mengalami kerugian dari segi kos sebenar yang sepatutnya dibelanjakan berbanding membayar harga pas tersebut.

5. JR pass

Untuk kereta api yang bukan di bawah syarikat JR, anda boleh gunakan kad IC iaitu sejenis kad prabayar seperti Touch ‘n Go yang dapat digunakan dalam pelbagai jenis transaksi pembayaran di Jepun. Pas-pas lain yang boleh didapati adalah seperti Osaka Amazing Pass, Kansai Thru Pass, JR Kansai Hiroshima Area Pass, JR Hokkaido Rail Pass, Tokyo Subway Ticket dan banyak lagi.

5. Makanan halal

Negara Jepun telah mengetatkan lagi undang-undang mengenai larangan membawa daging termasuk daging ayam, ikan, lembu, babi dan seangkatan dengannya untuk mengelakkan penularan wabak penyakit berjangkit yang berpunca daripada haiwan.

Disebabkan kami tidak mahu mengambil risiko membawa lauk segera dan dirampas, kami hanya membawa beberapa paket mi segera dan minuman 3 dalam 1. Jangan risau, kerana baranagn makanan tersebut boleh melepasi kastam.

7. makanan

Kos makan di Jepun agak tinggi sekiranya anda makan di kedai. Sebagai contoh, semangkuk ramen atau sepinggan nasi berlauk kari ayam kebiasaannya berharga RM40. Anda juga boleh muat turun beberapa aplikasi yang menyenaraikan kedai makanan halal seperti Halal Gourmet Japan ataupun Halal Navi. Anda juga harus peka dengan minuman vending machine di sana kerana kebanyakan kopi di sana tidak halal kerana menggunakan emulsifier berasaskan haiwan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu anda kelak dan anda dapat jadikan ia sebagai satu panduan.

Tahukah anda bahawa BigPay merupakan kad tukaran terbaik apabila melancong ke luar negara? Tidak tahu apa itu BigPay, apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Japan Airlines Bakal Tawarkan 100,000 Tiket Percuma Untuk Anda Hadiri Sukan Olimpik 2020

‘Vending Machine’ Halal Pertama Di Jepun Turut Jual Produk Brahim’s

Artikel di atas disumbangkan oleh Liyana Jasman. Beliau berkhidmat dalam sektor awam dan suka travel sebagai hobi sampingan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka