Bila sebut saja China, rata-rata orang kita akan fikir Beijing, Shanghai, atau Guangzhou. Tapi tidak ramai yang tahu tentang Jalan Sutera(Silk Road) di China. Sebenarnya banyak tempat yang sangat awesome di sekitar jalan ni. Tambahan pula tempat ni ramai penduduk muslim. Jadi tiada masalah untuk mencari makanan halal.

Apa yang kita perlu tahu sebelum travel ke China?

Visa China single entry : RM88.30.
Rate currency ¥1 CNY/RMB = RM0.64. (tertakluk mengikut peredaran masa)
Ibu negara : Beijing.
Waktu di China sama seperti Malaysia.
Bahasa utama : Bahasa Mandarin.
Media Sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter diharamkan di China.

Trip ni dibuat secara solo selama 2 minggu dan itinerari dibuat hasil daripada research sendiri via Google.

Ramai yang bilang bahaya travel seorang diri di China, banyak penipu, susah cari makanan halal dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya okay saja.

Masalah utama bagi saya adalah bahasa walaupun muka ada sikit-sikit macam Cina. Belajar asas bahasa Mandarin tu bolehlah sikit sekadar untuk berkenalan, tanya arah jalan dan beli barang/makanan.

Pengalaman ditipu pun boleh dikata tiada sepanjang trip ni.  Mungkin kerana lokasi yang saya pergi ini kurang pelancong macam di Beijing.

Dan bahagian yang paling digemari, tiada isu berlapar sebab makanan halal senang dicari sepanjang Jalan Sutera ini.

Terdapat lebih 100 juta orang Islam di China terdiri daripada etnik Uighur, Hui, Kazakhstan, Tajikistan, dan Salazu. Kebanyakannya menetap di wilayah Gansu, Xinjiang, dan Yunnan.

Okay, berbalik kepada pengalaman travel. Ini route travel saya :

Chengdu – Lanzhou – Zhangye – Jiayuguan – Dunhuang – Turpan – Urumqi – Xi’an.

Chengdu dan Xi’an tidak termasuk dalam komponen Silk Road. Tapi disebabkan tiket penerbangan yang saya beli bermula dari Chengdu dan berakhir di Xi’an, jadi masukkan lah sekali dalam itinerari.

Sebenarnya ada satu lagi bandar yang sangat awesome di sekitar Silk Road iaitu Kashgar. Tapi saya terpaksa skip disebabkan masa yang terhad.

Jumlah pelaburan untuk trip ni ialah RM3,700 termasuk visa, tiket penerbangan (Airasia X + Southern China Airlines),penginapan (Hostel), pengangkutan awam, yuran masuk ke tempat menarik, makan minum, dan shopping.

Sebenarnya boleh murah lagi kalau beli tiket penerbangan di masa promo, pergi secara berkumpulan dan kurangkan makan. Tapi sebagai seorang traveller sejati, local food is a must.

Rasanya tidak perlulah kan saya kongsikan itinerari. Cukup sekadar senarai tempat menarik sebagai rujukan untuk kamu buat itinerari sendiri.

Berikut lokasi menarik di setiap daerah yang telah saya jejaki:

1. Chengdu

Waktu yg terbaik untuk datang ialah pada jam 9-10 pagi sebab waktu ni adalah waktu untuk Panda makan.

  1. Chengdu research breeding Panda base (58¥ adult/29¥ student).
  2. Huangcheng Mosque, Chunxi road, Sichuan tv tower,dan Jin li street.
  3. Stay at Lazy bones hostel (36¥).
  4. Train Chengdu-Lanzhou (148.5¥)
  5. Others, Leshan Giant Buddha, Jiuzhai valley(8 jam dari Chengdu), Huanglong National Park, dan Mt. Emei.

Info : Chengdu adalah ibu negeri kepada wilayah Sichuan dan sangat terkenal dengan haiwan paling comel di dunia, Panda.

2. Lanzhou

Masjid Xiguan dari Lanzhou railway station, naik bus no.K102 dan turun di Xiguan Shi zi.
Yellow river mother sculpture di Binhe Park.
Masjid di tepi Yellow river.
  1. Xiguan mosque, Zhongshan iron bridge,and yellow river mother sculpture.
  2. Others, Zhengning road night market(1800-0400).
  3. Train Lanzhou West-Zhangye West. (149.5¥).

Info : Lanzhou adalah ibu negeri kepada wilayah Gansu dan sangat terkenal dengan Mee tarik(Handmade Pulled noodles).

3. Zhangye

Zhangye Danxia Geological Park atau lebih dikenali sbg Rainbow Mountain.

Masjid Zhangye. Di sini senang cari makanan halal.
  1. Zhangye Danxia Geological park (75¥/48¥ student).
  2. Zhangye mosque dan Zhangye drum tower.
  3. Train Zhangye West-Jiayuguan/south 66¥.
  4. Stay at Youyou youth Hostel(40¥).
  5. Lain-lain : Mati Si Temple.

Info : Zhangye terkenal dengan gunung pelanginya yang sangat unik.

4. Jiayuguan

Jiayuguan Great Wall

Pemandangan Gunung Qilian yg diselaputi salji dan Mongolian yurt.
Overhanging Great Wall.
Masjid Jiayuguan atau Lajiao mosque. Kawasan sini banyak restoran halal.
  1. Jiayuguan great wall & Overhanging great wall (50 ¥ student price, combined ticket 3 places).
  2. Stay at Pearl hostel (40RMB).
  3. Train Jiayuguan-Dunhuang (5 jam perjalanan & 107.5¥).

Info : Terkenal dengan lokasi berakhirnya Great wall of China di sebelah barat.

5. Dunhuang

Crescent Lake.

  1. Echoing sand(Mingsha) mountain & Crescent Lake (60¥). Add 100¥ for camel ride and 15¥ sand sliding.
  2. Train Liuyuan station(Dunhuang)-Turpan North station (9 jam perjalanan & 173¥).
  3. Lain-lain: Magao Caves .

Info : Dunhuang terkenal dengan view padang pasir yang sangat awesome dan tasik buatan yang terletak di tengah padang pasir.

Baca: 10 Tip Penting Backpacking Secara ‘Overland’ Di China

6. Turpan

Emin minaret. Gambar selepas solat Jumaat.
Tuyuq village dengan background Flaming mountain.
Masjid di tengah perkampungan Tuyuq.
Bezeklik Thousand Buddha Caves.
Lukisan Mural mengenai budaya orang Uighur. Masyakat Uighur ada tulisan mereka sendiri dan sebijik macam tulisan jawi.
Watak-watak dalam ‘Jouney To The West’.
  1. Charter taxi for 1 full day (300¥).
  2. Emin Minaret(40¥), Flaming mountain, Ancient City of Jiaohe(70¥), Ancient City of Gaochang(70¥), Tuyugou village(30¥) dan Bezeklik Thousand Buddha Caves(40¥).
  3. Train Turpan North-Urumqi (51.5¥).
  4. Stay at Dap youth hostel(35¥).
  5. Others, Astana tombs, Ayding lake(Lowest elevation of central asia), Karez underground system, dan Kumtag desert(Shanshan county).

Info : Banyak tempat menarik di area ni tapi sayangnya tiada pengangkutan awam untuk ke sana seperti bandar China yang lain. Jadi teksi adalah pilihan utama. Turpan terkenal dengan flaming mountain di mana mitos sejarahnya mengenai San Wukong (Monkey King) dalam cerita Journey to the West.

7. Urumqi

Heavenly Lake.
Sayang sekali kabus tebal banyak menutup pemandangan.

  1. Grand International bazaar.
  2. Heavenly lake of Tianshan (90¥).
  3. Stay at Thunderbird Youth Hostel(35¥).
  4. Others, Hongshan pagoda dan Tianshan Grand Canyon.

Info : Urumqi adalah ibu negeri kepada wilayah Xinjiang.  Populasi penduduk utama di Wilayah Xinjiang termasuk Turpan dan Urumqi adalah orang-orang Islam Uighur.

Suasana di sini rasa macam bukan di China sebab masjid dan restoran halal ada di kiri kanan, ramai wanita bertudung, dan lelaki berkopiah. Walau bagaimanapun, kawalan di sekitar Xinjiang sangat ketat berbanding bandar lain di China.

8. Xi’an

Terracota Warriors, The 8th wonder of the world. Dari Xi’an east railway station, naik bas no.306/ 914/ 915 dengan harga 9rmb sehala.
Bell Tower.
Kanak-kanak China muslim yang berbangsa Hui.
Kebab atau sate Kambing (Yang rew). Harga 5rmb. Menu utama di sini ialah kambing.
Hand made pulled noodles soup.
Yang Zha (Lamb Soup). 12 RMB.
  1. Great mosque of Xi’an, muslim quarters, Xi’an city walls.
  2. Terracota warriors (150¥).
  3. Train Xi’an north -Huashan north (54.5¥)
    Mt.Huashan (90¥).
  4. Stay at Silk road hostel(50¥).
  5. Lain-lain:  Bell tower(35¥), Giant wild goose pagoda(35¥)+Daci’en temple(50¥).

Info : Xi’an adalah ibu negeri kepada wilayah Shaanxi. Tempat wajib pergi di sini adalah Terracota Warriors yang merupakan keajaiban ke 8 di dunia.  Kisah ni pernah difilemkan dalam filem The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor.

Sedikit tips untuk sesiapa yang mahu ke China:

1. Visa
Harga visa untuk single entry ialah RM88.30.
Boleh muat turun borang permohonan visa di https://www.visaforchina.org.

Isi form ini dan sediakan passport sebenar, gambar 2 keping, itinerari ringkas, itinerari penerbangan, dan booking hostel. Hantar ke Embassy of China di bangunan Hampshire, Jalan Ampang. Biasanya visa akan siap selepas 4 hari waktu bekerja.

2. Bahasa Mandarin
Memandangkan bahasa Mandarin merupakan bahasa utama di China, sebaiknya anda tahu sedikit asas bahasa Mandarin seperti nombor dan arah jalan. Ini sekadar tips untuk survive dan elak ditipu. Atau boleh download apps offline language translator.

3. Maps.me
Apps paling membantu untuk para traveller dari tersesat jalan. Boleh install apps sama ada di android atau apple. Download offline maps awal-awal di sini.

4. VPN Express
Disebabkan laman media sosial seperti Twitter, Instagram, dan Facebook diharamkan di China, apps ini wajib untuk dimuat turun sebelum travel ke China. Tapi ada satu media sosial yang digunakan oleh orang China iaitu Wechat. Muat turun VPN Express di sini.

5. Makanan Halal
Sebenarnya senang saja cari makanan halal di China ni lagi-lagi di wilayah Gansu dan Xinjiang. Tips utama cari masjid. Tips kedua tengok pekerja yang pakai kopiah atau lambang masjid, halal, tulisan arab ‘restoran muslim’ di papan tanda restoran.

Baca lagi: 7 Lokasi ‘Superb’ Yang Kami Pergi Semasa Travel Ke Yunnan, China