Nota Editor: Perkongsian ini telah dikongsikan di Facebook Mu’az Al Thaarique. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia dapat dijadikan panduan terutama para graduan yang ingin memulakan perniagaan.

UNTUK YANG BARU GRAD DI ZAMAN MELAYU MULA BERANI BERNIAGA

Ada sahabat-sahabat mengadu tentang kepayahan dan ketidak-tentuan berniaga. Katanya indah khabar dari rupa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau American Redneck cakap “Hell Yeah.”

Pesan saya semalam pada kawan yang mengadu bahawa saya sendiri telah memperJUDIkan pelbagai peluang selepas graduate untuk sesuatu yang belum tentu ketika itu sebelum merasai sedikit kemanisan berniaga, antaranya:

  1. Rugi 6 Angka dalam projek dalam proses pembelajaran.
  2. Melepaskan Biasiswa Belajar di Turki yang telah ditawarkan (Tiket Flight dah keluar)
  3. Lepaskan peluang berkerja di Shell
  4. Dan yang PALING susah apabila decide untuk tidak meneruskan peluang berkerja di London dibawah salah satu GLC. (Someone actually called me ‘Bodoh’ depan-depan for this, but sampai hari ini selalu minta advice)

Ya, pernah dalam akaun tinggal RM200 sahaja dan terpaksa gadaikan barang-barang yang ada.

Pernah setiap hari bangun 3 petang sebab buntu business tak jadi-jadi. Dan pernah ada ketika tiada 1 pon cerita di wayang yang tak tengok.

muaz-2

Kepada diluar sana yang BARU GRAD,

  1. Yes business nampak SEXY. Tapi jangan terpedaya dengan sexy semata, ada blood, tears and sweat yang ramai tak nampak.
  2. Pesan Steve Jobs, dalam apa-apa pun yang kita buat, pastikan kita ada PASSION. Dalam masa yang mencabar, itu yang akan membuat kita bertahan lama. Akhirnya, kita akan mengerti duit bukan segalanya.
  3. Don’t rush into jobs just because everybody does it. Berikan peluang pada diri sendiri. Pesan saya pada junior-junior sebelum ini “Give yourself 1 Year to change a LIFETIME” buatlah kesilapan, cuba sesuatu yang baru dan bermusafirlah!
  4. Lebih baik buat sesuatu yang memuaskan diri sendiri dari nak ikut expectation orang lain dan benci setiap saat darinya.
  5. Beri peluang pada diri sendiri, terlalu awal untuk settle down. Masih banyak yang kita boleh capai dalam kehidupan ini. Masih banyak yang kita boleh sumbangkan. Kalau sekadar hidup, kera pon hidup.

Buatlah apa-apa pun, tak semestinya berniaga. Tapi yang penting kita PASSIONATE.

Be the Best. Ameen.

Sincerely,
Yang baru nak menapak.

BACA: 9 Bisnes Yang Meningkat Naik Ketika Kegawatan Ekonomi

BACA juga: 5 Petua Bisnes Oleh Remaja Yang Berjaya Menjana RM375,000 Bagi Membayar Yuran Pengajiannya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram