Ditulis Oleh:
Ammar Kamilin
December 23, 2016 12:01 PM

Anak-anak, ada yang terdedah kepada gajet seawal 1 tahun dan sejak itu terus menerus menggunakannya.

Bermula dengan niat murni mahu memberi peluang anak-anak belajar daripada aplikasi pembelajaran, mereka meneroka lebih jauh dengan menonton video-video menarik di YouTube dan bermain ‘games’ yang mengumpan keghairahan melalui ciri-ciri ‘score’, ‘ranking’, dan ‘hall of fame’.

Berhati-hati dengan 5 tanda ini. Mereka mungkin ketagihan dan perlu diubati dengan segera.

1. Gelisah tanpa gajet

Dalam satu kajian di US, 200 orang pelajar diasingkan daripada telefon pintar selama 24 jam. Mereka diminta untuk mencatat apa yang mereka rasai sepanjang tempoh itu. Ada antara mereka mengalami gelisah dan menyatakan betapa kuatnya perasaan mahu meramas rambut seperti ketagihan dadah!

2. Dos meningkat

Tempoh mereka bermain dan bersama gajet semakin lama. Mereka hanya mampu berehat dalam masa yang singkat dan kembali mencari gajet untuk menghilangkan kebosanan.

3. Semakin Pasif

Semakin malas bermain di luar rumah. Mereka lebih cenderung duduk di rumah dan bermain ‘games’.

4. Bertukar Zombie

Mereka dalam dunia sendiri. Tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Apabila dipanggil tidak menjawab. Apabila gajet diambil, akan tantrum (untuk anak-anak kecil) atau mengamuk, seolah-olah tidak boleh berpisah.

5. Ubat Alternatif

Apabila menghadapi masalah di rumah atau di sekolah, mereka akan mencari gajet (ipad, telefon pintar) untuk menenangkan diri. Jika tidak dapat, mereka akan murung.

Seperti ketagihan dadah. Kecanduan gajet memerlukan bantuan pakar psikologi atau psikatris untuk dikurangkan atau dihapuskan. Ada antara mereka yang ketagihan tetapi dalam ‘state of denial’. Bertindak segera sebelum terlambat.

Baca lagi: Kanak Kanak Sekarang Terlalu Terikat Dengan Gajet. 10 Tip Ini Boleh Elak Mereka Ketagih

Artikel di atas disumbangkan oleh Ammar Kamilin. Boleh ikuti beliau di sini.

Artikel Berkaitan