Sebagai seorang perempuan saat dilamar oleh seorang lelaki merupakan saat saat terindah dalam hidup. Sampaikan makan tak kenyang, mandi tak basah. Cliche. Tapi itulah lumrah percintaan. Untung bagi perempuan yang pasangannya jenis yang berterus terang ingin melamar tapi bagaimana pula dengan lelaki yang lebih memilih untuk beri hint daripada berterus terang? Boleh jiwa kacau si perempuan berteka teki.

Jangan risau, kerana dalam artikel ini kami akan senaraikan beberapa petanda positif lelaki mahu melamar anda menjadi isteri. Gunakan tip tip ini sebagai panduan untuk melihat pasangan anda. Semoga membantu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Selalu bercakap tentang pernikahan dan perkahwinan

lamar-1

Setiap kali berbual, sekiranya dia lebih suka bercakap tentang topik menjurus ke arah pernikahan itu petanda awal dia bakal melamar anda. Dia juga seakan akan suka dan bersemangat sekiranya ada saudara mara, rakan kenalan yang melangsungkan perkahwinan. Dan dia juga semakin banyak mengumpul maklumat tentang perkahwinan supaya perkahwinannya sendiri nanti lancar.

2. Semakin rapat dengan keluarga anda

lamar-2

Si dia akan mencari peluang dan tidak segan silu untuk mendekati keluarga anda. Sekiranya dia ada masa terluang dia akan berkunjung ke rumah keluarga anda dan kelihatan sangat akrab berbual dengan ahli keluarga yang lain. Bak kata orang lama, mahu melamar si anak perlu ambil hati orang tuannya begitulah keadaan si lelaki. Keakraban yang dibina dengan keluarga anda membuatkan si lelaki lebih yakin untuk melamar anda.

3. Merenung anda dengan pandangan yang penuh bermakna

lamar-3

Lelaki yang telah jatuh cinta dan mahu melamar anda jarang melepaskan pandangan untuk menatap anda setiap kali berjumpa. Malah ia mampu tersenyum sendiri saat melihat anda. Ketika itu ada dua perkara yang bermain dalam kepalanya pertama, membayangkan anda lah isteri idamannya, kedua, meyakinkan hatinya anda lah orang yang dicari. Selepas ini anda boleh cuba melihat cara beliau menatap wajah anda untuk mengetahui lebih lanjut.

4. Semakin banyak bertanya

lamar-4

Lelaki yang serius ialah lelaki yang banyak bertanya. Dia bertanya tentang makanan kegemaran anda, warna kegemaran anda, sukan kegemaraan dan barang kemas kesukaan. Selain itu dia turut akan bertanyakan tentang perkara perkara yang anda benci. Seorang lelaki semestinya mahu lamarannya nanti diterima gadis pujaaan. Oleh sebab itu ia dilihat aktif bertanya itu ini supaya waktu lamarannya nanti sempurna.

5. Semakin sering menggunakan perkataan ‘Kita’

5lams

Jika sebelum ini si lelaki membahasakan diri “aku” atau “kamu” saja, dan secara tiba tiba ia banyak menggunakan perkataan “kita” itu tandanya dia mahu membina dan melalui kehidupan bersama anda sehingga akhir hayat. Jadi perhatikan bahasa dan kata yang dia gunakan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram