Nota Editor: 5 ciri-ciri bagi pasangan yang sudah berkahwin lebih dari 5 tahun ini telah dipaparkan di website SalwaSaleh.com. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Ada tak ciri-ciri di bawah yang kena dengan anda?

pasangan-2

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi waktu di dalam kereta timbul idea nak tulis entry ni. Puncanya? Haa nanti saya cerita kat bawah.

Kata orang fasa 10 tahun pertama perkahwinan memang la mencabar. Dengan masing-masing baru nak cuba mengukuhkan keadaan, kerjaya, nak kenal hati budi dan anak kecik yang berderet-deret yang perlukan perhatian.

Kan kan kan?

Jadi marilah kita chill kejap. Tarik nafas. Entry ni khas untuk golongan macam kita. Oh please, bukan kajian atau interview ape ke ye. Ni atas pengalaman sendiri aje. Hehehe.

pasangan-4

1: Telepati hati

Nak letak bicara sufi macam over sangat la pulak kan. Tapi biasa tak korang teringat kat pasangan pastu 2 saat lepas tu mesage masuk atau dia call? Haaa, ada aura gituh. Ataupun kita baru nak call dia, tup tup dia plak yang call kita. Ni la jadi pagi tadi. Saya baru nak call cakap dah on the way nak ambik, 1 saat terus message dia sampai, cakap dah boleh ambik. Mihmihmih.

2: Lagu dan irama

Pernah tak korang tengah nyanyi (dalam hati) satu lagu tetiba 0.98 saat kemudian pasangan korang tetiba nyanyi atau humming lagu yang sama. Nak lagi best ala-ala romantik suweet kalau pasangan kita tu nyanyi sambungan lirik tu. Peghh! Drama gila kan bunyik tapi percayalah ni betul-betul berlaku.

3: Makanan

Korang nak makan something tapi malas nak carik atau malas nak masak. Dok terbayang. Sekali pasangan ajak pi makan kedai makanan yang korang nak makan tu atau tetiba aje tapau makanan tu untuk korang. Pernah tak? Pernah tak? So suweeet.

pasangan-5

4: Mimik/Isyarat Badan

Yang ni paling obvious la. Kalau dah 5 tahun ke atas kawen mesti tau punya kalau mata dia ke kanan maksudnya die takmo. Kalau tangan silang ke kiri dia tak kesah sangat. Or kalau dia pandang aje dah tau dah dia tengah cakap ‘whatever’. Tayah cakap ape pun. Sendiri tau. Gerak badan or tubuh pun kita dah boleh baca dah. Ape tu, kata orang kalau buang angin pun kita dah tau (keh keh keh)

5: Carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga

Hahahhaa tau! Tak tau nak letak apa so peribahasa ni je la terfikir. Maksudnya dah takde la sibuk nak memujuk rayu bagai kalau bergaduh tu. Masing-masing diam je.

Kang esok lusa berbaik balik macam biasa. Atau pi beli or masak makanan yang dia suka macam kat atas tu. Or karang tetiba cerita pasal harga ikan dah naik kat kedai runcit depan rumah or tetiba tolong lipat kain lah. Mesti ada punya.

Well, well.

Apapun, selamat lah melayari rumah tangga dengan aman damai. Ni nasihat diri sendiri jugak. Kata orang kita ni makin lama makin serasi dan muka pun akan nampak macam iras. Saya setuju jugak lah sikit walaupun macam tak ade iras aje.

BACA: Kamen Rider Kongsi Kisah Perkahwinannya Dengan Gadis Melayu

BACA juga: Sudah 16 Tahun Berkahwin Lelaki Ini Masih Buat Kejutan Untuk Isterinya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka