Lambakan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar kanak-kanak membuatkan ibu bapa zaman sekarang bebas memilih bahan yang sesuai untuk anak masing-masing.

Di kedai atau secara online juga kini banyak pilihan busy book, kad imbas, set mula membaca serta bahan bantu mengajar bahasa dan matematik. Tidak ketinggalan juga bahan dalam bahasa Arab, jawi dan lain-lain lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, untuk menggalakkan anak membaca sejak di peringkat awal, ada perkara yang lebih penting yang boleh ibu bapa praktikkan selain daripada menggunakan kad imbas dan set buku sahaja.

Saya ada 7 anak saudara dan seorang coming soon pada bulan Jun ini. Selain permainan, saya pupuk minat mereka terhadap pembacaan. Jadi, memang guna cara yang lebih santai dan menyeronokkan untuk dorong mereka menyukai buku tanpa rasa terpaksa.

Ini sebab anak-anak zaman sekarang semakin bijak. Mereka tahu apa yang kita cuba lakukan. Ia sebenarnya jadi lebih mudah apabila saya terangkan kepada mereka kenapa membaca itu penting. Apabila sudah faham terutama nieces yang berusia 4 dan 7 tahun, pupuk minat jadi lebih menarik.

1. Bacakan Anak Buku Sejak Bayi

Gambar: Schoolahoop

Biasakan dan bacakan pada anak, buku yang sesuai. Seawal bulan-bulan pertama, anak sudah boleh didedahkan dengan buku. Apabila hadir keseronokan dalam membaca, itulah antara faktor yang menentukan kejayaan membaca di masa akan datang.

Antara buku yang boleh digunakan di peringkat awal sebelum anak berumur satu tahun adalah buku lullabies, board book, buku kain dan buku lagu. Pada peringkat ini, kita hanya mahu anak biasa dengan buku dahulu.

Bila anak sudah berumur satu ke tiga tahun, ibu bapa boleh perkenalkan buku rhyming, buku lagu atau short story board book. Bagi anak yang berumur tiga tahun ke atas, boleh gunakan buku abjad, buku lagu, buku bergambar atau buku rhyming.

2. Bertanya Soalan Sebelum, Semasa Dan Selepas Membaca

Gambar: The Telegraph

Bagi menggalakkan interaksi antara anak yang berumur dua ke tiga tahun dengan buku, ibu bapa boleh bertanya soalan pada anak sebelum memulakan pembacaan.

Tunjukkan padanya kulit buku, tanyakan apakah agaknya kisah dalam buku ini (meramal). Semasa membaca, kenal pasti emosi yang terdapat pada watak dan tanya anak jika dia merasainya (memghubungkan situasi).

Di penghujung buku, tanyakan jika pengakhirannya sama seperti yang dikatakan sebelum membaca (meramal). Setelah selesai membaca, minta anak ceritakan kembali kisah tadi (merumuskan).

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi antara anak dengan buku yang dibaca. Dengan adanya interaksi begini, diharap anak menjadi lebih minat untuk terus membaca.

3. Baca Setiap Hari Di Depan Anak

Gambar: Parade

Usahakan untuk baca apa sahaja setiap hari. Surat khabar, majalah, buku cerita atau terjemahan Al Quran. Sehari peruntukkan 10 ke 20 minit untuk membaca sudah memadai jika tidak banyak masa.

Apa yang penting ialah kekonsistenan. Juga bertujuan untuk anak lihat bahawa membaca itu adalah perkara rutin.

4. Jadi Contoh Pada Anak

Untuk galakkan anak membaca, penglibatan ibu bapa untuk tunjukkan contoh yang baik amat perlu. Ibu bapa perlu mulakan dan tunjukkan bahawa membaca itu adalah amalan yang biasa dilakukan dan merupakan rutin harian.

Harapannya anak tidak akan rasa kekok atau malas untuk memegang buku dan membaca kerana telah dibiasakan sejak kecil. Jadikan ia satu budaya di dalam keluarga yang cool.

Jika ibu bapa sendiri tidak membaca, bagaimana mahu meminta anak lakukannya? Anak membesar dengan melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi jadikan diri anda tokoh membaca pada anak-anak.

5. Kenalkan Anak Pada Huruf Dan Perkataan

Gambar: Food Network Blog

Sewaktu berada di dalam atau luar rumah, boleh tunjukkan pada anak perkataan yang terdapat pada sekeliling. Contoh jika di luar, tunjuk papan tanda, papan tanda trafik dan sebagainya. Di pasar raya pula, boleh tunjukkan label dan iklan.

Saya pernah tunjukkan label Halal pada anak saudara. Sejak itu dia jadi lebih alert dengan tanda tersebut selepas saya terangkan kenapa ia penting dalam kehidupan Muslim. Kemudian, saya ajarkan pula tentang tarikh-tarikh pada label makanan.

Di rumah, boleh sama-sama baca majalah atau surat khabar, waima perkataan pada plastik atau kotak juga boleh dijadikan sumber awal mendedahkan anak untuk membaca.

Lama-kelamaan, anak akan bertanya sendiri apa yang dilihat. Pada waktu itulah, ibu bapa boleh terangkan lebih lanjut tentang sesuatu.

Pada peringkat ini, anak sudah menunjukkan sifat ingin tahu dan inilah kesempatan yang ibu bapa perlu ambil untuk galakkan anak lebih banyak bertanya.

https://www.youtube.com/watch?v=GxMrJGt1EQw

Galakkan anak-anak membaca dan jangan sesekali ketawakan mereka apabila mereka buat silap. Pupuk minat dan keyakinan anak dalam pembacaan.