• AirPods Max merupakan fon telinga premium yang sedia menawarkan pengalaman muzik terbaik. Namun, anda boleh dapatkan pilihan alternatif AirPods Max dengan harga yang lebih berpatutan dengan sejumlah ciri premium.

Pemain-pemain industri audio terkemuka seperti Sony, JBL sedia membawakan fon telinga yang serba canggih buat para peminat di luar sana. Berikut merupakan lima pilihan alternatif AirPods Max yang anda boleh pertimbangkan untuk kepuasan hiburan.

1. Anker Soundcore Life Q30

pilihan alternatif airpods max
Sumber Gambar: Shopee

Model ini sering disebut-sebut sebagai pilihan terbaik buat anda yang ingin merasai sebuah headphone yang lengkap dengan ciri premium pada harga marhaen. Life Q30 ini menawarkan hasil audio yang padu sehingga frekuensi 40khz kerana mempunyaik teknologi Hi-Res.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, anda boleh menggunakan ciri ANC mengikut kesesuaian keadaan dan juga ia mampu bertahan selama 40 jam lamanya. Selain itu, mudah digunakan kerana mempunyai ciri NFC serta bluetooth yang turut boleh dipautkan pada dua peranti sekaligus. Rekaan yang ergonomik menjamin keselesaan sepanjang penggunaan.

Kini anda boleh dapatkan Anker Soundcore Life Q30 pada harga serendah RM399 di Shopee.

Beli Sekarang Anker Soundcore Life Q30

2. JBL Live 660NC

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, syarikat  JBL juga menawarkan sebuah model variasi mampu milik yang dinamakan JBL Live 660NC. Bukan sahaja menampilkan binaan yang premium, malah anda hadir dengan sejumlah ciri menarik seperti butang kawalan, mikrofon terbina untuk menjawab panggilan dan juga teknologi ANC terkini.

Ketahanan bateri juga sangat hebat kerana boleh mencapai 50 jam dengan penggunaan berterusan. Hasil audio sudah pasti dalam kategori terbaik kerana telah ditala oleh mereka sendiri. Malah, teknologi bluetooth yang canggih juga mempercepatkan lagi pautan ke peranti lain dengan mudah.

Anda boleh dapatkan headphone keluaran JBL ini pada harga RM649 menerusi Shopee.

Beli Sekarang JBL Live 660NC

3. Jabra Elite 85h

https://shopee.com.my/Jabra-Elite-85H-Wireless-Noise-Canceling-Headset-Navy-i.65736936.15476904651?sp_atk=fce5671d-31f4-422d-a424-f9baa2d89962&xptdk=fce5671d-31f4-422d-a424-f9baa2d89962
Sumber Gambar: Shopee

Jabra Elite 85h ini hadir dengan spesifikasi yang terkini termasuklah dengan fungsi Bluetooth 5.0 yang membolehkan penjimatan bateri menerusi mod Bluetooth Low Energy dan juga kebolehan memautkan dua peranti sekaligus.

Antara ciri lain yang ditawarkan juga kebolehan beroperasi sepanjang 36 jam dengan fungsi ANC yang sedang diaktifkan serta boleh dicaj penuh dalam 2.5 jam sahaja. Menariknya, Elite 85h ini juga menyokong pembantu maya seperti Siri, Google Assistant dan Amazon Alexa. Untuk memudahkan kawalan audio, hadir dengan butang kawalan yang terbina pada bahagian kanan headphone tersebut.

Sekiranya anda meminati Elite 85h ini, boleh dapatkan di melalui Shopee pada harga RM769.

Beli Sekarang Jabra Elite 85h

4. Sony WH-1000XM5 

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan alternatif yang padu adalah Sony WH-1000XM5. Model menawarkan sokongan ANC yang sangat baik selain turut menyediakan kualiti bunyi lebih mengasyikkan berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran. Fon kepala ini mengekalkan rekaan ikonik Sony tetapi dengan sedikit sentuhan baharu.

Sony turut menggunakan sehingga empat mikrofon dalam membolehkan anda melakukan panggilan suara dengan mudah menggunakan fon kepala ini. Model ini menawarkan masa penggunaan sehingga 40 jam lamanya dan juga mempunyai pelbagai piawaian audio yang disokong untuk memberikan hasil yang imersif.

Anda boleh dapatkan Sony WH-1000XM5 ini pada harga RM1,599 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Sony WH-1000XM5 

5. Bose QuietComfort® 45

pilihan alternatif airpods max
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan sebuah headphone keluaran Bose yang tampil premium dan serba moden. Bose QuietComfort® 45 hadir dengan teknologi Bluetooth 5.1 yang boleh ditambat kepada dua peranti serentak serta mempunyai kawalan fizikal pada bahagian cup.

Kawalan profil audio yang lebih terperinci dapat dilakukan menerusi aplikasi Bose Music App. Bateri yang dibekalkan boleh bertahan sehingga 24 jam lamanya. Menariknya, terdapat butang khas untuk menggunakan pembantu maya Google Assistant atau Siri.

Kini anda berpeluang mendapatkan headphone ini pada harga RM1,649 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Bose QuietComfort® 45

Berdasarkan senarai di atas, Sony WH-1000XM5 ini sangat berbaloi didapatkan kerana kualiti binaan dan juga sistem audio yang ditawarkan sudah terjamin padu bersesuaian dengan harganya. Malah, jenama ini juga mempunyai permintaan yang tinggi sekiranya anda mahu menjualnya pada masa kelak.

Pilihan alternatif AirPods Max ini memang sesuai buat para audiofil di luar sana yang mahukan audio yang syahdu dan mantap di telinga pada setiap masa. Malah, kesemua model ini sudah hadir dengan ciri serba canggih seperti yang terdapat pada AirPods Max.