Salah satu aspek penting dalam pemilihan telefon pintar adalah cip yang digunakan boleh beroperasi dalam jangka masa panjang. Oleh itu, ramai pengguna lebih selesa mendapatkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 765G kerana lebih murah malahan masih relevan sehingga ke tahun ini.

Cip ini bukan sahaja lebih efisien untuk kegunaan seharian malahan boleh digunakan untuk tujuan gaming juga. Di sini, kami sedia menyenaraikan lima pilihan telefon pintar yang dijana Snapdaragon 765G dengan harga mesra poket.

Baca Juga:

1. ZTE Nubia Play 5G

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mempertimbangkan sebuah model telefon pintar gaming yang dinamakan Nubia Play. Peranti ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 6.65-inci AMOLED dengan sokongan refresh rate 144Hz. Terdapat memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB dan menariknya mempunyai sistem penyejukan ICE2.5.

Terdapat kamera utama sebesar 48MP dan juga kamera swaoto 12MP yang boleh menghasilkan gambar yang baik. Bekalan bateri yang berkapasiti 5,100mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas 30W. Peranti ini juga menyokong pengimbas cap jari di bawah skrin untuk tujuan sekuriti.

Anda yang berminat dengan model Nubia Play ini boleh dapatkan di Shopee pada harga RM999 sahaja.

Beli Sekarang ZTE Nubia Play 5G di Shopee

2. Oneplus Nord 5G

Sumber Gambar: Shopee

OnePlus Nord masih menjadi pilihan yang berbaloi sekiranya anda ingin mendapatkan peranti yang serba lengkap. OnePlus Nord siri ini dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 765G dengan sokongan 90Hz refresh rate. Ditambah pula skrin bersaiz 6.44inci Fluid AMOLED serta dilindungi dengan Corning Gorrila Glass 5.

Model ini hadir dengan 12GB RAM dan 256GB ruang storan. Selain itu, model ini disertakan dengan bateri sebesar 4,115mAh bersama sokongan pengecasan pantas 30W. Kamera utama yang mempunyai sensor sebesar 48MP malah berupaya merakam video pada resolusi 4K 30FPS.

Kepada anda yang ingin peranti serba lengkap bagi penggunaan jangka masa panjang, bolehlah dapatkan Oneplus Nord 5G pada harga serendah RM1,049 di Shopee atau di Lazada berharga RM999.

Beli Sekarang Oneplus Nord 5G Di Shopee

Beli Sekarang Oneplus Nord 5G Di Lazada

3. LG Wing 5G

Sumber Gambar: Shopee

Model ini hadir dengan skrin utama sebesar 6.8″ pOLED FHD+ dan skrin sekunder pula sebesar 3.9″ yang bernisbah hampir 1:1. Dijana cip Snapdragon 765G, memori sebesar 8GB RAM, memori sebesar 256GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 27W.

Skrin utama diputar secara manual oleh pengguna untuk menjadi seperti gimbal dan menggunakan kayu kawalan maya pada skrin yang kedua sewaktu merakam video. Selain itu, kedua-dua skrin ini juga boleh memainkan dua aplikasi berlainan dalam satu-satu masa. Kamera pula dilengkapi tiga sensor iaitu 64+13+12 megapixel yang mana cukup bagus untuk fotografi.

LG Wing 5G ini sedia ditawarkan pada harga RM1,199 di Shopee dan di Lazada berharga RM1,299.

Beli Sekarang LG Wing 5G Di Shopee

Beli Sekarang LG Wing 5G Di Lazada

4. Pixel 5

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan adalah Pixel 5. Model ini hadir dengan cip Snapdragon 765G serta memori 8GB RAM dan juga storan dalaman 128GB. Selain mempunyai sistem sekuriti imbasan cap jari, ia juga dilengkapi bateri sebesar 4,080 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 16W.

Anda seorang yang meminati fotografi, peranti ini sedia menawarkan kualiti gambar seperti profesional kerana teknologi kameranya yang bagus. Selain itu, terdapat sokongan dwi kad sim dan juga sokongan perisian selama tiga tahun yaang menjamin pengalaman penggunaan yang baik sepanjang masa.

Kini anda boleh dapatkan telefon pintar daripada Google ini pada harga RM1,248 di Shopee dan Lazada di RM1,099.

Beli Sekarang Pixel 5 Di Shopee

Beli Sekarang Pixel 5 Di Lazada

5. vivo X50

Sumber Gambar: Lazada

Akhir sekali, vivo X50 juga berada di dalam senarai kerana lengkap dengan sejumlah ciri menarik dalam masa yang sama masih mampu milik. vivo X50 dilengkapi skrin bersaiz 6.56-inci AMOLED FHD+ dengan sokongan refresh rate 90Hz. Selain itu, hadir dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 128GB.

Bahkan, kapasiti bateri sebesar 4,200mAh yang dibekalkan turut menyokong pengecasan pantas 33W. Bukan sahaja mempunyai rekaan yang premium, malahan peranti ini juga dilengkapi dengan sistem kamera yang baik untuk kegunaan seharian.

Anda boleh dapatkan vivo X50 pada harga RM1,999 di laman Lazada.

Beli Sekarang vivo X50 Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, Oneplus Nord merupakan pilihan yang paling berbaloi kerana hadir sebagai pakej lengkap termasuklah cip yang baik, kamera yang bagus dan juga rekaan yang premium. Bukan itu sahaja, para pengguna boleh menikmati paparan yang baik untuk kegunaan seharian.

Diharapkan dengan snearai yang dicadangkan dapat memudahkan anda membuat pilihan berbaloi mengikut bajet masing-masing. Malah, setiap peranti ini turut mempunyai sokongan 5G yang menjadi dambaan pengguna tempatan pada hari ini.

Sumber