Salah satu peranti yang wajib anda miliki sekiranya sering bertugas di luar kawasan atau pun mahu pulang kampung adalah portable WiFi. Dengan peranti ini, anda boleh mengakses internet dengan lebih mudah menerusi pelbagai peranti dalam satu-satu masa.

Bukan itu sahaja, anda juga sudah tidak perlu bergantung dengan hotspot pada telefon pintar yang kebiasaannya akan menggunakan bateri yang tinggi. Jadi, kami bakal menyenaraikan portable WiFi yang bagus untuk kegunaan seharian sewaktu di luar kawasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1.Ā Tenda 4G180 Mobile WiFi

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, Tenda 4G180 Mobile WiFi merupakan salah satu pilihan mampu milik yang diminati ramai. Dengan harga di bawah RM250, 4G180 ini hadir dengan rekaan yang kompak serta sambungan WiFi hotspot yang lancar pada setiap masa.

Malah, anda boleh berkongsi hotspot kepada 10 pengguna secara serentak yang mana mampu menawarkan kepantasan internet mencapai 150Mbps. Untuk memudahkan anda mengetahui status 4G180, terdapat LED indicator yang terdiri daripada signal internet, bateri, SMS dan juga status WiFi.

Sekiranya anda mahu mendapatkan Tenda 4G180 Mobile WiFi, kini boleh didapatkan menerusi Shopee dengan harga RM155 atau di Lazada yang berharga RM129 sahaja.

Beli Sekarang Tenda 4G180 Mobile WiFi Di Shopee

Beli Sekarang Tenda 4G180 Mobile WiFi Di Lazada

2. Prolink PRT7011L Portable MiFiĀ 

pilihan portable wifi
Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama yang sedia menawarkan portable WiFi dengan harga berbaloi adalah Prolink. Model PRT7011L ini menampilkan rekaan yang kompak serta mempunyai kapasiti untuk menawarkan akses internet yang baik dan juga mempunyai bateri yang tahan lama.

Penggunaan cip Qualcomm menerusinya dapat memberikan liputan internet yang lebih luas, pantas dan menyokong perkongsian sambungan sehingga 11 pengguna sekaligus. Bahkan, anda boleh menonton video atau memuat turun fail besar dengan lancar kerana kelajuan internet hotspot mencapai sehingga 150Mbps.

Anda boleh mendapatkan portable wifi keluaran Prolink ini dengan harga RM169 di Shopee atau di Lazada yang berharga RM164.90.

Beli Sekarang Prolink PRT7011L Portable MiFi Di Shopee

Beli Sekarang Prolink PRT7011L Portable MiFi Di Lazada

3. Huawei Portable WiFi E5573

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda boleh mencuba sebuah portable WiFi keluaran Huawei yang sudah terjamin akan kualiti binaan dan juga teknologi menerusinya. E5573 ini boleh menyokong rangkaian 4G dan 3G dengan kelajuan mencapai 150Mbps. Selain itu, kawasan liputan juga mencecah sehingga 10 meter ke 15 meter daripadanya.

Bateri sebesar 1,500mAh pula memberikan tempoh penggunaan sekitar empat jam sahaja. Paling utama sekali, E5573 ini boleh menampung penggunaan sebanyak 10 peranti secara serentak dan menyokong pelbagai jenis pelan internet dan syarikat telekomunikasi yang ditawarkan di dalam pasaran hari ini.

Kini anda boleh mendapatkan Huawei Portable WiFi E5573 ini menerusi Shopee dan Lazada pada harga RM199.

Beli Sekarang Huawei Portable WiFi E5573 Di Shopee

Beli Sekarang Huawei Portable WiFi E5573 Di Lazada

4. D-Link DWR932C Mobile Router WiFi

pilihan portable wifi
Sumber Gambar: Shopee

Antara model yang disarankan termasuklah D-Link DWR932C kerana saiznya yang kecil di samping mempunyai LED indicator untuk memudahkan jenis rangkaian, status bateri, status WiFi dan kekuatan signal. Model ini juga dilengkapi ciri keselamatan WPA/WPA2 untuk menjamin sekuriti rangkaian menerusinya.

Bercakap tentang kelajuan internet, DWR932C ini mampu menawarkan rangkaian 4GLTE dengan kelajuan mencapai 150Mbps. Jadi, anda boleh sahaja bermain permainan online, menstrim lagu atau pun memuat naik fail dengan lancar menerusi beberapa peranti secara serentak menerusinya.

Buat anda yang berminat dengan model D-Link DWR932C, kini boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM199 atau di Lazada dengan harga RM219.

Beli Sekarang D-Link DWR932C Mobile Router WiFi Di Shopee

Beli Sekarang D-Link DWR932C Mobile Router WiFi Di Lazada

5. TP-Link M7350 Portable WiFi

pilihan portable wifi
Sumber Gambar: Shopee

Jika anda mahukan portable WiFi yang lebih canggih, model TP-Link M7350 ini sememangnya pilihan yang tepat. Hal ini kerana model ini hadir dengan paparan skrin LCD berwarna untuk memaparkan segala maklumat penting seperti tahap ping, .

Selain mempunyai sokongan internet mencapai 150Mbps, ia juga boleh menyokong perkongsian menerusi pelbagai peranti termasuklah tablet, konsol permainan, laptop dan banyak lagi. Bateri sebesar 2,000mAh ini pula bakal menawarkan tempoh penggunaan sehingga lapan jam lamanya.

TP-Link M7350 Portable WiFi ini sedia ditawarkan pada harga RM229 di Shopee sementara di Lazada pula sekitar RM223.90.

Beli Sekarang TP-Link M7350 Portable WiFi Di Shopee

Beli Sekarang TP-Link M7350 Portable WiFi Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, pilihan portable WiFi yang berbaloi didapatkan adalah Tenda 4G180 kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dalam masa yang sama boleh memenuhi keperluan akses internet yang baik sewaktu outstation. Malah, tempoh penggunaan juga boleh mencecah 10 jam lamanya berbanding model-model lain.

Diharapkan dengan senarai pilihan portable WiFi di atas dapat membantu anda untuk membuat keputusan pembelian mengikut selera masing-masing. Paling utama sekali, kesemua model di atas sedia menyokong kad sim daripada majoriti syarikat telekomunikasi untuk memastikan ia boleh beroperasi dan menerima akses internet.

Sumber