Anda pasti mahu menangkap gambar detik-detik indah bersama keluarga tercinta dengan kamera yang padu. Kini dengan telefon pintar flagship sahaja memadai untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik.

Dengan sejumlah model telefon pintar yang boleh didapati di pasaran, anda mesti buntu untuk membuat pemilihan memandangkan harganya yang premium. Kini kami kongsikan lima pilihan telefon pintar flagship dengan kamera yang padu buat kaki fotografi di luar sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Xiaomi 12T Pro

Sumber Gambar: Shopee

Model Xiaomi 12T Pro telah menjadi bualan ramai di kalangan reviewer dan peminat tech yang mana majoritinya kagum dengan kehandalan kamera yang ditawarkan. Dengan kamera mencapai 200MP, anda boleh menangkap gambar dengan jelas pada bila-bila masa dengan kualiti bak DLSR.

Bukan itu sahaja, Xiaomi telah menambah komponen dalaman yang  canggih sekaligus mampu memberikan hasil gambar yang baik walaupun di dalam keadaan yang gelap. Malah, terdapat ciri Xiaomi Pro Focus yang mampu memberi fokus kepada objek dengan tepat di samping ciri Ultra burst yang boleh menangkap 30 gambar bingkai sesaat.

Kini anda boleh mendapatkan Xiaomi 12T Pro pada harga RM2,999 di Shopee dan Lazada

Beli Sekarang Xiaomi 12T Pro Di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi 12T Pro Di Lazada

2. Samsung Galaxy S22 Ultra

telefon pintar flagship
Sumber Gambar: Shopee

Salah satu jenama yang turut membawakan teknologi kamera ke tahap tertinggi adalah Samsung. Menerusi Samsung Galaxy S22 Ultra, terdapat sensor 108MP bersama beberapa sensor sudut lain yang menawarkan hasil gambar yang bagus. Paling menarik sekali, terdapat 10X optikal periskop yang menyokong zum sehingga 100x.

Selain itu, perisian dalaman juga telah dipertingkatkan untuk pemprosesan gambar yang lebih profesional walau di dalam gelap. Bukan itu sahaja, kamera swafoto juga hadir dengan sensor sebesar 40MP yang boleh menghasilkan gambar yang cukup tajam dengan tona natural.

Samsung Galaxy S22 Ultra sedia dijual pada harga RM4,289 menerusi Shopee atau di Lazada dengan harga RM4,549.

Beli Sekarang Samsung Galaxy S22 Ultra Di Shopee

Beli Sekarang Samsung Galaxy S22 Ultra Di Lazada

3. Huawei Mate 50 Pro

telefon pintar flagship
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda juga boleh pertimbangkan Huawei Mate 50 Pro yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Dari segi fotografi, anda boleh menikmati kualiti gambar yang mantap kerana adanya sistem XMAGE yang cukup canggih. Malah, anda juga boleh mengawal aperture fizikal secara manual jika mahu hasil gambar yang profesional.

Jika anda peminat fotografi makro, terdapat lensa telefoto 64MP yang mampu menyokong sehingga 100x zum digital. Selain itu, memang terdapat salah satu lensa di belakang yang mempunyai laser bertujuan pemfokusan. Ciri menarik lain termasuklah AI Cinematography, Time lapse, High res dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan Huawei Mate 50 Pro di Shopee dan Lazada dengan harga RM4,499 sahaja.

Beli Sekarang Huawei Mate 50 Pro Di Shopee

Beli Sekarang Huawei Mate 50 Pro Di Lazada

4. Google Pixel 7 Pro

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan para fotografi sejak sekian lama iaitu siri Google Pixel yang sememangnya menjadi saingan hebat di dalam arena telefon pintar. Bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang padu, kamera mereka juga sering dipuji kerana mampu menghasilkan kualiti gambar seperti taraf profesional.

Selain mempunyai konfigurasi tri-kamera yang hebat, Google juga menyertakan ciri kecerdasan buatan untuk sokongan Macro Focus, Cinematic Blur, Real Tone dan banyak lagi. Malah, anda juga boleh menangkap gambar dari jarak jauh dengan resolusi tinggi menerusi ciri Super Res Zoom 30x.

Kini anda boleh mendapatkan sebuah telefon flagship dengan kamera padu pada harga RM4,599 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Google Pixel 7 Pro Di Shopee

5.  iPhone 14 Pro

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, pencabar utama di dalam arena telefon pintar untuk fotografi sudah semestinya iPhone 14 Pro. Dengan sejumlah penambah baikan yang dibawakan termasuklah lensa utama 48MP, 2x optical zoom serta lensa ultrawide yang lebih lebar untuk mendapatkan kualiti terbaik di dalam pelbagai senario.

Antara perkara penting di dalam siri kali ini adalah kehadiran engin Photonic baharu yang mana mampu menghasilkan gambar di dalam keadaan gelap atau kurang cahaya jauh lebih baik dengan adanya gabungan teknologi perisian pintar dan komponen dalaman yang canggih.

Anda boleh dapatkn iPhone 14 Pro pada harga RM5,299 sama ada di Shopee atau pun Lazada.

Beli Sekarang iPhone 14 Pro Di Shopee

Beli Sekarang iPhone 14 Pro Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, iPhone 14 Pro sedia menawarkan pengalaman fotografi terbaik untuk kegunaan seharian. Gambar atau video yang dihasilkan sememangnya setaraf dengan kamera DSLR jika tahu menggunakan dengan betul. Malah, peranti ini sering menjadi pilihan para vlogger dan influencer untuk menghasilkan konten mereka.

Bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan gambar yang baik dengan pilihan model lain yang disenaraikan di atas sesuai dengan poket masing-masing. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pemilihan telefon pintar terpadu untuk tujuan pengambaran kelak.

Sumber