Musim hujan lebat pada penghujung tahun menbuatkan peranti anda lebih terdedah kepada air. Jadi, anda sudah semestinya memerlukan waterproof case untuk melindungi peranti dari terkena air hujan atau lebih teruk lagi tenggelam sewaktu banjir.

Waterproof case yang mahu dibeli juga tidak boleh semberangan kerana boleh menyebabkan peranti anda mudah rosak jika dibiarkan berterusan terdedah kepada air. Oleh itu, kami senaraikan lima pilihan waterproof case yang boleh dipertimbangkan dalam melindungi telefon pintar anda secara menyeluruh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. USAMS YD007 Waterproof Phone Case

waterproof case
Sumber Gambar: Shopee

Dengan bajet di bawah RM20, anda sebenarnya boleh mendapatkan sebuah waterproof case yang berkualiti dari jenama USAMS. USAMS YD007 ini tampil dengan bahan binaan yang bagus di samping turut menambah bonggol pada bahagian semua sisi yang berfungsi sebagai pelampung sekiranya terjatuh ke air.

Bukan itu sahaja, rekaan yang kompak untuk telefon pintar 6-inci ke bawah dapat memastikan ia sedap dipegang dan mudah dinavigasi walaupun di dalam casing tersebut. Selain melindungi telefon pintar dari air hujan, anda juga boleh membawa telefon pintar tersebut.

Anda boleh dapatkan waterproof case keluaran USAMS ini pada harga RM13.90 di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang USAMS YD007 Waterproof Phone Case Di Shopee

Beli Sekarang USAMS YD007 Waterproof Phone Case Di Lazada

2. Baseus Waterproof Case

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu jenama terkemuka yang sedia menawarkan aksesori berkualiti iaitu Baseus. Kes kalis air yang ditawarkan sangat sesuai untuk telefon pintar yang bersaiz besar dan juga mempunyai lima lapisan kalis air untuk memastikan keselamatan peranti daripada air dimasuki ke dalamnya.

Malah, anda boleh padankan bersama lanyard untuk kegunaan aktiviti lasak atau sewaktu berenang. Dengan menggunakan klip silinder, anda juga mudah untuk membawa keluar dan juga memasukkan peranti dengan lancar pada bila-bila masa. Walaupun sedang dipakai, ia langsung tidak menggangu pengalaman menangkap gambar menerusinya.

Kini anda boleh dapatkan Baseus Waterproof Case pada harga RM25.87 menerusi Shopee sementara di Lazada dengan harga RM21.49 sahaja.

Beli Sekarang Baseus Waterproof Case Di Shopee

Beli Sekarang Baseus Waterproof Case Di Lazada

3. Decathlon Waterproof Phone Pouch

Sumber Gambar: Shopee

Siapa sahaja tidak mengenali jenama Decathlon yang mana sering dikaitkan dengan barangan sukan yang berkualiti. Kini mereka juga menawarkan kes kalis air yang yang berbaloi kerana bahan binaan yang bagus serta rekaan yang menarik padanya.

Ditambah pula dengan sistem zip membolehkan anda mengeluarkan telefon pintar dengan mudah malah ia menyokong aksesori lanyard yang boleh digantung pada leher. Paling utama sekali, ciri kalis air yang bagus kerana mempunyai penarafan IPX8 yang boleh direndam sedalam 30 meter.

Anda boleh dapatkan aksesori berkualiti ini pada harga RM29 di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Decathlon Waterproof Phone Pouch Di Shopee

Beli Sekarang Decathlon Waterproof Phone Pouch Di Lazada

4. Ringke Waterproof Phone

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan pengguna lain adalah kes kalis air keluaran Ringke yang mana hadir dengan sistem teknologi seal lock terkini boleh menjamin telefon pintar dalam keadaan kering sepanjang masa. Dalam masa yang sama, rekaan yang kompak membuatkan ia lebih mudah untuk dibawa dan digengam pada tangan.

Disebabkan ia diperbuat daripada bahan berkualiti, kes ini boleh menghadapi keadaan ekstrem tidak kiralah terlalu panas atau pun sejuk sekaligus membolehkan anda membawa peranti di dalam aktiviti lasak. Anda boleh muatkan peranti yang bersaiz 6-inci ke bawah untuk memastikan kes ini boleh benar-benar melindungi secara menyeluruh.

Anda boleh dapatkan Ringke Waterproof Phone ini menerusi Shopee dengan harga RM69.

Beli Sekarang Ringke Waterproof Phone Di Shopee

5. Spigen AquaShield Universal Waterproof Case

waterproof case
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, jenama Spigen juga tidak ketinggalan menawarkan kes kalis air tersendiri yang lengkap kalis air, pasir dan sebagainya serta boleh digunakan oleh sejumlah peranti yang berukuran 6.9-inci dan ke bawah. Anda masih boleh menavigasi dengan baik kerana kes yang nipis.

Selain dapat memastikan peranti anda dalam keadaan kering, anda juga masih berpeluang menggunakan pengimbas wajah menerusinya. Terdapat juga pautan lanyard yang boleh dilakukan agar pengguna boleh bergerak dengan fleksibel terutamanya ketika menghadapi keadaan yang ekstrem.

Sekiranya anda berminat dengan kes kalis air keluaran Spigen, boleh dapatkan di Shope dengan harga RM119 atau di Lazada sekitar RM79.

Beli Sekarang Spigen AquaShield Universal Waterproof Case Di Shopee

Beli Sekarang Spigen AquaShield Universal Waterproof Case Di Lazada

Berdasarkan penelitian yang dibuat, anda hanya perlu dapatkan kes kalis air keluaran Baseus yang dapat memastikan peranti dalam pelbagai saiz sentiasa dalam keadaan kering. Malah, Baseus sedia menawarkannya pada harga yang murah sekaligus mampu dimiliki oleh semua orang.

Setiap produk yang disenaraikan bukan sahaja terbukti berkualiti malah menerima pujian daripada pengguna kerana rata-ratanya berpuas hati dengan pembelian mereka. Anda boleh mendapatkan salah satu produk di atas sebagai langkah berjaga di dalam musim hujan ketika ini.

Sumber