Terkadang kita mungkin terlupa membawa wayar bersama power bank apabila dalam kelam-kabut. Jadi, pilihan terbaik sudah semestinya power bank bersama sokongan pengecasan wireless.

Terdapat sejumlah jenama yang dipercayai sedia menawarkan power bank ini pada harga berpatutan. Kini kami sediakan lima model power bank dengan sokongan pengecasan wireless yang boleh didapatkan di dalam pasaran

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Pineng PN-886

power bank
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, model PN-886 ini dilengkapi dengan ciri pengecasan wireless yang berkelajuan 5V dan juga mempunyai kapasiti 10,000mAh untuk kegunaan tempoh panjang. Paling penting sekali, ia sedia menyokong pengecasan wireless untuk semua jenis peranti.

Selain lengkap dengan cip pengesan aliran pintar, model ini mempunyai dwi- port USB bagi memudahkan pengecasan beberapa peranti secara serentak. Saiznya pula masih kompak dalam masa yang sama mudah memantau tahap bateri power bank kerana ada paparan LCD padanya.

Jika anda berminat, boleh dapatkan pada harga serendah RM55.50 di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Pineng PN-886 Di Shopee

Beli Sekarang Pineng PN-886 Di Lazada

2. McDodo Magnetic Wireless Power Bank

power bank
Sumber Gambar: Shopee

Jenama McDodo juga sedia menawarkan sebuah model power bank yang cukup berkuasa di samping lengkap dengan ciri keselamatan. Model ini sedia menyokong pengecasan wireless dengan kelajuan 15W dan memiliki  kapasiti sebesar 10,000 mAh.

Bukan itu sahaja, ia hadir dengan ciri keselamatan terkini yang boleh memastikan suhu peranti berada dalam keadaan optimum sewaktu proses pengecasan serta mengawal arus dengan efisien. Bagi memastikan peranti berada dalam selamat, magnet yang disediakan juga mempunyai cengkaman yang lebih kuat.

Kini anda boleh dapatkan pada harga RM120 di Shopee atau di Lazada berharga RM109.90 sahaja.

Beli Sekarang McDodo Magnetic Wireless Power Bank Di Shopee

Beli Sekarang McDodo Magnetic Wireless Power Bank Di Lazada

3. Anker A1619

power bank
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh pertimbangkan sebuah power bank yang tampil serba premium daripada jenama terkemuka Anker. Model A1619 ini membawakan rekaan yang sangat kompak di samping mempunyai kapasiti sebesar 5,000mAh.

Selain mempunyai sokongan pengecasan wireless berkelajuan 5W, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti pengesan objek asing, perlindungan litar pintas, pengawalan suhu dan banyak lagi. Malah, model ini juga boleh mengecas dengan baik walaupun mempunyai kerangka pada peranti.

Anda boleh dapatkan Anker A1619 ini pada harga RM133 menerusi Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Anker A1619 Di Shopee

Beli Sekarang Anker A1619 Di Lazada

4. Xiaomi Magnetic Powerbank

Sumber Gambar: Shopee

Antara powerbank terbaik yang sedia didapatkan di pasaran adalah Xiaomi Magnetic Power Bank yang mana sudah dipercayai dari segi kualiti dan juga teknologinya. Model ini hadir sebagai 2-in-1 yang mana boleh mengecas secara wireless bersama stand atau pun berasingan.

Tidak hanya hadir dengan sejumlah ciri keselamatan elektronik, ia juga mempunyai mekanisma magnetik yang kuat bagi memastikan pengecasan pantas dan juga daripada mengelongsor. Model ini hadir dengan kapasiti 5,000mAh sekaligus lebih kompak untuk dibawa.

Anda boleh dapatkan Xiaomi Magnetic Powerbank pada harga RM154.90 menerusi Shopee atau di Lazada dengan harga RM163.90.

Beli Sekarang Xiaomi Magnetic Powerbank Di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi Magnetic Powerbank Di Lazada

5. Aukey PB-WL02

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, model Aukey PB-WL02 menjadi pilihan ramai kerana rekaan yang nipis berserta pelbagai ciri menarik yang ditawarkan menerusinya. Ini termasuklah pengecasan wireless berkelajuan 10W serta mempunyai kaki penyokong untuk membolehkan anda menonton video sambil mengecas.

Dari segi keselamatan, Aukey turut mempunyai teknologi terkini yang mampu menghalang masalah arus berlebihan, isu haba panas dan menghalang pengecasan apabila bateri sudah penuh. Anda juga boleh menyemak tahap bateri power bank menerusi paparan LEDnya.

Anda kini boleh dapatkan power bank serba canggih ini pada harga RM169 menerusi Shopee atau di Lazada berharga RM148.

Beli Sekarang Aukey PB-WL02 Di Shopee

Beli Sekarang Aukey PB-WL02 Di Lazada

Berdasarkan penyenaraian di atas, anda boleh disarankan untuk mendapatkan McDodo Magnetic Power Bank kerana mempunyai pengecasan wireless yang pantas di samping kapasiti yang besar untuk kegunaaan yang lebih lama.

Diharapkan dengan senarai di atas boleh memudahkan anda membuat pemilihan yang bersesuaian dengan keperluan harian anda. Kini anda sudah tidak perlu pening kepala lagi dengan masalah wayar tertinggal apabila membuat pengecasan kelak.

Sumber