realme Malaysia pada hari ini telah melancarkan beberapa produk baharu menerusi siri realme AIoT. Menerusi siri terbaru ini, jelas realme bukan sahaja mahu mewujudkan sebuah ekosistem dengan memperkenalkan seleksi produk terdiri daripada realme watch, realme Band, realme Buds Air NEO, realme Buds Q dan lain-lain lagi.

realme watch

Realme-Watch-Colorways

realme buat julung-julung kalinya telah memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka. Menariknya model mampu milik ini hadir dengan skrin 1.4-inci serta memfokuskan kepada kecergasan khusus buat mereka yang aktif bersukan.

Bukan itu sahaja, fungsi menyemak denyutan nadi, kalis air serta paparan notifikasi terus ke jam tangan secara tidak langsung bakal memudahkan pengguna.

Menerusi promosi pelancaran yang dijalankan realme watch yang hadir dengan harga RM299 bakal ditawarkan dengan harga serendah RM249 sahaja di Shopee bermula 12 Jun ini. Klik di sini untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkan realme watch dengan harga promosi.

realme Band

200309-realme-band-official-01

Selain jam tangan pintar, realme turut memperkenalkan realme Band yang hadir dengan rekaan yang sangat sleek dan kemas. Penawaran skrin 2.4cm membolehkan pengguna menyemak notifikasi dengan mudah.

Menariknya di sebalik pelbagai fungsi yang ditawarkan, model ini berjaya dijual dengan harga mampu milik iaitu RM129 sahaja. Buat pembeli terawal, anda berpeluang mendapatkan realme Band dengan harga serendah RM79 sahaja menerusi promosi di Shopee. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

realme Buds Air Neo
realme-buds-air
sumber: Xda developers

realme Buds Air Neo yang hadir dengan cip R1 serta dipadankan dengan Bluetooth 5.0 sememangnya dihasilkan buat mereka yang sedang mencari earphone TWS mampu milik.

Menariknya, model ini menawarkan masa penggunaan sehingga 3 jam atau 17 jam melalui penggunaan pod pengecasan. Rekaannya yang moden dan terkini serta hadir dengan harga mampu milik antara yang membuatkan orang ramai tidak sabar untuk mendapatkan realme Buds Air Neo. Model ini sedia ditawarkan dengan harga RM199 sahaja. Berbaloi bukan?

Dalam pada itu, anda boleh dapatkan realme Buds Air Neo pada harga serendah RM149 secara eksklusif di Shopee pada 22 dan 23 Jun ini.

realme Buds Q

200604-realme-buds-q-01

selain realme Buds Air Neo, jenama ini turut memperkenalkan realme Buds Q yang hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza. Model ini menawarkan waktu penggunaan sehingga 20 jam menggunakan pod pengecasan.

Model ini dikhususkan buat mereka kerap bersukan dengan penawaran fungsi kalis air IPX4. Model ini sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM199 sahaja.

Selain itu, realme turut menawarkan beberapa produk lain beserta promosi menarik untuk anda dapatkan eksklusif di Shopee. Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk dapatkan gadget terkini dengan harga berbaloi.

Flash Sales 1

Flash Sales 3

Flash Sales 2

Ketahui lebih lanjut mengenai realme Watch yang bakal ditawarkan dengan harga promosi dengan klik pautan di bawah.

realme watch Dilancarkan Dengan Harga Promosi Serendah RM249

realme X3 SuperZoom Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM1,999