Memiliki pulau persendirian sememangnya menjadi idaman setiap orang. Namun disebabkan rata-rata harga pulau persendirian yang agak mahal, ramai yang hanya mampu berangan-angan untuk memiliki pulau persendirian.

Tetapi tahukah anda terdapat beberapa pulau persendirian yang berada di pasaran dengan harga yang sangat mampu milik. Berikut ialah beberapa pulau yang ditawarkan dengan harga yang agak lumayan rendah.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

1. Fort Carroll, Amerika Syarikat

fortcarroll

Peminat dokumentari dari Amerika Syarikat pasti mengenali dan mengetahui sejarah pulau ini. Pulau buatan manusia ini pertama kali di bangunkan pada tahun 1847 untuk melindungi Bandar Baltimore daripada serangan musuh. Pulau yang berkeluasan 3.4 ekar ini pernah diusahakan oleh beberapa pemilik sebelumnya untuk dijadikan kemudahan tempat perlancongan seperti hotel dan kasino tetapi tidak berjaya.

Kali terakhir pulau ini dijual pada harga $10,000 (~RM41,076) sahaja. Kini terdapat syarat baharu yang harus dipersetujui oleh pemilik baharu iaitu membaiki kubu pada bahagian atas pulau tersebut.

fortcarroll2

Pada masa yang sama, pemilik baharu perlu peka dengan beberapa kelemahan kawasan ini antaranya ialah kesukaran laluan untuk ke pulau tersebut, pemasangan utiliti dan juga undang-undang Maryland yang agak ketat.

2. Pulau McGibbon, Kanada

mcgibbon

Pulau yang terletak di St. John, New Brunswick, Kanada yang berkeluasan 6.2 ekar ini lebih dikenali sebagai sebuah pantai oleh masyarakat setempat yang belum pernah dibangunkan semenjak dahulu lagi. Sehingga kini pihak berkuasa tempatan sedang mencari pembeli untuk memajukan kawasan ini. Pulau ini boleh dibeli dengan harga $29,900 (~RM122,772) sahaja.

Sebab utama orang ramai tidak mahu membeli pulau ini ialah apabila tibanya musim bunga, air laut akan menutupi keseluruhan permukaan pulau tersebut. Jadi, perkara ini tidak akan memungkinkan sesiapa sahaja untuk membina apa pun infrastruktur di permukaan pulau ini. Namun pada musim lain pula, kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti luar seperti berkhemah atau berkayak.

3. Sheep Lake Islands, Kanada

csm_sheep_lake_islands_002_481baf1f1d

Ditawarkan pada harga hanya $50,989 (~RM209,488), anda bukan sahaja akan memiliki sebuah tetapi 4 buah pulau sekaligus. Pulau yang terletak di antara bandar Lunenburg dan Liverpool ini mempunyai keluasa yang berbeza-beza setiap satu. Pulau pertama berkeluasan 1.13 ekar, pulau kedua 1.98 ekar, pulau ketiga 1.29 ekar dan pulau terbesar berkeluasan 2.38 ekar.

Pulau ini masih tidak terjual sehingga kini disebabkan rupa bentuk kawasan tersebut yang terlalu dikelilingi oleh pokok yang banyak. Tambahan pula tidak jauh dari kawasan ini terdapat sebuah perkampungan nelayan, membuatkan pulau ini agak kurang privacy. Hal ini menyebabkan pulau ini menerima ‘kunjungan’ yang agak ramai oleh orang luar.

4. Pulau Tillamook, Amerika Syarikat

tillamookisland

Tillamook Rock Light atau lebih dikenali sebagai Terrible Tilly oleh penduduk setempat berkeluasan kurang dari 1 ekar ini dijual pada harga $50,000 (~RM205,425) sahaja. Melihat dari nama sahaja, orang ramai pastinya sudah mempunyai persepsi buruk mengenai pulau ini. Nama Terrible Tilly disebabkan oleh beberapa insiden buruk yang berlaku pada pulau ini suatu masa dahulu.

Disebabkan kedudukannya yang terletak di kawasan ombak kuat, tentu sahaja kawasan ini banyak memakan korban nyawa sehingga menyebabkan orang ramai tidak mahu memiliki pulau ini walaupun harganya sudah cukup murah.

5. Pulau Piaçabuçu, Brazil

picabicuisland

Pembeli cuma perlu membayar sebanyak $79,500 (~RM326,625) sahaja untuk memiliki 6 buah pulau di Brazil ini. Ditambah pula dengan keindahan pemandangan sekeliling pulau yang cukup indah dan kepelbagaian jenis hidupan di kawasan pulau ini sangat sesuai untuk pencinta alam sekitar.

Namun sehingga kini pulau ini tidak bertuan kerana syarat pemilikan yang agak rumit dan tidak menguntungkan. Pemilik pulau ini hanya boleh memilikinya selama 99 tahun sahaja, selebihnya harus dijual semula kepada pihak lain dan disertakan sekali dengan sejumlah kecil cukai yang perlu dibayar oleh pemilik.

Adakah anda berkenan untuk memiliki salah sebuah pulau-pulau ini? Pembelian pulau-pulau ini boleh jadi sebuah pelaburan yang menguntungkan memandangkan harganya yang jauh lebih murah daripada sebuah rumah di Malaysia, tetapi boleh jadi pelaburan yang merugikan juga disebabkan faktor-faktor yang telah disebutkan diatas.

Anda Mungkin Suka