Persiapan Hari Raya tidak lengkap tanpa beli-belah pakaian yang sedondon untuk seisi keluarga. Bermula bulan Ramadhan pusat-pusat membeli belah akan berebut-rebut untuk menyiapkan dekorasi yang indah bertemakan semangat Hari Raya. Berikut kami senaraikan beberapa pusat membeli-belah yang berjaya mencuri perhatian kami.

1. IOI City Mall Putrajaya

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengekalkan dekorasi yang mengimbau suasana desa, pastinya membuatkan pengunjung IOI City Mall Putrajaya berasa tidak sabar untuk balik ke kampung halaman.

33089737_1819692441402167_5991598266909720576_o

Bertemakan ‘Rasa Sayang Aidilfitri’ dengan warna hijau yang mendominasi dekorasi dalaman yang amat menyegarkan pandangan dan keletihan pengunjung, diserikan pula dengan persembahan tradisional seperti tarian dan muzik seperti paluan gong.

32929773_1816692921702119_8191725582459863040_o

Dekorasi yang disediakan seperti congkak membenarkan pengunjung untuk berehat sambil berhibur. Tidak lupa juga hiburan kepada kanak-kanak seperti jualan belon, bengkel mainan dan kraf.

2. Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall tahun ini kembali menampilkan tema yang dekat di hati anak rantau yang merindukan suasana desa. Kombinasi warna yang pelbagai membuatkan ruang di Centre Court begitu meriah yang dipenuhi dengan pondok-pondok indah.

raya2018-14

Hasil kraftangan anyaman digunakan untuk menghias segenap ruang jualan dan diserikan lagi dengan pondok anyaman yang membenarkan pengunjung untuk melihat secara langsung bagaimana proses anyaman untuk menghasilkan produk.

raya2018-2

Pemilihan bunga kertas berwarna merah jambu dan ungu yang menghiasi di ruangan atap pondok begitu menarik perhatian pengunjung sekaligus menarik mereka untuk mengunjungi tapak jualan.

3. Quill City Mall

Tahun ini Quill City Mall mempersembahkan tema dekorasi raya yang lain daripada yang lain, Yasss Raya 2018 dengan idea yang lebih moden dan tidak terlalu terikat dengan tema “balik kampung”.

v8_Yasss Raya Decoration

v7_Yasss Raya Decoration

Dekorasi Hari Raya untuk tahun ini dihiasi dengan lampu neon dan warna-warna pastel. Hamparan rumput pula memberikan pengunjung merasai suasana santai dengan berlatarkan tema moden.

v3_Yasss Raya Decoration

Dikatakan Quill City Mall punyai lebih daripada 1,000 koleksi raya untuk anda shopping sampai cun!

Antara jenama berkualiti yang anda boleh dapati ialah seperti Minaz, Cala Qisya, Fynnjamalrtw by Fynn Jamal, Anzelhair by Anzalna Nasir, Mora & Haze by Mira Filzah, El.Elfiraloy by Nurul Elfira Loy, RCW by Rozita Che Wan dan banyak lagilah. Memang lebamlah anda berbelanja di sini nanti.

v2_Yasss Raya Decoration

Bukan itu sahaja, Quill City Mall turut menyediakan photobooth kepada para pengunjung yang tertarik dengan tema dekorasi yang lain daripada pusat beli-belah yang lain untuk mengambil gambar bersama yang tersayang.

4. One Utama Shopping Centre

Bertemakan Ikatan Silaturahim Hari Raya, tahun ini One Utama Shopping Centre mengambil pendekatan dekorasi yang mengambil inspirasi dari binaan dan pemandangan dari kota Maghribi.

33375895_10155318105971689_2444049971557695488_o

Pengunjung pastinya akan terpukau dengan binaan bangunan yang membuatkan sesiapa sahaja akan berasa seperti benar-benar berada di negara yang terkenal dengan topi tarbus itu.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan dibenarkan untuk bersantai di atas permaidani di tengah-tengah ruang jualan. Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan yang bertempat di setiap bahagian pusat beli belah ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

33193275_10155318105846689_3593117314247032832_o

5. The Curve Mutiara Damansara

Rekaan replika kereta api dengan ukuran sebenar menjadi tarikan utama dengan Senandung Syawal. Replika kereta api pastinya menggamit kenangan lalu pengunjung yang mempunyai pengalaman balik kampung menggunakan pengangkutan tersebut untuk balik ke kampung halaman.

Ditambah pula dengan deretan botol soda dan poster klasik bertemankan kerlipan lampu raya yang menghiasi tapak jualan. Ruang yang agak terbuka memberikan keselesaan kepada pengunjung yang ramai untuk membeli belah.

Pengunjung juga akan dipersembahkan dengan persembahan bertemakan era 80an yang akan dipersembahkan dari semasa ke semasa mengikut tarikh yang ditetapkan.